Video Pengumuman Fara Fauzana berhenti menjadi DJ di Hotfm

3

Hi  

Iday baru balik dari airport, hantar parent pergi umrah. Pagi tadi penuh drama sebab ingat tak sempat nak jumpa mak and abah sebab dah lambat. Nanti kalau rajin update, iday story. Hahahaha 

Nak dijadikan cerita, on the way balik, iday check la youtube, mana2 channel yang iday subscribe. Ternampak la ada satu video dari Hotfm punya channel dengan tajuk "Pengumuman Fara Fauzana" . Awal2 baca tu iday dah macam agak, mesti ada kaitan fara fauzana nak mengundur or berhenti. Last-last, memang betul tekaan iday. 


Rupanya, Fara Fauzana mengumumkan khabar berita yang dia akan berhenti dari Hotfm. Fara Fauzana akan live di radio buat kali terakhir adalah pada 6 Feb nanti. Wahhh, iday rasa iday start kena Fara dari radio hotfm. Dan Fara banyak dapat anugerah kerana menjadi DJ Hotfm. So, memang akan terasa kehilangan Fara Fauzana.

Apa-apa pon kita doakan Fara Fauzana supaya sukses and dipercepatkan jodoh. Hehe sebab ada spekulasi mengatakan yang Fara Fauzana akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Hehehe

Okay la, check video bawah untuk full video pengumuman dari Fara Fauzana tentang pengunduran beliau dari Hotfm. 


Dulu masa Faizal keluar pon sedih jugak, iday selalu dengar pagi2 Hotfm Amkrew masa redah jem nak pergi ofis. Nanti dah tak boleh dengar celoteh Fara Fauzana dah. Bye-bye Fara! :)



Post a Comment

3Comments
  1. moga fafau terus success lah...amin..

    ReplyDelete
  2. Ala..sedihnya fara nak berenti.. kalau nak p kerja mmg buka hotfm

    ReplyDelete
  3. Walau yang baru nanti tak sama dengan yang sedia ada tapi tiap penyampai ada kelainan dalam memikat hati pendengar.. ;)

    ReplyDelete
Post a Comment