Enter your keyword


Sekeping Jugra - Lokasi Staycation KL & Selangor | Review






Sekeping Jugra menjadi lokasi staycation Iday sempena menyambut hari jadi Islam baru-baru ini. Sebenarnya plan asal nak ke Sekeping Serendah. Tapi dah penuh, kebetulan Sekeping Jugra adalah sekeping retreat yang terbaru.

So, artikel kali ini Iday akan buat sedikit review dan pengalaman Iday sepanjang tinggal di Sekeping Jugra yang terletak di Jalan Jugra, Off Jalan Klang Lama.



Semoga artikel ini membantu korang untuk menginap di sini.


Info & Lokasi Sekeping Jugra

Sekeping Jugra merupakan lokasi penginapan terbaru dari Sekeping Retreats dan baru lagi beroperasi. Terletak di Jalan Jugra, 18 minute perjalanan dari Seputeh train station. 

Sekeping Jugra adalah sebuah guesthouse yang asalnya sebyah bangunan yang dibina pada tahun 1950. Memang struktur lama rumah ini masih ada tetapi diperbaharui untuk nampak lebih menarik. Kawasan taman yang luas serta kolam yang besar jadi tarikan. 



Segenap ruang ini dipenuhi pokok dan tumbuhan.


Iday sendiri pon kagum semasa mula-mula jejak kaki ke Sekeping Jugra. Tempat ini memang sesuai dijadikan office sementara dan tempat penginapan bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Facilities/Kemudahan Sekeping Jugra

Antara sebab Iday pilih Sekeping Jugra adalah kerana mempunyai kolam dan open kitchen. Iday kan nak celebrate birthday Islam, Islam ni memang pantang kalau tempat ada kolam, dia memang suka sangat. 



Open kitchen tu untuk Iday masak something simple tapi special untuk dia. Hehehe Dekat dapur ni ada peti ais, oven toaster dan alat memasak. Tapi masak berat-berat tak boleh la, ringan-ringan like breakfast tu okay. 


Antara kemudahan lain yang ada dekat sini adalah :

- Free Wifi
- Free Parking
- Air Conditioning
- Pool
- Hot water
- Buku-buku dan majalah

Sekeping Jugra ada sediakan ruang lepak dan meja makan yang besar. Memang sesuai kalau korang menginap di sini untuk program bersama keluarga atau kawan-kawan. Semua lengkap. 



Galeri Gambar Sekeping Jugra

Korang boleh tengok gambar-gambar lain di sekitar Sekeping Jugra di bawah. Memang cantik dengan dekorasi simple. Yang penting banyak pokok-pokok dan kawasan sekitar Sekeping Jugra memang bersih. 


Sempat Iday pusing-pusing dalam Sekeping Jugra tu dan jumpa beberapa ruang courtyard. Memang luas. 


Kolam sangat luas dan tak terlalu dalam. 


Tingkat atas ada ruangan bersantai. Siap ada tanaman sayur-sayuran dan herba. 



Dekorasi dekat Sekeping Jugra pon unik dan santai.


Brick wall dan tangga ke tingkat atas iaitu ruang santai di atas bumbung.




Rak buku dan sofa besi yang menarik.


Dekat Sekeping Jugra n memang banyak courtyard.





Dekat sini pon ada kolam ikan.



Room & Rates Sekeping Jugra

Terdapat 4 jenis bilik yang boleh disewa disini iaitu :

1. Mini Courtyard Room (1 double bed)


Bilik ini ada toilet yang lain dari yang lain. Hehehe


Kreatif?

2. Medium Courtyard Room (1 double bed)


3. Maxi Courtyard Room (2 Single Bed)


4. Courtyard Room With Kitchen - Ini bilik yang Iday pilih. Memang sebelah kitchen. Iday pilih bilik ni pon sebab nak sebelah dengan dapur and boleh masak. 


Tapi, kurang privacy sebab dapur tu dikongsi dengan orang lain.


Ada 2 katil dalam bilik ni. Tiada tv tapi ada meja, air masak, cofeee dan cawan. 


Bilik dia agak open, ada air sejuk dan air panas. Siap ada pokok lagi. Memang betul-betul nature ni. hehehe





Harga untuk semua keempat-empat bilik ini adalah sama iaitu RM200 untuk 1 malam.

Sewa 1 Rumah

Selain bilik, korang juga boleh sewa 1 rumah ni untuk event atau apa-apa function. Yang ini korang kena email diorang untuk tanya berapa rate.

Tempat ini juga disewa mengikut hour untuk trainings, creative brainstorming, Offsite meetings, gatherings, product launches dan art exhibitions. 


Kapasiti tempat ini boleh memuatkan 60+ orang. 


Iday ada check dari website www.8spaces.co/sekeping-jugra/ yang sewaan untuk sehari adalah RM2800/ half day RM1500. 

Kalau berminat, korang boleh check link website tersebut. 

Macam Mana Nak Ke Sekeping Jugra? (How To Get There)

Grab dan Uber kan ada! Hehe Okay-okay, kalau korang drive, cuma naik kereta dan gps alamat dibawah :

No.3 Jalan Jugra, Off Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur atau waze Sekeping Jugra.

Laluan train paling dekat dengan tempat ini adalah KTM Seputeh. Boleh naik grab/uber dari situ.

Korang boleh check map di bawah :



Overall

Kelebihan tempat ini adalah pool dan lokasi yang sunyi. Tiada breakfast atau restoran di dalam tempat penginapan ini. Tapi korang boleh ke kawasan sekitar and tempat ni pon tak jauh dari Mid Valley.

Tempat ini memang cantik untuk gambar. Instagrammer mesti suka. Hehe

Revisit? Maybe tak kalau berdua dengan Islam, tapi dengan kawan-kawan, yes. Rasa macam nak plan buat aktiviti lepak dekat sini in future.

Sesuai ke untuk anak-anak? Jujur Iday cakap, kolam dia memang takde untuk kanak-kanak. Sebesar kolam tu memang dalam untuk orang dewasa, kira boleh menyelam ke dasar. Kalau pakai pelampung, mungkin boleh.

Bilik pula, ada 2 jenis je yang ada katil double. Tapi itu lah, kalau ada -ada pertanyaan tentang isu ni, boleh terus contact pihak Sekeping Jugra. Diorang lebih arif :)


Contact & Booking

Booking dari website : http://sekeping.com/jugra/booking/
Tel : 017-2075977
Email: manager@sekeping.com

Nota :

- Check-in selepas pukul 2 pm, check-out sebelum 12 tengahari.
- Maximum 2 persons per room.
- No meals included.
- Children ages 5 years and above to be charged as adult.
- Visitors are not allowed in the rooms.
- RM50 fine for lost key.
- Smoking is prohibited inside the room (only allowed outside).
- No pets are allowed. 

*Call hours from 8am to 7pm (Mon-Sat) After 7pm or Sunday, please email us (state enquiry for Sekeping Jugra)


So, macam mana? Okay tak tempat ni? Atau korang pernah pergi? Kongsikan di ruangan komen di bawah ye :)

Kalau korang suka artikel ini boleh share :)

Till then, Bye!






Others Post




6 comments:

  1. bila sebut percutian di sekeping ni, mesti terfikir, boleh tak bawa anak-anak bercuti dekat sini. sebab bila tengok lokasi percutian sekeping ni, rasa macam takut nak bawa anak-anak. hahahha. kalau berdua dengan wife memang best. hehehe

    ReplyDelete
  2. nice place.. napak sangat calm je..

    ReplyDelete
  3. cantik.. tp kan mcm takut skit. heheh siang2 ok kot.. malam mcm seram.. tp kalau reramai pergi ok kot. hahahah

    ReplyDelete
  4. Hari tu ade tgk jugak hotel2 sekeping ni. Konon nak celebrate birthday zul surprise. Kononnye la. Tp smpai sekarang tak pergi booking lg

    ReplyDelete
  5. Nampak sangat tenang dan aman damai. Tapi tak syok pulak takde kolam untuk anak-anak. kalau bawak kids kena consider dapur juga sebab anak2 ni capat lapar. Anyways...thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. wow menarik.. bestnya pool dia and sangat sesuai juga yang nak lari dari sebok and bising bandar.. macam sunyi and tenang hehe..

    ReplyDelete

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive