Siapa yang tak suka Barbeque Grill?
Semua orang suka kan? Iday kalau balik kampung, mesti ajak family buat barbeque grill. Kitorang bakar jagung, bakar seafood, ayam and daging. Bestnyaaaaa. Kalau pandai perap ramuan, memang jadi sedap. Hehehe
Hari tu, iday saja try King The Grill Barbeque Buffet dekat Pearl International Hotel Kuala Lumpur. Iday tahu pon sejak one of my friends ada share poster ni dekat Facebook.
Barbeque Buffet kotttt! Hehehe It's happened every first saturday of the month. Iday pergi bulan lepas, 3 December 2016. Memang kena booking awal-awal sebab ramai orang sebenarnya. Hehehe
Next buffet adalah 7th Jan 2017, sabtu ni ye korang!
Next buffet adalah 7th Jan 2017, sabtu ni ye korang!
So, Iday ada gambar sepanjang kitorang menikmati Barbeque Buffet hari tu. Anddddd first time, iday makan abalon. Hahaha Yes, hidangan sup Abalon ada sekali dalam Barbeque Buffet ni. Hehehe
Outdoor table bersebelahan dengan pool. Bahagian luar akan ada semua menu grill, bahagian dalam akan ada side dishes and dessert. Memang banyak makananan dalam set buffet ni. Makan sampai puas! hehehe
Paling best sebab ada sate. Favourite iday all the time kot. Ada 2 jenis sate iaitu sate ayam dan daging.
Ada nasi himpit, bawang, timun dan kuah kacang. Sate memang sedap and cicah pula dengan kuah kacang. Dah macam raya. Hehehe
Lagi gambar menu yang ada di King Of The Grill Barbeque Buffet,
Sotong bakar and udang bakar ni memang sedap, iday asyik tambah je especially udang. Iday memang hantu udang. Then iday puas hati dengan kualiti makanan. Semua segar-segar :)
Selain dari menu grill, ada juga side dishes yang lain seperti nasi goreng cina, spaghetti, potato salad dan banyak lagi.
Iday pernah tengok video MahaMahu masak menu jagung ni. Hehehe Hari tu rasa memang sedap, lemak berkrim. Hehehe
Nama pon buffet, mesti makan sampai kenyang. Iday suka sangat dengan lamb grill and dia punya black peper sauce. Iday makan tak ingat dunia. HAHA
Then dia ada special menu yang diorang akan served semasa kita menikmati grill buffet ni iaitu Lobster and Sup Abalon. Ini first time iday makan abalon, sedap juga rupanya. Patutla mahal. Hehehe
Sedapnya, isi lobster memang segar.
Antara favourite iday ni :)
Then ada dessert and buah-buahan untuk pencuci mulut. Banyak sangat pilihan. I almost ate everything. Haha Menambah lemak je malam tu.
Kalau parent yang bawa anak, jangan risau kalau risau anak-anak bosan sebab ada aktiviti lain iaitu face painting and persembahan baloon dari Clown Man. Seronok tengok diorang. Hehehe
Iday and Islam memang berpuas hati dengan menu-menu yang ada. Kalau korang memang suka makan grill atau barbeque, iday memang recommend. Lagi satu, diorang hadkan pax, so makanan yang disediakan memang mencukupi untuk semua orang. Memang makan sampai kenyang.
Waktu buffet adalah dari pukul 6.30 hingga 10 malam. Harga pula memang berbaloi.
Korang boleh booking melalui no phone di poster di atas atau check facebook diorang di link bawah :
wow banyak nya makanan (^_^)
ReplyDeleteAlahai sedapnyaaa..akak mmg suka la bab grill2 ni cuma rugi bawak akak ni sbb makan sikit sgt...
ReplyDelete