Vine Cafe @ Starling Mall | Food Review

24


Hi Korang!

Entry kali ini Iday nak share satu lokasi tempat makan best di Petaling Jaya iaitu Vine Cafe yang terletak di dalam Starling Mall. Kawan Iday yang cadangkan tempat dekat sini kerana makanan yang sedap dan harga berpatutan. 


Kalau korang tengok suasana restoran ini yang seperti restoran mewah, mesti korang jangka yang harga makanan di sini adalah mahal tapi sebenarnya tak. Harga makanan dekat sini sangat berpatutan. 




Itu yang Iday akan share dalam artikel ini. Semua menu yang Iday makan ini adalah antara menu yang popular di Vine Cafe. Iday akan share gambar dan harga makanan untuk memudahkan korang pesan makanan lepas ni. 

Korang juga boleh check video dibawah :






Vine Cafe memang popular dengan menu Western, kalau tengahari memang ramai orang kerana sentiasa jadi pilihan untuk makan tengahari. 


Paling Iday suka adalah buku menu yang penuh dengan gambar, memudahkan customer untuk memesan makanan.  Diorang ada pelbagai pilihan makanan seperti untuk breakfast, salad, pelbagai jenis sandwich, pasta, burgers, main course, pizza dan makanan sampingan seperti nachos.


Frenshie Toastie




Ini menu breakfast kegemaran Iday. 2 keping roti disalut telur digoreng rangup bersama pancake sirap, buah-buahan, kekacang dan aiskrim. Harga untuk menu breakfast ini adalah RM18.


Menu breakfast bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.


Cara nak makan denga sedap, gaulkan roti dengan pancake syrup dan satu sudu aiskrim. Sedap! Hehe






Muesli Trifles

Kalau nak breakfast lebih sihat, korang boleh cuba Muesli Trifles. 1 cawan besar yang mengandungi muesli bersama yogurt, madu, berry coulis dan potongan buah-buahan segar.




Portion agak besar dan memang boleh buat kenyang. Memang sesuai dijadikan breakfast sebelum korang mulakan hari korang. 


Harga untuk Muesli Trifles ini adalah RM18. 





Summer Sweet & Sour

Kalau korang nak makan salad, dekat Vine Cafe ni ada 4 jenis menu salad tetapi paling Iday suka Summer Sweet & Sour ni. Gabungan salad dan buah-buahan yang segar. 




Rocket salad  bersama potongan buah tembikai, buah oren, tomato, almond dan feta cheese crumble. Tak lupa titisan madu yang menyedapkan lagi hidangan salad ni. 

Portion agak besar dan berharga RM20.00 . Korang boleh add-on ayam (RM7) atau smoked salmon (RM10). 


Ada 5 pilihan sandwich dekat Vine Cafe tetapi Iday hanya sempat cuba 2 jenis sandwich iaitu Curried Turkey dan Vine BLT Sandwich. 


Curried Turkey Sandwich




Dalam sandwich ni ada kepingan daging turkey di bahagian dada bersama kari mayo, raisins, sayur spinach, tomato dan almond. Agak besar untuk makan sorang. Harga untuk menu adalah RM20




Vine BLT




Iday kan ada mention 5 jenis sandwich yang ada di Vine Cafe, setiap satunya berbeza bahan iaitu ayam, tuna, turkey, daging panggang dan kepingan beef bacon. 


So, yang Vine BLT ni sebenarnya sandwich berintikan beef bacon, beef pepperoni, gherkin (jeruk timun), salad dan tomato. 




Harga untuk menu ini adalah RM15. 


Setiap sandwich dekat sini akan dihidang bersama Steak Fries. Besar-besar pula tu. Sedap dan berbaloi. 




Selain dari menu breakfast, salad dan sandwich, korang boleh cuba pasta dekat sini. 2 kali datang, 2 kali Iday try Prawn Oglio Olio Squid. 


Prawn Oglio Olio Squid Ink Spaghetti




Kalau korang suka pedas, boleh cuba menu ni. Hidangan squid ink pasta bersama udang dan chili flakes. Memang sedap. Iday recommend dekat korang untuk cuba menu ni. 


Iday suka sebab diorang macam tak kedekut udang. Hehe


Harga untuk menu ini adalah RM28. Portion besar dan kenyang. Sesuai makan semasa lunch atau dinner. 


Mushroom Pesto Spaghetti


Kemudian Iday try Mushroom Pesto Spaghetti sebab Islam suka makan mushroom. 




Mushroom dimasak bersama garlic, digaul dengan pesto dan ditabur parmesan cheese. Yang ni pon sedap dan tak muak. Kalau suka cendawan, boleh cuba. Harga untuk menu ini adalah RM23.


Islam suka makan burger and dekat Vine Cafe memang ada 5 jenis burger iaitu BBQ Beef Burger, Cheezy Burger, Maui Chicken, BreakfastBurger dan Coney Dog. 


BBQ Beef Burger


Islam nak cuba BBQ Beef Burger, kali ke-2 dia datang pon dia makan menu sama. Siap buat video lagi. Hehe




Islam suka sangat dengan patty daging ni sebab tebal dan masak elok. BBQ Burger ni memang besar, korang memang akan makan dengan sudu and pisau. Patty daging di bakar bersama sos bbq dan dalam burger ni ada mushroom, daun salad, tomato dan kepingan cheese. 


Sekarang pulak memang trend roti burger warna hitam. Roti dia lembut and Islam cakap dia lagi suka burger ni dari burger yang dia biasa makan (m*d) hehe 


Iday suka sebab burger ni macam basic burger tapi puas hati, diorang takde letak something extraordinary pon just bbq burger. Tetapi puas hati sebab cukup lengkap dengan portion besar dan rasa yang puas hati. 

Harga untuk BBQ Beef Burger ini adalah RM27. Semua burger akan di hidang bersama steak fries. 


Untuk menu main course, Iday dah cuba Chicken Roulade dan Fish Parmigiana. Iday paling puas hati makan Chicken Roulade sebab sedap sangat. 


Chicken Roulade 




Dalam chicken roulade ni ada turkey ham, spinach, mushroom dan chese. Menu ini dihidang bersama sos pedas tamarind yang digaul dengan kentang.

Paling best, ayam dimasak elok dan well seasoned. Kentang dan bawang yang digaul dengan sos pedas tamarind memang sedap. Sesekali Iday akan cicah ayam dengan sos tu. Puas hati dengan harga, memang berbaloi.

Harga untuk menu ini adalah RM25.




Fish Parmigiana


Ikan Dory digoreng rangup, dihidang bersama tomato salsa, kentang goreng, Napoli sos dan ditabur cheese. Harga untuk hidangan ini adalah RM23. 




Kalau korang suka Ikan Dory, korang boleh cuba. Bagi Iday okay-okay je, sebab Iday tak suka makan ikan dory tapi sos dia sedap. 


Selain dari makanan western di atas, menu popular dekat sini adalah Pizza dan Nachos. Islam kan suka pizza, kali ke-2 kitorang datang dia order pizza juga. Dia cakap nak try semua pizza dekat situ.


Pizza yang Islam dah cuba adalah Marinara Pizza dan Meat Lova Lova Pizza.


Meat Lova Lova Pizza




Kalau korang suka pizza daging, korang patut cuba Meat Lova Lova Pizza. Ada 4 jenis inti daging dalam pizza ni iaitu beef ragout, roasted beef, beef bacon dan beef pepperoni. Kemudian ditambah perasa dengan black olive, capsicum dan cheese. 



Marinara Pizza


Disebabkan Iday suka seafood, kitorang cuba Marinara Pizza. Macam-macam jenis makanan laut ada dalam pizza ni antaranya udang, sotong, mussels, daging ketam dan fish roe. Kemudian topping dengan mozarella cheese. 




Iday memang suka pizza dekat sini kerana tak muak, mungkin sebab kepingan doh tak terlalu tebal. Elok-elok je. Yang penting diorang murah hati cheese. Suka cheese! Hehe


Harga untuk Meat Lova Lova Pizza adalah RM34 dan Marinara Pizza pula adalah RM37. Portion besar, korang boleh share 2-4 orang.


Last but not least, Nachos


Ini kalau makan untuk sambil-sambil lepak memang best. Hari tu Iday makan 3 orang pon tak habis. 




Kalau atas nachos ni, diorang letak tomato salsa, sour cream dan mozarella cheese. Untuk pencicah, diorang guna beef con carne(sambal daging tapi itali punya style) . 




Nachos ni antara kegemaran Iday dekat Vine Cafe. Kalau datang lepak dengan member, Iday nak order ni. Hehehe


So far, Iday memang puas hati dengan makanan dekat sini. Iday suka dekorasi restoran yang nampak mewah dan bersih. 







Ami and Islam approve Vine Cafe, boleh datang lepak sini lagi :)





Sayaiday Review

Outlook: 5/5

Creativity: 5/5

Taste: 5/5
Price: 4.5/5 ($$)
Overall: 4.9/5

Ambiance : 
Ruang makan selesa and banyak meja tersedia. Ada ruang aircond untuk yang merokok.

Service : 
Ada staff akan layan untuk ambil order dan sangat mesra. Senang nak order sebab menu bergambar. Boleh bayar menggunakan kad.




Food Service Speed : 

 Makanan cepat sampai tetapi bergantung kepada jumlah pelanggan.



Will revisit? : 
Yes. Akan datang lagi :)


Cafe/Restaurant Details


Vine Cafe, Starling Mall, Damansara Uptown
6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama 
Petaling Jaya, Malaysia 47400

Waktu beroperasi : 10 pagi - 10 malam

IG : https://www.instagram.com/vinecafemalaysia/
FB : www.facebook.com/vinecafemalaysia/



Korang pernah makan dekat sini? Best tak? Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen bawah.





Korang boleh check artikel food review lain di link ini : Food Review Sayaiday

Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!



Tags

Post a Comment

24Comments
  1. Tempat nampak serba mewah, sis pun ingat makanan dia mahal.Tengok Muesli Trifles tu mengancam sangat. Boleh lah nanti gi cuba kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula pon ingat mahal, tapi bila tengok menu dan harga, memang berpatutan la. dah la portion pon besar. hehehe Nanti try la :)

      Delete
  2. alahaii semua sedap2 ni rugi pulak tolak sebab kena time anak sekolah.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Allahu banyaknya gambar makanan . dah ah tengah lapar nie

    ReplyDelete
  4. Wah..makanan2 dia nampak sedap...n hrga for me quite berpatutan. I would love to try that squid ink pasta😘

    ReplyDelete
  5. Ia nampak lazat betul. Environment pun selesa. Nak visit juga

    ReplyDelete
  6. Ya tuhan seriously nampak teramat sedap. Portion memuaskan dengan harga! :D

    ReplyDelete
  7. selalu gak pergi ke starling mall, tapi belum cuba cafe ni.. looks good yo!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Iday tak ajak kita makan sekali pun hehehe semua menyelerakan tambah2 yang burger dan pizza tu bestnya tengok...

    ReplyDelete
  9. Tak leh lupa la kesedapan makanan kat sini...jom Iday...habiskan voucher..valid sampai end of month je ni

    ReplyDelete
  10. Ya Allah...sedpanya makanan kat Vine ni ! Boleh masuk wishlists ni untuk bawa anak-anak dan asben melepak disini. Anak-anak suka pasta ! Mummy dan daddy pastinya suka pizza !

    ReplyDelete
  11. Suka tengok blog buat food review. Sebba tertarik dengan makan n konsep. Makanan kat sini memang menarik. Kalau datang kl nk singgah lah.

    ReplyDelete
  12. Food review kat sini tak pernah mengecewakan,tak pernah tak terliur tengok gambar" makanan semua haha

    ReplyDelete
  13. Nampak cantik dan kemas cafe ni. Sedapnya semua makanan tu. Tak rugi berbelanja untuk makanan yang sedap.

    ReplyDelete
  14. wow menu dia nampak sedap, tempat pun selesa nak lepak..boleh la singgah sini

    ReplyDelete
  15. Meleleh air tengok gambar makanan kt post ni hahaha nampak sangat menyelerakan. Harga pun takdelah melampau just nice =)

    ReplyDelete
  16. Aduh, photo menyeksa batin ni.. melelh air liur rasa.. nampak pun memang sangat sedap, apalagi bila dah masuk ke mulut dan hancur di perut.. adeh

    ReplyDelete
  17. Restoran baharu ya?
    Terliur melihat gambar-gambar pilihan yang ditawarkan di VINE. Saya mungkin akan pilih BBQ BEEF BURGER.

    ReplyDelete
  18. Bila nak ajak akak food review ni. Sebab akak makan tak banyak. Nak snap gambar aje. Akak suka la makanan macam healthy ni. Hahahaha. Bukan senang nak dapat idea makanan healthy kemain meriah macam Iday tengok ni. Wuwuwuwu.

    ReplyDelete
  19. Amboi sedapnya. Pesembahan makanan yang menarik membuat ika tertarik. Sebuah cafe yang cozy dan sesuai untuk hangout with family.

    ReplyDelete
  20. the food look yummy. time to have lunch there

    ReplyDelete
  21. Fuhh terbaiklah tempat makan dia. tempat je dah cantik, mesti makanan dia best ni

    ReplyDelete
  22. Sedapnya! Tak berpeluang nak join haritu sebab kerja. Pizza tu sangatlah tempting. Terliur sangat dah ni!

    ReplyDelete
  23. WAHH! Tmpt nmpk class sngt. haha. boleh singgah ni. serious tk jauh dari rumah, hehe. nasib baik baca blog awak, kalau tk, tk kan nk ke starling mall pun.

    ReplyDelete
Post a Comment