New Video On Youtube.com/Sayaiday

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Bantu Golongan Yang Memerlukan Sejak Tahun 2014


Hi & Assalamualaikum!

Kita selalu jumpa status-status di sosial media yang ingin meminta sumbangan atau derma. Tapi kita mesti kurang yakin dengan kesahihan kempen sumbangan tersebut.

Betul ke sumbangan tersebut akan disalurkan kepada pihak yang betul-betul memerlukan pertolongan?

Jadi, Iday nak kongsikan satu pertubuhan bukan kerajaan yang dah lama berdaftar sejak 30 Disember 2014 dan memang yakin 100% prihatin dengan golongan yang memerlukan iaitu Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM)



Dari info yang Iday baca di website Muslim Volunteer Malaysia (MVM), pertubuhan ini telah mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di seluruh Malaysia (18-24 tahun). Ramai kan?

Malah sebelum ini juga, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards - A Prime Minister’s Award 2016. Hebat kan pencapaian mereka?




Untuk senang nak bagi korang faham, Iday akan terangkan Siapa dan Apa MVM sebenarnya.


Siapa Muslim Volunteer Malaysia (MVM)?

  • Badan atau pertubuhan yang memberikan bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan.
  • Menitik beratkan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
  • Membantu mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira latar belakang, politik, bangsa, dan agama.
Jadi MVM ni sebenarnya pertubuhan yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan.


Apakah 3 Perbezaan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Dengan Pertubuhan Yang Lain?


  • Memantau Perkembangan Keluarga Penerima Bantuan

    Selepas program bantuan dilaksanakan pada mereka yang layak, MVM akan pantau perkembangan mereka. Objektif mereka adalah untuk menjaga kebajikan yang berterusan
  • Fokus kepada pembangunan ekonomi penerima bantuan

    Selalu kita tengok jenis derma atau bantuan dari segi makanan dan keperluan. Tapi MVM juga membantu dengan penyediakan kelengkapan perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga asnaf yang berpotensi.
  • Mewujudkan Sukarelawan Yang Berkemahiran

    Sesiapa saja boleh menjadi sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan diberi peluang untuk belajar skil dan kemahiran sebelum menjadi sukarelawan kemanusiaan dalam program-program anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM).




    Mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu menjana dana bantuan awam (fundraising) dan juga korporat.




So, kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai sukarelawan/volunteer Muslim Volunteer Malaysia, boleh check link dibawah :

Daftar Sukarelawan : https://mvm.org.my/sukarelawan/





Pembahagian Program/Aktiviti Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Kepada 5 Segmen

Apa yang Iday suka dengan pertubuhan MVM ni adalah mereka jelas dengan apa yang mereka rancangkan. Mereka siap ada jadual apa aktiviti atau program yang akan diilakukan pada tahun tertentu.




Malah mereka telah membahagikan program / aktiviti MVM kepada 5 segmen seperti berikut :
  1. MVM Hope - Program bantuan berfasa yang diberikan kepada keluarga penerima bantuan.

    Fasa 1 : Bantuan Asas (barangan asas dapur, bantuan pendidikan)
    Fasa 2 : Bantuan Kemahiran (latihan kemahiran peniagaan, latihan pengurusan wang)
    Fasa 3 : Bantuan Komitmen (pemantauan ekonomi, peluang pekerjaan, bantuan perniagaan)
  2. MVM Unity - Program untuk memanjangkan ikatan perhubungan antara sukarelawan dan masyarakat. (Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim & pelarian Syria, meraikan anak-anak Auitism, Sukan MVM dan banyak lagi)


  3. MVM Reach - Program korporat untuk syarikat, pertubuhan, persatuan dan/atau agensi swasta dan kerajaan - menyediakan ruang kolaborasi untuk program khidmat masyarakat
  4. MVM Relief - Program atau misi bantuan kecemasan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan samada di dalam Malaysia atau antarabangsa. Contohnya Peduli Sulawesi, Pembinaan Masjid Lombok, Misi Bantuan Banjir Sawarak dan banyak lagi.


  5. MVM Touch - Program bantuan berkonsepkan ‘one touch’ atau tidak berfasa dimana ia berdasarkan aduan yang diterima oleh orang awam


Antara Kempen Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Yang Sedang Giat Dijalankan

Sebenarnya dah banyak kempen yang MVM sedang laksanakan. Tadi Iday ada tengok statistik di website MVM, jumlah kempen yang aktif ada sebanyak 49 kempen dan kutipan dana terkumpul tahun 2018 adalah melebihi RM1 juta. Banyak kan?

Ini antara kempen-kempen MVM yang sedang giat dijalankan :


KEMPEN RM10 - bertujuan untuk beri peluang kepada masyarakat untuk turut serta membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang. Kempen ini telah dilancarkan pada bulan April 2016 dan masih diteruskan sehingga sekarang.




Kalau korang rasa usaha MVM ini patut diteruskan, korang boleh beri sokongan dengan menderma RM10.

Nilai sekecil itu memberi impak yang besar kepada golongan dari keluarga miskin dan anak-anak yatim.

Sumbangan boleh dibuat atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my

Atau boleh check website ini : https://mvm.org.my/kempen-rm10-sesi-2018



TABUNG BANTUAN SALAM - program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan dengan memberi bantuan dalam kadar yang segera.



Pemilihan penerima bantuan berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima. Ciri-ciri keluarga yang layak adalah mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,500, warganegara malaysia dan terbuka kepada semua agama serta bangsa.




Jika korang ada maklumat mengenai keluarga yang layak menerima bantuan ini, boleh hubungi wakil Muslim Volunteer Malaysia (MVM) seperti berikut : 

No. Telefon : 03 80740484 
Email : aduan.mvm@gmail.com 

Atau isi borang aduan berikut : http://bit.ly/aduansalammvm 


TABUNG BANTUAN PERNIAGAAN - Ini adalah salah satu inisiatif baru Muslim Volunteer Malaysia (MVM) untuk membangunkan ekonomi penerima bantuan yang layak. 

Kriteria penerima bantuan adalah pada mereka yang mempunyai isi pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah, mempunyai perniagaan sendiri dan komited dengan peniagaan. 







Bagaiman Nak Menyumbang Dalam Muslim Volunteer Malaysia (MVM)? 

Kerjasama Dan Tajaan Korporat - MVM ada buka peluang kepada mana-mana badan korporat untuk menyumbang dalam kempen MVM. Jika berminat, boleh hubungi : 

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia : 03-8074 0434 
Unit Fundraising MVM (Hasbullah) : 012-235 6854 

Daftar Sebagai Sukarelawan - Tiada syarat-syarat khas yang diperlukan untuk mendaftar sebagai #VolunteerMVM. 

Korang boleh check info atau daftar online disini : https://mvm.org.my/sukarelawan 

Sedekah Online - Korang boleh menghulurkan sumbangan atas talian dengan melawati website Donation MVM. 

Website ini memaparkan semua kempen tajaan yang sedang giat dijalankan oleh MVM. Orang ramai lebih mudah untuk mendapatkan informasi terkini tentang kempen tajaan dan lebih yakin untuk mengeluarkan sumbangan.



Website Donantion MVM : https://donation.mvm.org.my/ 

Senang kan bila ada badan pertubuhan seperti Muslim Volunteer Malaysia ni. Bila ada pertubuhan yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan, keperluan mereka yang kurang bernasib baik terjaga dan tiada pihak yang berani untuk ambil kesempatan.

Iday memang ‘respect’ pada mereka yang memulakan pertubuhan seperti MVM ni. Bukan sahaja bantu mereka yang memerlukan tetapi beri peluang kepada masyarakat untuk beri sumbangan. Betul tak? 

Kalau korang berminat nak tahu lebih info tentang Muslim Volunteer Malaysia ni, korang boleh check Media Sosial MVM dibawah : 

Facebook Muslim Volunteer Malaysia
→ https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia 

Instagram
→ https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia/ 

Telegram Channel
→ https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia 

Twitter
→ @VolunteerMVM 

Youtube Channel
→ Muslim Volunteer Malaysia / http://bit.ly/youtubemvm 

Jadi, sekarang dah ada kemudahan untuk bersedekah dan beri sumbangan kepda mereka yang memerlukan. 

InsyaAllah, hari ni kita tolong mereka, esok-esok ada orang lain pula yang tolong kita.










JAWAB SOALAN DAN MENANG RM50



Cara penyertaan peraduan : 

Cuma perlu jawab soalan di bawah


Terma dan Syarat Penyertaan : 

• Warganegara Malaysia
• 1 Profile FB hanya boleh join sekali sahaja
• Pemenang dipilih secara random
• Peraduan hanya valid jika ada lebih 50 penyertaan



SOALAN UNTUK JAWAB SOALAN DAN MENANG RM50


ALL THE BEST!

24 comments:

  1. Moga makin murah rezeki ida lepas ni. Amin

    ReplyDelete
  2. Bagus ada aktiviti cmni kan.. Menjadi sukarelawan bukannya mudah.. Tp dlm mse sme dpt bantu org yg memerlukan pertolongan..

    ReplyDelete
  3. baru tahu, adanya pertubuhan sebegini. bagus MVM ni.. di samping ingin membantu, kita juga boleh join untuk jadi sukarelawan :)

    ReplyDelete
  4. bagusnya ada program macam ni.. dapat sama2 melakukan aktiviti untuk membantu yang memerlukan

    ReplyDelete
  5. Bagus MVM ni makin disebarkan. Bukan apa, sebenarnya ramai yang nak join menjadi sukarelawan ni kan. Dan manfaatnya dapat membantu golongan yang susah ni. Sumbangan pun dapat disampaikan tepat pada tuannya.

    ReplyDelete
  6. baru tau pasal MVM ni, sha dulu selalu terfikir nak jadi sukarela sebab seronok tengok Heliza Helmi. suka tengok program program yang MVM adakan ni, semoga bermanfaat kepada golongan yang memerlukan bantuan. nak derma pun senang, sebab ada online ye

    ReplyDelete
  7. tak pernah tahu pasal MVM sebelum ni tapi ada jugak agensi lain yang airah tahu buat juga aktiviti macam ni.selalu teringin nak join sebab murni sangat usaha diaorang.kalau bukan kita yang bantu siapa lagi kan

    ReplyDelete
  8. Selalu zaza ikuti perkembangan mvm ni dekat facebook.. Nak join je rasa tapi kekangan waktu dan keadaan, so belum dapat join lagi mvm ni..

    ReplyDelete
  9. Ai tak kenal MVM ni. Kiranya baru tahulah kewujudan dia. Bagus sangat aktiviti vonlunteeer ni. Meringankan beban mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. Akak baru tahu tentang MVM ni lepas baca entry ni...menarik sangat bila adanya pertubuhan macam ni di negara kita.Memandangkan akak bekerja sepenuh masa dan makan gaji malangnya tak dapat join pertubuhan yang bagus ni...semoga usaha murni dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. this is such a good sharing, since betul rasanya ramai lagi yg tak sure pertubuhan mana yg menguruskan bantuan2 mcm ni di Malaysia ni. So far qeela follow yg Aqsa punya, dan Noah Hujan tu huhu. Bagus adanya usaha2 mcm ni kan, moga dipermudahkan segala urusan mereka semua.

    ReplyDelete
  12. Kalau yang ni Fadzi yakin sebab tahun lepas pernah join dieorang punye event. Memang banyak dah program sukarelawan yang dieorang buat. Ada yang dalam dan luar negara jugak

    ReplyDelete
  13. Kita belum mendaftar lagi untuk Muslim Volunteer ni memang bagus dan juga sangat membantu mereka yang memerlukan kita selalu bantu secara senyap jer hehehe buat kerja belakang tabir...

    ReplyDelete
  14. Bagus nya ad aktiviti mcm ni. Dulu pernah involve mmg seronok. Kite donate dengan cara jadi volunteer rather than giving money. Atleast boleh rasa pengalaman tu. I wish i can join this muslim volunteer. Harap ada masa free. Lama dh tak join aktiviti sukarelawan ni. hehehe

    ReplyDelete
  15. Macam menarik je kempen volunteer ni. Rasa nak daftar je nak cari pengalaman jadi volunteer ni. Boleh join program yang dorang buat kan .

    ReplyDelete
  16. Alhamdulilah. Makin banyak ruang dan peluang untuk membolehkan kita berbakti kepada rakan-rakan yang memerlukan. Terima kasih share info ini - nie first time Rawlins tahu. pasal MVM.

    ReplyDelete
  17. Sebelum ni pernah juga dengar program MVM ni tapi tak pernah tahu bagaimana program ni dilaksnakan. Bagus rupanya program ni. Macam best je jadi sukarelawan ni secara tak langsung kita boleh mendekati mereka, selami perasaan mereka.

    ReplyDelete
  18. Ada nampak mvm punya aktoviti ni dekat instagram. Macam-macam diaorang buat, best tengok. Aktiviti amal yang membantu golongan yang memerlukan. Nak juga join volunteer macam ni, tapi tak boleh lagi. Tunggu anakma besar je, baru boleh join

    ReplyDelete
  19. Baguslah program macam ni. Boleh mengajak masyarakat untuk terlibat dengan kerja-kerja amal. Apatah lagi ada penglibatan artis lagilah menarik

    ReplyDelete
  20. Banyak aktiviti MVM ni ye. Teringin jugak nak join tapi tula masa belum mengizinkan lagi. Ada jugak kadang-kadang dapat whatsapp orang minta bantuan untuk rumah anak-anak yatim tapi rasa tak yakin je sebab belum cari info lagi pasal rumah anak yatim tu. Mungkin boleh salurkan info ni dekat MVM agaknya.

    ReplyDelete
  21. Bagus usaha macam ni sebab dengan adanya program MVM ni dapat menggalakkan orang ramai menjadi sukarelawan bersama-sama melibatkan diri dalam memberi bantuan dan keperihatinan sesama manusia

    ReplyDelete
  22. Terima kasih Iday kongsikan info macam ni. Memang betul, selalu je nampak post2 minta derma tapi kadang2 tu tertanya2 juga betul ke tidak sebab banyak juga scam kat Malaysia ni. So bila dah tau saluran yang genuine macam MVM ni, mudah lah nak derma bila2 ada wang nanti.

    ReplyDelete
  23. usaha yang bagus daripada Muslim Volunteer Malaysia. Sangat bagus dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  24. Ramai di luar sana yg takut nak menghulurkan bantuan sebab bimbang penyaluran tu tak telus. Semoga dengan perkongsian ini membuka mata dan peluang kepada perderma untuk menghulurkan bantuan

    ReplyDelete