Dah lebih 30 tahun rancangan hiburan Melodi bersiaran di TV3 sejak 10 Januari 1993. Untuk rekod, pengacara pertama yang membuka tirai program ikonik ini ialah Allahyarham Dato' Mahadzir Lokman yang telah meninggal dunia pada tahun 2018. Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 🤲
Sepanjang meniti zaman, program ini telah menampilkan ramai pengacara dalam kalangan artis tempatan. Kini, ada dalam kalangan mereka yang masih aktif dalam dunia seni, ada yang beralih arah menyertai dunia politik, dan tidak kurang juga yang memilih untuk tidak lagi berlakon.
Terbaharu, Fikry Ibrahim pula mengucapkan selamat tinggal selepas dua tahun mengendalikan program ini bersama Ain Edruce.
Kini, teka-teki siapa hos baharu yang akan bergandingan dengan Ain Edruce bakal terjawab pada 16 Julai nanti. Ramai netizen petik nama Kamal Adli, betul ke? Sama-sama kita tunggu!
Senarai Pengacara Melodi (1993-2026)
Korang pulak sempat zaman pengacara yang mana? Min dulu selalu tengok Saiful Apek dengan Kak Ogy mengacara, lepas tu paling feveret zaman Fara Fauzana dan Wahid hehe auto rasa macam dah tua sangat pulak bila ingat balik hehe 😂