Resepi Tomyam Mudah Dan Sedap



Hi Korang!

Untuk artikel resepi kali ini, Iday nak kongsi cara-cara memasak Tomyam. Resepi ini sangat mudah dan tidak memerlukan perencah tomyam. Tapi terpulang, kalau korang nak letak perencah pon boleh. Tapi Iday memang tak letak dalam resepi ni :)



Iday letak udang dalam resepi ni, kalau korang nak tukar kepada ayam or daging pon boleh. Kalau nak buat Tomyam Campur, boleh letak semua. Hehe

Dalam resepi ini, iday guna yogurt tapi korang boleh tukar kepada 1/2 kotak santan ye. Nanti korang rasa la, kalau nak lebih santan, boleh tambah lagi. Ikut selera masing-masing. 

Atau, kalau korang tak nak letak santan/yogurt, boleh skip step tu. Hehe

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

→ 10-12 ekor udang (boleh tukar kepada ayam,daging atau makanan laut lain)
→ 1/2 kotak santan (boleh letak lebih, ikut pada citarasa masing-masing)
→ 1/4 cawan air
→ 1 biji cili merah dihiris
→ 1 biji limau nipis
→ 1 biji tomato dibelah 4
→ 1 batang lobak dipotong bulat
→ 1 batang celery dihiris
→ 2-3 biji cili padi dihiris
→ cendawan
→ kobis bunga
→ garam secukup rasa


Bahan Tumis
→ 3 sudu besar minyak masak
→ 2 sudu besar cili kisar
→ 1 ulas bwang putih dihiris nipis
→ 2 inci lengkuas
→ 1 sudu kecil udang kering ditumbuk
→ 1 batang serai
→ 3 helai daun limau purut










Cara-cara memasak Tomyam

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan tumis (cili kisar, serai, daun limau purut, bawang putih, lengkuas dan udang kering)




2. Tumis bahan-bahan tersebut hingga terbit minyak.




3. Masukkan air dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.




4. Masukkan santan dan kacau sebentar.



5. Masukkan batang celery, lobak merah, kobis bunga dan cendawan.


6. Kacau-kacau dan perahkan limau nipis ke dalam masakan. Masukkan juga cili padi yang telah di hiris tadi.






7. Masukkan udang dan biar sehingga udang masak.


8. Akhir sekali masukkan bawang merah yang dihiris dan tomato. Tambah garam secukup rasa.


9. Siap dan boleh hidang! Makan dengan nasi panas :)






Senang je kan nak masak tomyam ni. Korang boleh ubahsuai resepi ni, nak letak perencah untuk bagi lebih kuat rasa tomyam tu pon boleh. Tapi yang ni dah sedap bagi Iday. Hehehe

Akan datang, Iday nak cuba tomyam putih pulak. Hehehe

Selamat mencuba! :)




Korang boleh check resepi lain di link ini : Resepi Blog Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!







Others Post




2 comments:

  1. YaAllah mengundang betul resipi tomyam Iday ni,

    ReplyDelete
  2. Wahhh..tu dia! banjir truihh....nampak sangat sedap! kalau buat sendrik memang rasa dia kita boleh control and adjust sendrik kan? akak suka buat tomyam putih...senang dan sedap! semua pun lebur ajer.

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive