Terkejut Dengan Berita Pemergian Mohd Thaqif Amin

2

Assalamualaikum,


Sebenarnya Iday masih terkejut dengan berita pemergian Thaqif. Allah lebih sayangkan Thaqif. Memang sedih and marah bila Iday tahu apa yang berlaku pada Thaqif. Dipercayai didera sehingga menyebabkan ke dua kaki dipotong. Tak lama lepas tu, tangan pula dijangkiti kuman. Apa la dosa anak kecil tu. 

Lagi sedih bila tersebarnya surat luahan Thaqif yang mendakwa dirinya beberapa kali ditumbuk tanpa sebab (sumber)

Iday harap pihak yang bertanggungjawab akan menerima balasan yang setimpal. 

Dulu adik lelaki Iday pon pernah kena buli dekat sekolah dia, memang sedih bila dia balik and cerita ada orang cari pasal dengan dia. Curi duit dia, selongkar almari dia and buang kasut dia dalam longkang. 

Last-last mak dan abang Iday mengamuk pergi sekolah dan bagi amaran pada pelajar yang buli adik Iday. Abang-abang Iday ni baran sikit, agaknya sebab tu budak dah stop buli adik Iday. 

Ini baru buli sikit, kalau jadi macam adik Thaqif tu memang tak terbayang perasaan. Semoga keluarga Thaqif sabar dan tabah.

Buat mereka yang tak faham tentang kes adik Thaqif, Iday ada terangkan sedikit info di bawah :

27 Januari : 
Thaqif mendaftar masuk ke pusat tahfiz. Tak lama kemudian, Thaqif mengadu pada ibunya yang dia dan rakan dipukul. Beliau merayu supaya dikeluarkan dari pusat tahfiz tersebut.

31 March :
Thaqif dikeluarkan dari pusat tahfiz tersebut oleh ibu beliau yang mula perasan perubahan ketara pada sikap Thaqif.

19 April :
Thaqif dimasukkan ke hospital dan pihak hospital terpaksa memotong kedua kakinya kerana terdapat  darah beku dan jangkitan kuman yang merebak ke buah pinggang.

Ibu Thaqif, Felda Wani membuat laporan polis.

25 April : 
Doktor memaklumkan tangan Thaqif itu perlu dipotong bagi memastikan dia berada dalam keadaan baik, selain untuk mengelak jangkitan kuman merebak ke kawasan lain anggota badan. 

26 April :
Selepas pemeriksaan dibuat(pagi), pembedahan terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang belum ditentukan berikutan keadaan jantungnya.

Thaqif telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang.




Paling sedih bila baca setiap status dari Facebook ibu Thaqif yang sentiasa update tentang perkembangan Thaqif di hospital.

Mohd Thaqif Amin hanya berusia 11 tahun. Ya Allah :(

Semoga kamu ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman wahai adik Thaqif. Syurga buatmu InsyaAllah.






Tags

Post a Comment

2Comments
  1. Hakikatnya sekarang.... beliau dah tak tanggung segala kesakitan...Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Betul, sedih sangat Iday. Aku dulu duduk asrama so tau perasaan bila berjauhan dan nak balik tu macam mana.

    Tapi, syukur sempat dia bersama kedua orang tua sebelum dia pergi.

    ReplyDelete
Post a Comment