Persembahan Konsert AF Megastar Homecoming Minggu Ke-2


Hi Korang!

Dah tengok konsert minggu ke-2 AF Megastar? Sis Iday sebenarnya dah bersara dari tengok Akademi Fantasia ni. Tapi malam ni rasa macam nak tengok pula, lagi-lagi bila ada Syamel. Dia ni kalau nyanyi memang elok betul. 


Iday tengok secara LIVE di channel youtube Astro Gempak. Rumah kita takde Astro. Hehe 

Kalau korang nak tengok ulangan, boleh la check video di bawah ni ye. 


Alang-alang dah tengok ni, Iday sebagai juri yang tak bertauliah, nak komen satu-satu peserta yang menyanyi semasa konsert minggu ke-2 ni. Ini pandangan dari telinga Iday ye. Jangan ada peminat yang kecam pulak. Haha


Anding : Feeling Good (Michael Buble)

Komen Juri (Datuk Ramli MS) : Ada improve dari 2014 tapi agak susah nak compete dengan peserta lain. Vokal kena improve, Anding lagi berbakat dalam lakonan. 

Komen Iday : Anding pilih lagu kegemaran Iday, Michael Buble kot. So, Iday tak letak expectation yang tinggi for this song. Tapi gaya anding macam over sikit and tak jelas setiap word yang dia nyanyi tu, ke aku ni kurang pendengaran ke camne. Haha Tapi stage performance best. Betul la kata Datuk Ramli, bakat dia more kepada act performing. 



Amylea: Ku Berserah

Komen Juri (Ziana Zain) : Persembahan memang bagus, still hebat seperti tahun 2005. Nyanyian pon best. 

Komen Iday : Vokal Amylea sedap di dengar. Tapi takde wow factor. Sekadar sedap di dengar. 

Faizul : Rapuh

Komen Juri (Syafinaz) : Persembahan agak boring dan ada sedikit kekurangan.

Komen Iday : Faizul ni juara AF 2013, so mesti la kita letak expectation tinggi. Faizul nyanyi lagu Rapuh nyanyian Nastia. Okay, suara sedap tapi takde wow factor. 


Rosma : Hanya Satu

Komen Juri (Datuk Ramli MS) : Part tinggi ada masalah, macam tak sampai. Vokal sekarang lebih matang.

Komen Iday : Rosma ni dari AF 1, dulu dia pernah berisi tapi sekarang memang kurus cantik. Dia nyanyi lagu Nora, Hanya Satu. Vokal Rosma memang lagi sedap dari zaman AF dulu. Tapi, yang part tarik tu, macam tak lepas je. Still biasa-biasa bagi Iday. 

Amir : Grenade

Komen Juri (Ziana Zain) : Untuk bakat baru, persembahan bagus. Faham kehendak lagu dan deliver dengan bagus.

Komen Iday : Serius Iday tak tengok AF 2016 anda tak tahu kewujudan Amir ni. Malam ni dia nyanyi lagu Bruno Mars. Lagu tu sebenarnya bukan senang nak bawak and Iday tak suka cara dia nyanyi. Macam tak kena tapi setiap baris lagu memang jelas. Suara sedap, mungkin lagu tak sesuai kot. Hehe

Faizal : Sejati

Komen Juri  (Syafinaz) : Ada kesilapan semasa awal persembahan.

Komen Iday : Awal-awal dah buat silap. Nyanyian tak kena dengan muzik. Lepas tu baru okay. Suara Faizal ni memang sedap dari dulu, tapi nyanyian malam ni biasa-biasa je. Tapi nak tengok lagi persembahan Faizal. Harap lagi best. Hehe

Syamel

Komen Juri (Datuk Ramli MS) : Mesti memahami mood lagu. Nyanyian dan persembahan tidak ada masalah.

Komen Iday : Best, Iday suka vokal Syamel. Dia buat kelainan pada lagu Datuk Siti Nurhaliza. Persembahan best, vokal best. Syamel best. Hehehe




Okay, tiba-tiba sis dah malas nak komen. Hahaha  Sebab persembahan malam ni tak sebaik minggu pertama. Apa pandangan korang?

Tadi tengok persembahan Shahir pon, ada sikit sumbang. Alaaaaaaa. Mintak-mintak diorang lagi okay untuk minggu akan datang. 



Korang sokong siapa? 





Others Post




1 comment:

Follow My Instagram

Blog Archive