Shikin Shelter - Penyelamat 160 Kucing dan 20 Anjing Terbiar

10

Hi ❤



Hari tu iday ada buka twitter dan iday ada perasan 1 hashtag tengah trend iaitu #NationalCatDay. Ramai yang post gambar kucing diorang, semua gebu-gebu, comel. Sama la macam kucing iday iaitu Ali, Maya, Hiro, Loki & Kin.



Tapi macam mana dengan kucing yang terbiar, yang tiada tempat perlindungan, yang dibuang and yang sakit?




Iday dulu pon start bela Ali, Maya and Hiro sebab kawan Islam jumpa diorang masa baby dalam box. Kitorang bela dari baby siap susukan dengan botol susu. Ali time tu sakit, and kena pakai picagari supaya dia makan ubat and cepat sihat. 


Iday ada join 1 facebook group ni iaitu Shikin Shelter. Sebenarnya iday tahu tentang Shikin Shelter sebab the founder dia adalah Norashikin Ahmad. Dulu iday selalu follow dia update tentang pusat perlindungan haiwan yang dibina sendiri di kawasan rumah shikin.




Shikin Shelter semasa pembinaan dulu

Sayangnya, shikin shelter ni bertempat di Melaka, kalau dah boleh lawat seminggu sekali. Hehehe InsyaAllah, iday akan jenguk ke sana. Hehehe



Cuma sekarang Shikin Shelter betul-betul perlukan dana sebab dekat shelter ni saja dah ada 160 kucing dan 20 ekor anjing. Banyak kan. Shikin ni jaga betul-betul tahu, siap ada yang hantar kucing yang sakit terbiar dekat Shikin, and dia akan rawat sampai betul-betul sembuh.

Ni kenyataan Shikin dari Facebook Group Shikin Shelter :
Assalamualaikum,Salam 1 Malaysia.,

Pada rakan2 semua..

Sy memerlukan 500 orang untuk membuat sumbangan ikhlas sebanyak RM10 seorang.. bagi penambahan ruangan shelter., ini merupakan penambahan terakhir di Shikin Shelter.. kerana penambahan sebelum ini masih lagi tidak mencukupi untuk memuatkan strays.. dan sy juga ingin membuat pondok2 bagi menempatkan anjing2 jalanan yg sy rescue..

Kucing2 sudah pun mencecah 160 ekor..
dan anjing 20 ekor..

sy harap ahli2 si sini.. akan turut sama membantu sy dalam misi ini ya.. bagi yg sudah membuat sumbangan.. sila comment kn no.1 di dan no. seterusnya di ruangan comment untuk sama2 kita monitor pergerakan sumbangan.. smile emoticon

InsyAllah.. bila kita memberi Allah juga memberi pada kita.. mudah-mudahan.. Aminn


Tengok gambar-gambar dari Facebook Shikin Shelter :






So, iday harap korang boleh la sumbangkan sedikit walaupon cuma RM10 ke Shikin Shelter. Dana yang terkumpul ni boleh gunakan untuk kos vet, makanan, pasir, besarkan shelter dan macam-macam lagi. 

Kalau nak derma boleh la bank in/transfer duit ke :


😻SHIKIN SHELTER😻

7014971183 : CIMB

154044903353 : MAYBANK 



Atau korang boleh join group : https://www.facebook.com/groups/Shikinshelter/


Iday teringin nak pergi Shikin Shelter dekat Melaka ni. Comel tengok anak-anak kucing ni :)
Tags

Post a Comment

10Comments
  1. thanks for review sis... insyaaAllah semoga dipermudahkan haiwan2 itu...

    ReplyDelete
  2. kat sini ada jugak shelter macam shikin ni macam kakimotong buat cuma dia tak dedahkan village cat tu kat mana untuk elak orang jadikan tempat tu tempat pembuangan kucing. Dia hanya menyelamat kucing2 terbiar yang berisiko, sakit & memerlukan perlindungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sy nk tanya shikin shelter ni lokasinya kt Mana ye ,sebab klau nk sumbang makanan2 kucing tk tau tempat ni .

      Delete
  3. alaaaa...belum gaji lagi ni...InsyaAllah dah gaji nnt Sally akan sumbang mana yg mampu... :)

    ReplyDelete
  4. mak aiii banyaknya..murninya usaha dia..insyaallah akan hulurkan bantuan...

    ReplyDelete
  5. semoga dimurahkan rezeki tuan yang menjaga semua kucing ni....bukan semua orang mampu...tapi sedikit sumbangan pun dah cukup berharga

    ReplyDelete
  6. Shikin mmg berhati mulia..da knl dia lama mmg dia rescue utk straycat dan straydog semua guna duit titik peluh dia utk dpt kan tpt rumah kucing dan anjing ni.ada juga bantuan dr kawan2 menringan kan dia juga.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Kalau saya nak letak anak kucing untuk dijaga boleh??? Sebab ada orang buang anak kucing tanpa ibunya.saya tak boleh nak jaga sebab duduk hostel

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Saya nak tanya. Kalau saya letak anak kucing yg masih kecil ( x bkak mata lg) dekat tempat ny boleh tak??? Ada orang buang anak kucing ny 4 ekor tanpa ibu kucing. Saya tak boleh nak bela sebab duduk hostel

    ReplyDelete
  9. tks for the good works! you may also try to do some online fundraising when necessary.

    ReplyDelete
Post a Comment