Update : Permanently Closed
Hai Food Lover!
Ceria sangat ni sebab hari ni hari Jumaat. Hahaha
Okay, sebenarnya iday nak share satu lagi tempat makan best di Kuala Lumpur, area Sungai Besi. Tempat ini basically hidangkan makanan "All-day Breakfast" . Sesuai untuk mereka yang selalu bangun lambat (ish ish ishh) dan tak sempat nak Breakfast sebab dari kedai ni buka sampai la tutup, diorang still serve hidangan breakfast. Sedap okay!
Sekali sekala, ajak suami/bf dating breakfast kat sini pon okay juga. Hehehehe
Nama cafe ni sebenaranya Bites Cafe dan terletak di Lake Field Sungai Besi. Dekat sangat dengan rumah iday (Bukit Jalil). Harga makanan kat sini reasonable and potion besar. Iday makan satu hidangan pon dah kenyang, siap bawa balik tapau. Hahaha Iday paling suka mushroom sos dia. SEDAP!!!
Okay, jom iday share, apa yang best dekat sini. So, next time korang boleh order. Iday ada include harga makanan sekali taw :)
Egg Benedict
Hidangan egg benedict ni termasuk toast, smoked salmon, spinach, muchroom, Hollandaise sauce, salad. Sedap! Iday paling suka bila potong telur tu, kuning telur kena smoked slamon then makan dengan mushroom. Hmmmmmm Yummeyyy! Hahaha
Harga setiap hidangan adalah RM17.90. Hindangan Egg Benedict ni boleh share 2 orang. :)
The French
Roti bakar bersama chicken ham, melted cheese and topping dengan telur goreng. Makan dengan maple syrup. Harga RM15.90 . Ida suka makan and cicah maple syrup tu.
Breakfast Pizza
Islam's favourite! Dalam pizza ni ada beef bacon (SEDAP!) , baby spinach, mushroom and cheesr. Topping? Telur goreng separuh masak. Nama pon breakfast all day kan. Hehehe
Iday tak suka makan pizza kalau kepingan roti tebal, tapi iday suka Breakfast Pizza dekat Bites Cafe sebab dia elok2, tak tebal and nipis sangat. Iday makan pon tak rasa muak. Biasa kalau makan pizza tempat lain, sekeping pon dah muak. Hehehe Harga hidangan ni RM14.90 . Boleh makan ramai-ramai (3-5 orang) .
The Italian
Favourite iday! Iday paling suka makan hidangan ni. Basically, dia macam telur dadar tapi bukan yang biasa punya. Breakfast Frittata ni ada mushroom, turkey ham, onion, spinach, cherry tomato and bahan penting dia, telur. Hehehehe Lepas ni boleh try buat. Selama ni tak pernah pikir yang telur + mushroom sedap! Hahahaha
Portion besar macam Breakfast Pizza, Harga pulak RM14.90 .
The Maxican
Breakfast burritos dengan tortillia, chicken sausage, egg, mushroom dan cheese. Harga untuk satu hidangan adalah RM 12.90 . Iday suka wrap tortillia ni sebab lembut and rasa telur bersama cheese memang sedap. Apa yang paling suka makan di Bites adalah mushroom, boleh dikatakan, setiap hidangan ada mushroom. :)
Club Sandwich Waffle
Siapa yang suka makan waffle, patut cuba makan di Bites Cafe. Waffle kat sini guna resepi sendiri. Makan dengan Beef Bacon, egg, salad, cheese dan tartare sauce. Hidangan ni sekali dengan fries. Harga untuk satu hidangan adalah RM12.90 .
Grilled Chicken & Waffle Sandwich
Very Recommended! Mushroom sauce dia memang terbaik. SEDAP wei!
Bila korang potong telur and waffle, makan and cicah Mushroom sauce tu. Macam nak kahwin je dengan mushroom sos tu. Hahahaha First time makan waffle cicah mushroom sauce. Senang cerita, waffle makan dengan apa-apa pon sedap. Hahaha
Harga untuk hidangan ini adalah RM15.90 . Iday makan ni, siap share 2 orang. Hehehe
Potato Salad
Hidangan ringan-ringan yang wajib korang order kalau datang sini. Sedap! Siapa yang gila kentang memang akan suka hidangan ni. Harga RM9.90 .
Beef Bacon & Shrimp Pasta
Iday ingat lagi, everytime bawa anak buah keluar makan, mesti diorang nak makan pasta. So, iday rasa hidangan ni memang sesuai untuk kanak-kanak. Ada beef bacon, shripm dan cendawan. Portion besar taw, kalau order, mak-mak pon boleh makan sekali. Hehehe
Harga adalah RM18.90.
Grilled Salmon
Siapa suka makan Salmon Grilled! Ye, SAYA! Hahahaha . Besar okay dia punya slice salmon ni. Puas hati dapat makan. Lagi-lagi bila cicah Mushroom Sauce dengan Brokoli ni. Mushroom Sauce dia sedap laaaaa! Handmade ye, takde kat tempat lain. Dekat Bites Cafe je. Hahahaha
Tapi hati-hati masa makan ni, sebab panas. Jangan kau terus suap sauce ni masuk mulut. Ikut pada pengalaman sendiri. Hahaha
Harga untuk hidangan ni adalah RM32.90
Oh yang atas salmon tu nama dia Crispy Potato Cake. Hehehe
Selain dari makanan diatas tu, Bites Cafe juga ada sediakan Nasi Lemak, Omelette, Japanese Curry, Pumpkin soup, Tomato soup, Potato soup dan macam-macam lagi. Banyak pilihan dengan harga berpatutan dengan kualiti dan rasa makanan. Hehehe
Dessert & Ice Cream
Sebenarnya Bites Cafe bukan sahaja hidangkan makanan Breakfast All-Day je, diorang pon ada dessert yang best taw. Waffle Gula Melaka adalah antara kegemaran iday. Hehe
Iday suka betul dengan diorang punya handmade Waffle ni. Cicah pulak dengan Ice Cream Gula Melaka. Sedap!
Selain dari dessert, di Bites Cafe pon ada jual ice cream. Siapa suka makan Ice Cream Nutella? Hehehehe Iday paling suka Ice Cream Teh Tarik. Sedap kot! Haha
Drinks & Beverage
Mocha! Teka tu cartoon ape? Bukan Bear taw, Singa. Hahahaha Stella yang cakap. Ni Singa jantan. Hehehe Sayang nak minum. sampai sejuk Mocha. Hahaha
Ni pula Singa Betina. Hahahaha Muka dia sedihhh. Haha Comel betul. Rasa pon sedap taw!
Unik betul gelas jus dekat sini. Hehe
Comel mentol ni. Hehehe
Selain dari makanan yang sedap, iday juga suka dekorasi dekat Bites Cafe ni. Great place to have good conversation or just nak lepak.
Kalau masuk dalam kedai, mesti nampak banyak sangat picture and frames. Kreatif betul. Kerusi dan meja pula lebih kepada kayu. Banyak lampu and macam-macam warna dan colour. Hehehe
Bites Cafe ni style macam modern kitchen la, so, memang nampak dapur dia and chef yang masak. Siap suruh diorang pose. Hahahaha
Eh, makcik-makcik Kembar (+Ayue Idris & +Naomie .Licouz ) ni pon ada. Muka masing-masing dah kenyang. Hehehe
Oh, Thanks to Stella dari FoodInk sebab dia lah yang kenalkan Bites Cafe @ Lake Field, Sungai Besi ni. Then, gigih taw Stella ni layan kita, dah macam kerja kat situ pulak. Hehehe Padahal baru jumpa, tapi macam dah lama kenal. Hehehe
So, korang kena datang dan cuba sendiri especially mushroom sauce diorang. Hehehe Iday ada sertakan alamat dan info2 lain tentang Bites Cafe ni.
Address: 72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Contact no: 03-90554438
Business hours:
Mon-Thu: 9.00am – 10.00pm
Fri-Sat: 9.00am – 11.00pm
Sun: 9.00am – 10.00pm
Instagram: https://instagram.com/gourmetbitesclub/
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih Baca! Lain-lain Food Review boleh check tab or sidebar. Hehehe
Boleh follow or like Instagram and Facebook Page iday kat bawah :)
Informative article, exactly what I wanted to find.
ReplyDeletedah tutup ya restaurant ni
ReplyDeleterestaurant ni dah tutup
ReplyDelete