Tip Dan Cara Menyimpan Duit Melalui Maybank2u Savers/Savers-i


Hi Korang!

Hari ini Iday nak kongsikan dekat korang tips dan cara menyimpan duit melalui Maybank2u Savers/Savers-i. Iday dah simpan duit guna cara ni sejak Januari hari tu. Bagi Iday, ini cara paling mudah dan selamat. Hehe



Sebelum ini Iday pernah buat tabung duit dekat rumah, simpan RM5 dan RM20. Tapi gagal sebab Iday memang tak boleh simpan duit dekat tangan. Hahaha

So, simpan melalui Maybank2u Savers/Savers-i ni sangat mudah dan senang. Setakat ni memang tak sentuh langsung duit simpanan. Mungkin dah jadi seronok sebab nampak duit tu bertambah dan sayang nak guna. Hehehe

Paparan tabung simpanan Iday seperti di bawah (Iday letak nama "Tabung Iday & Islam") :


So, untuk belanja harian Iday akan guna dan buat transaksi menggunakan "Savings Account-i". Iday takkan sentuh duit dalam Tabung Iday & Islam tu.





3 Jenis Duit Yang Disimpan

Ada 3 jenis duit yang Iday simpan dalam akaun Tabung Iday & Islam iaitu :

1. Simpanan tetap setiap bulan : RM500

- Setiap bulan selapas dapat duit gaji, Iday akan transfer RM500 ke akaun Tabung Iday & Islam. Biasanya selepas Iday dah bayar segala jenis bil dan duit belanja Mak. 

- Contohnya :

Gaji : RM4000
Duit Bil dan Belanja Mak : RM2500
Tabung Iday & Islam : RM500
Duit belanja sehingga gaji seterusnya : RM1000

2. Duit dari kerja part time atau income lain

- Contohnya, Iday buat blog review dan setiap kali dapat payment, Iday akan transfer ke akaun Tabung tersebut. Hehehe

- So, rajin-rajinla buat extra income. Buat Grab pon masyuk apa. Satu hari RM100, kalau sebulan? Hehehe

3.  Duit belanja lebih setiap bulan

- Contohnya, bila nak masuk gaji baru. Duit belanja lebih dari bulan lepas/gaji lepas, Iday akan transfer ke akaun Tabung. Tak kisah la walau RM10 sekalipon. Hehe


Kelebihan Simpan Duit Dengan Maybank2u Savers/Savers-i

Korang mesti nak tahu apa kelebihan simpan duit dengan cara ni kan? Iday memang ada buat research tentang cara saving ni dan check semua jenis saving di bank-bank lain.

1. Kalau korang dah guna Maybank2u, ini cara paling senang sebab tak perlu buat akaun baru atau berurusan di kaunter. Korang boleh apply secara online.

2. Interest/Dividend rates untuk yang simpan RM 2000 - RM 50000 adalah 2.0% dan RM 50000 ke atas adalah 2.2%. 

Sesetengah bank yang Iday survey, diorang letak kurang dari 1% untuk simpanan yang tak melebihi RM20000. 

Contohnya:

UOB Account : Interest/Divident rates untuk simpanan bermula RM1-RM5000 adalah 0.05% dan  simpanan dari RM5000 - RM20000 adalah 0.8%. 

So, Iday plan yang nanti Iday akan simpan dulu sehingga RM20000, then keluarkan dan pilih bank yang tawar Interest/Dividend rates yang tinggi untuk jumlah tersebut. Hehehe


Tambahan : Maybank2u Savers ada paparkan interest/dividend rate di website manakala Maybank2u Savers-i tidak paparkan info tersebut. Iday ada tanya soalan tersebut di Facebook Maybank




3. Interest/Dividend rates akan dikira setiap hari dan dimasukkan dalam akaun setiap bulan.

Contohnya :

Kita dah simpan RM3000 dan dividend rates adalah 2.0%. Setiap bulan kita akan dapat RM5. Okay la dari takde kan. Simpan lagi banyak, lagi banyak kita dapat.

4. Boleh dikeluarkan bila-bila masa tapi syarat wajib ada baki RM250. Iday memang plan taknak sentuh pon. Tapi kalau waktu-waktu terdesak?

Takde la leceh sangat nak keluarkan. Tak perlu nak kena isi borang semua tu. Hehehe

5. Ada pelindungan PIDM





Cara nak apply Maybank2u Savers/Savers-i

1. Login ke akaun Maybank masing-masing. Ini layout Maybank yang baru ye.



2. Pilih menu "APPLY". Boleh rujuk gambar di bawah :



3. Nanti korang tengok pilihan untuk M2U Savers/ M2U Savers-i. Kemudian pilih "APPLY NOW"




4. Nanti korang akan tengok satu page yang perlukan korang isi maklumat seperti di bawah :



5. Pilih jenis produk antara M2U Savers atau Savers-i 




6. Tekan anak panah untuk Account Details dan kemudian masukkan maklumat seperti email, deposit from dan amount.

Ingat ye, kalau nak buka akaun M2U Savers atau M2U Savers-i, deposit mestilah melebihi RM250.




7. Lepas dah isi semua maklumat, korang boleh tekan butang "SUBMIT"



8. Then korang kena logout dulu Maybank2u dan login kembali untuk tengok paparan seperti dibawah. Senang kan nak buat tabung simpanan melalui Maybank2u. Hehehe




Nanti pandai-pandai la rename nama akaun tu. Hehe





So, next time kalau dapat gaji atau duit lebih, boleh transfer terus dari akaun saving biasa ke dalam akaun ini. Hehehe



Senang kan? So, selamat menyimpan! 

Untuk lebih maklumat tentang Maybank2u Savers/Savers-i ni, korang boleh check website diorang okay! Hehehe







Others Post




3 comments:

  1. Menarik... Nanti LeYa pun nak buat juga lah

    ReplyDelete
  2. Mnarik jugk ni, simpn dlm tgn mmg hati xkental lngsung..

    ReplyDelete
  3. Hi Iday.. nak tanya dividen interest tu dia kira cmna ya? contoh simpanan awal sy RM2,000, interest 2.0%

    ReplyDelete

Blog Archive