Urusan Hati Cik Drama Queen | Sinopsis & Info Drama

2

Yeay! Drama baru!



Iday sebenarnya dah lama follow update drama Scha Alyahya dan Aiman ni. Dari diorang upload gambar masa shooting lagi. Suka tengok penampilan Scha Alyahya dalam drama ni sebab nampak style.



Then, iday suka Aiman berlakon, dah la hensem. Hehehe Oh ada Randy Pangalila dan Adriana Adnan. 

Siapa yang tengok Buruk Cantik dekat youtube mesti kenal Adriana Adnan. Hehehe


So, memang tak sabar nak tengok lakonan mereka bersama dalam drama baru iaitu Urusan Hati Cik Drama Queen. 

Iday nak share sikit details tentang drama Urusan Hati Cik Drama Queen ni. 

Info Urusan Hati Cik Drama Queen

Terbitan : Dark Wave Pictures
Mula siaran : 6 Februari 2017
Pengarah : Michael Ang
Jumlah Episode : 16

Ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Pelakon Urusan Cik Drama Queen

Scha Alyahya sebagai Syazlin 
Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan 
Randy Pangalila sebagai Faris 
Ozlynn sebagai Husna 
Ungku Hariz sebagai Yeop 
Adriana Adnan sebagai Zehra 
Isyariana sebagai Hanissa

Sinopsis Urusan Cik Drama Queen

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. 

Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru. Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. 

Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. 

Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. 

Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya. Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. 

Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang? 

Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak? 

“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”



Bye! :)

Post a Comment

2Comments
  1. Kenapa link episode tujuh x appear lagi yea

    ReplyDelete
  2. Cepatlah link 16 ... x sabar nk tgk ni huhu...

    ReplyDelete
Post a Comment