Promosi Chicken Fiesta di A&W Malaysia | Golden Aroma & Spicy Aroma Chicken

2


Hi Korang!

Biasanya kalau kita sebut A&W, mesti kita akan kaitkan dengan produk signature yang terkenal sehingga kini iaitu RB Float (sebelum ni Root Beet Float) dan Beef Coney (dahulu dikenali sebagai Coney Dog). 



Biasanya kalau Iday ke A&W, Iday akan order Golden Aroma Chicken. Iday suka dengan dengan rasa ayam yang dimasak sempurna, isi lembut tetapi rangup diluar. Sebab tu Iday excited bila tahu A&W lancarkan promosi ayam goreng secara besar-besaran di semua outlet di seluruh Malaysia. 

Bermula dari 7 November 2017, buat pertama kalinya A&W Malaysia akan mengadakan promosi Chicken Fiesta bagi memperkenalkan semula ayam goreng mereka. 



Sepanjang promosi ini, Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken akan dihidangkan bersama RB Float dalam 3 jenis kombo (2 ketul ayam, 6 ketul ayam dan 9 ketul ayam). Nak tahu harga? Teruskan baca artikel Iday ini ye :)

Sebelum ini Iday selalu makan Golden Aroma Chicken, ayamnya tidak pedas tetapi rangup di luar. Sesuaila untuk anak-anak yang tidak boleh makan pedas.  




Kalau nak yang pedas, korang boleh cuba Spicy Aroma Chicken. Memang pedas, dalam luar pedas. Dekat luar, bahagian rangup ada serbuk cili yang sedap. Bahagian pula memang ada rasa pedas pada isi ayam. Iday memang suka betul dengan Spicy Aroma Chicken ni. 





Tengok je la video Islam makan ni, sampai terliur pula Iday tengok. berselera betul dia makan Spicy Aroma Chicken tu. Hehehe



Set kombo sepanjang Chicken Fiesta bermula dengan harga RM15.45 hingga RM53.99. Korang boleh tengok set kombo pada gambar di bawah. 





Selain dari promosi Ayam Goreng, A&W juga memperkenalkan menu baru mereka iaitu Chicken Poppers, popcorn daging ayam bersama sos istimewa. Harga untuk satu kotak adalah RM5.30.







Iday tahu, kebanyakan dari korang akan datang ke A&W sebab nak minum A&W RB Float kan? Korang jugak boleh beli 2L RB dengan harga RM7.00. Boleh la korang nikmati RB di rumah. 



A&W juga menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W. A&W Limited Mug 2017 ini bersaiz besar (20oz) berharga RM49.90 sahaja.



Nak tips macam mana nak minum RB Float di rumah tetapi sama seperti di restoran A&W? Boleh check tips yang Iday share dibawah :



Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi Chicken Fiesta hanya di semua outlet A&W di seluruh Malaysia. Nasib baik dekat rumah Iday ada satu restoran A&W iaitu di Petronas Bandar Kinrara. Hehehe



Selamat mencuba!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang promosi dan lain-lain, boleh hubungi :

Laman web : www.anwmalaysia.com.my
Facebook : http://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial
Instagram : http://www.instagram.com/anwmalaysia
Twitter : http://twitter.com/anwmalaysia





Tags

Post a Comment

2Comments
Post a Comment