Cafe 9 @ Petaling Jaya | The Taste Of Thai

0

Selamat Bekerja! 

Hehehehe Kalau hari Selasa ni, masing-masing macam malas 50% buat kerja sebab dah cuti 2 hari yang lepas. So, hari ni, iday nak share 1 cafe baru yang menghidangkan makanan thai sebagai menu utama cafe tersebut. 


Cafe ini sudah beroperasi selama 10 bulan di Petaling Jaya. Kenapa makanan Thailand? Orang Malaysia ni suka ke Thailand, bukan setakat nak shopping tapi nak makan sekali. Lagi-lagi bila makanan Thailand ni senang diterima oleh tekak orang Malaysia ni. Siapa suka Tomyam? Hehehehe


Cafe 9 ni adalah cafe yang diuruskan oleh 9 orang ahli keluarga, ala-ala business family la ni. Hehehehe No 9 itu sendiri membawa maksud "forever" in China perspective. 


Apa yang best tentang Cafe 9 ni, diorang served hidangan dalam portion yang besar dengan harga yang berbaloi. Jom kita usha hidangan-hidangan yang best di Cafe 9.

Eh, kita tengok dekorasi cafe dulu la. Hehehe 


Iday suka tengok dekorasi Cafe 9, simple cuma terlalu sarat dengan bunga. Hahaha Macam masuk taman bunga pulak. Tapi cantik, siap ada gajah comel ni, hiasan dinding seperti berada di Thailand. Hehehe





Cafe ni memang banyak warna merah, diorang punya staff pon pakai baju merah. Oh, iday suka betul hiasan bawah kitchen dibawah ni. Brick Wall! Cantik! siap cakap kat Islam, nanti nak buat kat rumah macam ni. Hehehe




Macam mana pula dengan makanan di Cafe 9? Sedap ke? Mahal ke? Banyak pilihan ke? Portion besar tak? Hahahaha

Sedap, harga berbaloi, banyak pilihan dan portion BESAR! 

Okay jom, kita tengok hidangan apa yang best dekat sini. Iday syorkan korang makan Prawn Cake sebagai pembuka selera. Serius mula-mula ingat Donut ape ke, hahaha rupa-rupanya Thai Prawn Cake.


Ingredient dia fresh, ida suka betul rasa udang tu. Kat luar crunchy, kat dalam isi lembut. 1 tak cukup! Hahaha Lagi best Prawn Cake ni hanya dibuat bila kita order. walaupon maybe lama sikit tunggu, tetapi berbaloi. yang penting kualiti kan. Hehehe


Hidangan ni adalah Rm18.90. Sedap! 


Then korang boleh try Tomyam Sup di Cafe 9 ni, korang boleh pilih kalau nak kuah merah or kuah clear tu. 


Sedap dan pedas! tapi pedas yang boleh diterima. Islam yang tak makan pedas pon dia suka. Senyap-senyap habiskan dua mangkuk. Berpeluh-peluh cik abang tu. Hahaha Tapi, nasib baik kedai tu ada aircond, takdelah berpeluh teruk sangat. 


Korang boleh order Tomyam Udang sahaja , atau pon Tomyam Seafood. Kedua-dua jenis Tomyam ni dijual dengan harga sama iaitu RM25.90 untuk regular, dan RM49.90 untuk large. Boleh makan ramai-ramai, bersama kawan-kawan dan keluarga. 


Green Curry Chicken! Siapa suka green curry chicken? Iday first time makan masa Aaliyah, kawan 1 pejabat bawa ke office. Eh, macam sedap pulak kan. Then bila iday dapat tahu kedai ni ada served Green Curry Chicken, iday tak sabar nak makan. 



Rasa lemak kuah green curry chicken ni memang sedap. Iday suka kacang panjang dalam masakan ni, tak terlalu masak. Ni kalau makan cicah roti pon sedap ni. Hahaha Harga untuk 1 mangkuk Green Curry Chicken ni adalah RM18.90 . 




Ini antara hidangan favourite iday di Cafe 9 iaitu, Massaman Curry Chicken. Kuah dia pekat, tapi tak pedas sangat. Rasa dia macam curry biasa tapi with powerful flovour. Sedap makan dengan nasi putih. Hehehe

Harga hidangan ni adalah RM18.90 . Portion kat sini besar-besar supaya boleh makan ramai-ramai. Kalau nak makan sorang pon boleh, tapi portion dia tetap besar ni la. Hehehehe



Kalau nak makan chicken wing pon ada dekat sini, tetapi jauh berbeza dengan chicken wing yang biasa kita beli. Ni Thai Styled Fried Chicken Wing. 




Dalam chicken wing ni , diorang sumbat potongan kecil lobak, glass mee. Luar crispy, dalam ada mee. Hehehehe Kenyang kalau makan 1. 





Satu hidangan boleh didapati dengan harga RM16.90 . Besar-besar diorang punya fried chicken wing ni. 



Siapa suka daging masak black pepper! Iday! Hahahahaha Ni antara hidangan yang selalu iday masak, sebab mudah. Tapi dengan cafe 9, diorang masak dengan Thai punya style. Daging dia sangat lembut, and rasa black paper tu over sangat. Elok-elok je. 




Pedas? hehehe tak pedas , tapi kalau nak request pedas pon boleh. Hehehehe Diorang perap dulu daging ni dengan sauce black papper, then masak. It's really good. Hidangan ni hanya RM22.90.




Hidangan ni nama dia panjang sikit, Stir Fry Squid Sam Rod Served with Thai Sweet and Spicy Sauce Style. Mula-mula iday makan, iday ingat diorang served fish fillet, tapi rupanya sotong segar. 


Lembut je bila gigit, lagi-lagi bila kena dengan sos masam manis tu. Iday sukaaa! Gaul-gaul makan dengan nasi, sedap! Hehehe Hidangan ni berharga RM23.90 . 





Bila iday tengok menu, iday jumpa hidangan ni , New Zealand Oxtail Soup. Oxtail Soup? Hehehe Sup Ekor laaaa. Favourite tu, kena try ni.  Sebab bukan senang nak cari kedai yang boleh jual sup ekor yang boleh terangkat rasanya. Iday memang tak sabar nak rasa hidangan ni. 



Daging lembut, portion besar. Cuma rasa soup tu tak kick. Yelar, nama pon food review. Kena la jujur kan. Hehehe Tapi kuah soup sedap, cuma iday expect rasa yang lebih pekat. 

Iday ada cakap dekat owner Cafe 9, and serius dia seorang yang sudi mendengar pendapat. So, next time kalau korang rasa, sure sedap terangkat. Iday pon nanti nak datang try. Hehehe

Hidangan Sup Ekor ni berharga RM25.90. 



Siapa makan kacang botol, sure suka makan hidangan ni. Ni namanya Kerabu Kacang Botol, siap ada udang fresh lagi. Sedap! :)




Hidangan menarik ni, diberi nama Dancing Fish hehehe. Serius kreatif. Actually, diorang dah buang isi ikan ni, then goreng. Kalau small (4pax) RM44.90, large (6-8), RM49.90 . 






Pla Nueng Manow, ikan siakap masak steam dalam spicy lime sauce. Iday suka sangat kuah diaaaa. Licin taw makan. Iday bukan suka sangat makan ikan steam ni sebab takut hanyir tapi lime sauce ni memang dah hilangkan rasa hanyir tu. 



Ini kalau makan sama family gathering pon boleh sebab semua orang boleh makan dan harga pon berpatutan. Kalau small size, RM44.90, kalau besar RM49.90. Alang-alang baik ambil yang besar terus. Hehehehe




Iday pernah makan hidangan Tomyam dalam kelapa, tapi ni first time iday makan otak-otak dalam kelapa. 


Thai otak-otak ni  adalah kombinasi seafood dan sweet fresh dari isi dan air kelapa. Serius sedap. Ni juga antara favourite iday. Untuk 1 hidangan ni, hanya RM23.90 .Korang patut try hidangan ni :)


Sayur goreng kangkung! Tak lengkap la hidangan kalau takde sayur masak kangkung ni. Ni hidangan boleh makan untuk 4-6 pax. 


Yang ni pon sedap, sayur kangkung tak terlalu masak. kuah pekat and ada rasa pedas, tapi tak over sangat. Teringat mak masak bila tengok lauk ni. Harga untuk 1 hidangan ni adalah RM10.90.


Siapa suka makan sayur sure suka makan hidangan ni. Iday suka sayur campur yang ada brokoli dan curlyflower. Ni kalau ratah pon sedap! Hehehehe orang gile sayur macam ni la. Hidangan ni berharga RM14.90 .


Ada satu lagi hidangan, tapi iday lupa nama. Hahahahah tapi memang iday suka. dia macam pedas-pedas. Kalau siapa suka makan pedas boleh order. Ida rasa nama dia macam ada peneng-peneng camtu. Hahahaha



Kat sini pon ada jual pelbagai jenis air. Paling laku kat sini Guava Asam Boi! Serius sedap. Hari tu pon dapat order 1 je sebab dah habis. Ada jugak teh serai, tapi jangan minum pakai serai pulak. Hehehe



Iday suka mint blended ni :)



Overall, iday suka dengan makanan and layanan diorang kat sini. Sebenarnya kalau korang check diorang punya facebook pon banyak je orang bagi good review. 


Nak kenal siapa owner Cafe 9 yang baik ni, serius tak sangka dia owner sebab dia la pelayan, dia la yang order. Hahaha Kalau datang cafe 9, dia kan sambut korang. Depend jugak la, kadang-kadang staff dia. Hahaha


Yang penting Cafe 9 bukan saja pentingkan kuantiti, tapi kualiti sekali. Diorang served makanan dengan portion besar, dengan harga berbaloi dan rasa yang sedap! Hehehe



Iday ada share tentang details Cafe 9 :

Cafe 9 : The Taste Of Thai

+ Address : No 27, Jalan 17/45, 46400 Petaling Jaya, Selangor
+ Business hours : Wed - Sun: 11:00am - 10:00pm (Closed on Tuesday)
+ Phone Number : 03-7932 2899
+ Facebook : https://www.facebook.com/Cafe9thai
+ Instagram : https://instagram.com/cafe9thai/
+ Food Ink : https://www.foodink.com.my/

Kalau nak rasa the taste of Thai, boleh cuba makan dekat Cafe 9, oh tiada service tax and GST charge :)



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)