Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah (JAKIM, PU Azman & Ustaz Azhar Idrus)

5

Hi Korang! Assalamulaikum!

Salam Jumaat! 


Hari ini Iday nak share cara-cara mandi wajib paling mudah. Mandi wajib ni penting sebab kalau tak betul cara mandi nanti ibadat lain tidak sah. 




Cara mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Ini adalah rukun mandi wajib :


1. Niat

2. Menghilangkan najis pada badan
3. Meratakan air ke seluruh badan


Ada 3 sumber rujukan cara mandi wajib yang Iday kongsikan di bawah iaitu dari JAKIM, PU Azman dan Ustaz Azhar Idrus


JAKIM


1. Niat "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala"


2. Membaca “Bismillah” 


3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali 


4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri 


5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun 


6. Berwuduk. 


7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air. 


8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. 


9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

- Untuk wanita yang bersanggul, kena lepaskan rambut dan ratakan air di celah-celah rambut.


- Pastikan kuku bersih dan buang kotoran tersebut sebelum mandi


10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. 





PU Azman


Ini pula cara PU Azman yang bagi Iday memang sangat mudah. Cuma kalau nak pahala lebih dengan amalkan yang sunat, boleh ikut cara JAKIM seperti di atas. 



 

Ustaz Azhar Idrus


Ini pula cara Ustaz Azhar Idrus - cara mandi wajib paling ringkas. Korang boleh tengok video di bawah :






Ada yang tanya, batal ke mandi wajib kalau tangan terkena kemaluan?


Mengambil wuduk sebelum mandi wajib adalah sunnah dan menjadi amalan Rasulullah. Kalau tangan terkena kemaluan, hanya batal wuduk dan tidak membatalkan mandi wajib.



Jadi, penting ye untuk tahu cara mandi wajib yang betul. Jangan ambil ringan sebab akan beri kesan kepada ibadah kita lagi-lagi solat. Terutama perempuan sebab tiap-tiap bulan kan datang period. 


Sama-sama kita belajar cara yang betul. Iday pon dulu pernah was-was cara mandian Iday, then gigih google dan belajar cara mandi wajib yang betul Hehehe


Iday saja nak kongsikan dalam blog Iday sebagai panduan akan datang. 





---------------------
Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓↓↓
---------------------
Tags

Post a Comment

5Comments
  1. Bagusnya perkongsian iday ni.. TB pun teruja tengok semua cara..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg bagus ni iday.. Kadang2 kita terlepas pandang cara yang betul utk mandi wajib kan

    ReplyDelete
  3. Good sharing iday.. Ramai org yg tak mandi wajib dgn btul.. Kdg2 tak sampai tempatnya.. Kalau was2 better ulang smula kalau x xsah nnti nk solat..

    ReplyDelete
  4. Sangat membantu👍🏻

    ReplyDelete
  5. Kalau x berwuduk takpe selepas menyucikan tangan kiri dengan sabun

    ReplyDelete
Post a Comment