Enter your keyword


NutriBrown Rice - Minuman Berasaskan Beras Perang Bagus Untuk Kesihatan




Hi Korang, 

Hari ni Iday nak share satu produk yang Iday tengah consume and kadang-kadang sebagai breakfast Iday setiap hari iaitu Nutri Brown Rice. Minuman berasaskan beras perang ini sebenarnya bagus untuk kesihatan dan mengenyangkan. Itu yang buat Iday berjaya mengawal selera makan Iday. Hehehe

Sebenarnya Iday dah amalkan breakfast dengan Nutri Brown Rice ini sebelum puasa lagi. Even waktu sahur pon Iday minum Nutri Brown Rice. 



Apa itu Nutri Brown Rice?

NutriBrownRice ini sebenarnya minuman kesihatan yang dibuat dari 100% beras perang. Minuman kesihatan ini banyak kelebihan, antaranya mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah, membantu mengawal berat badan dan banyak lagi. 

Selain dari itu, produk ini memang diiktiraf halal dan mendapat kelulusan kesihatan dari MeSTI Food Safety Standard by Ministry of Health Malaysia (MOH) dan ISO 22000:2005 Food Safety Management System. So, jangan rasa was-was lagi.

Ada 5 jenis NutriBrownRice dan setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing :

→ Nutri Brown Rice Original (No Sugar Added) 
→ Nutri Brown Rice Original 
→ Nutri Brown Rice Chocolate 
→ Nutri Brown Rice Honey Flavor 
→ Nutri Brown Rice Oat with Soy Lecithin

Kegemaran Iday mestilah Nutri Brown Rice Chocolate! Hehe

Iday nak share dekat korang kebaikan setiap jenis Nutri Brown Rice ni, so nanti senang korang nak buat pilihan untuk beli :)


Nutri Brown Rice Original (No Sugar Added)


Sesuai untuk semua orang. Ia mengandungi inulin yang bertindak sebagai prebiotik untuk menggalakkan sistem pencernaan yang sihat. Ia ringan namun lazat. Sesuai untuk sarapan, makan malam dan makan malam.

Nutri Brown Rice Original 


Sesuai untuk semua. Tiada bahan pengawet atau pewarna. Rasa original beras perang ini pasti jadi kegemaran korang. 

Nutri Brown Rice Chocolate


Perasa ini sesuai untuk mereka yang tak suka air warna susu seperti Iday. Sebab tu Nutri Brown Rice Chocolate ni jadi kegemaran Iday. Selain sangat lazat, ia juga mengandungi besi dan kalsium yang baik untuk pembentukan darah dan kesihatan tulang.

Nutri Brown Rice Honey Flavor 


Yang ini best and lain dari yang lain. Madu diasingkan dalam paket lain and madu tu adalah 100% asli. So, korang boleh letak banyak mana yang korang suka. Hehehe

Walaupon korang letak semua, still minuman bergula rendah. So, tak perlu risau ye. Hehe

Madu menggalakkan tidur yang lebih baik, meningkatkan daya ingatan dan ini adalah minuman tenaga yang sangat baik.

Nutri Brown Rice Oat with Soy Lecithin


Soya Lecithin meningkatkan rangsangan otak, menurunkan kolesterol dan penting untuk kesihatan hati. Kalau nak lagi kenyang, boleh la makan/minum Nutri Brown Rice Oat ni. 

Macam mana rupa paket Nutri Brown Rice ni?


Packaging produk ni cantik kan. Simple tapi cantik. Kalau nak tahu, penyediaan minuman kesihatan ini pon senang taw. Akan ada cara-cara penyediaan dekat kotak. 

3 langkah mudah iaitu :

1. Masukkan Nutri Brown Rice dalam cawan/gelas
2. Tuangkan air panas
3. Kacau


Ini rupa Nutri Brown Rice - Original. Tekstur yang sangat halus. 


Bila dah campur dengan air, memang pekat. 


Terus boleh minum. Sesuai untuk minum anytime, tak kisah la untuk sarapan pagi atau sebelum tidur. 


Setakat ini, Iday selalu amalkan ketika sarapan pagi. Memang kenyang. Waktu tengahari pon Iday berjaya kawal kuantiti makanan. Itu penyebab berat badan turun kot. Hehehe

Kalau nak sarapan mudah dan sihat, korang boleh cuba Nutri Brown Rice ni okay. Korang boleh dapatkan produk ini di Giant, AEON, Cold Storage, Popular, Mercato dan Sam's Groceria.

Untuk info lanjut, boleh check website and facebook diorang di bawah :

http://www.nutribrownrice.com/index.php
http://www.facebook.com/pg/NutriBrownRiceMalaysia





Others Post




1 comment:

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive