Resepi Ikan Singgang Terengganu Mudah dan Cepat | Membesar di Terengganu memang akan biasa dengan masakan Ikan Singgang. Itu memang favorite Iday sejak dari kecil. Antara makanan yang Iday takkan pernah bosan, lagi-lagi kalau mak yang masak. :)
Lagi sedap bila makan dengan nasi putih panas, ulam-ulaman dan budu. Memang Terengganu style habis. Hehe
Tapi bila dah kahwin ni, takkan masih mengharap pada mak. Kena la belajar masak Ikan Singgang sendiri. Nasib baik resepi Ikan Singgang ni sangat mudah dan cepat.
So, hari ini Iday nak share resepi Ikan Singgang cara Terengganu yang Iday belajar sendiri dari mak. :)
→ Dua ekor ikan tongkol yang telah dipotong *korang boleh guna Ikan Tongkol, Selar Kuning atau Kembung
→ 1-2 cm lengkuas
*Mak iday letak ikut rasa dia hahaha
→ 1 cm kunyit hidup
→ 5-6 ulas bawang di potong nipis
→ 1/2 bawang besar di potong nipis
→ 1 asam keping
→ 2-4 biji cili padi
→ 4-5 bendi (optional)
→ Garam secukup rasa
Kalau takde asam keping boleh guna asam jawa tapi iday lagi suka asam keping. Masam-masam kuah sedap! Hehe
1. Masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk : Asam keping, bawang, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup
2. Masukkan air, lebih kurang separuh periuk. Agak-agak la, kalau ikan banyak letak air banyak, kalau sikit, letak air sikit. Hehehe
3. Masak air dan bahan-bahan tadi sehingga air mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan ke dalam air rebusan bahan-bahan tadi. Paling penting, pilih ikan yang segar. Supaya akan rasa manis ikan dalam kuah singgang nanti.
5. Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan sehingga ikan masak.
6. Perlahankan api, kemudian masukkan bendi dan cili api. Cili api tak perlu potong, boleh letak macam tu je.
7. Agak-agak ikan dah masak and rasa masakan dah sedap, so siap! Alahai senang sangat nak masak Ikan Singgang ni sebenarnya. Hehehe
Dah boleh makan panas-panas dengan nasi putih, ulam-ulaman dan budu. Memang bertambah-tambah la nasi nanti. Hehehe
Kadang-kadang Iday buat macam bubur kuah singgang. Sedap! Hehehe
Selamat mencuba! Hehehe
Kalau ada cara masakan lain atau dah cuba resepi ni, boleh komen di ruangan komen di bawah :)
Terima kasih kerana singgah dan baca artikel Resepi Ikan Singgang Mudah dan Cepat ini.
Jangan lupa like Facebook Page Iday dan Follow my Instagram :)
So, hari ini Iday nak share resepi Ikan Singgang cara Terengganu yang Iday belajar sendiri dari mak. :)
Bahan-bahan yang diperlukan :
→ 1-2 cm lengkuas
*Mak iday letak ikut rasa dia hahaha
→ 1 cm kunyit hidup
→ 5-6 ulas bawang di potong nipis
→ 1/2 bawang besar di potong nipis
→ 1 asam keping
→ 2-4 biji cili padi
→ 4-5 bendi (optional)
→ Garam secukup rasa
Cara Memasak Ikan Singgang :
1. Masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk : Asam keping, bawang, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup
2. Masukkan air, lebih kurang separuh periuk. Agak-agak la, kalau ikan banyak letak air banyak, kalau sikit, letak air sikit. Hehehe
3. Masak air dan bahan-bahan tadi sehingga air mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan ke dalam air rebusan bahan-bahan tadi. Paling penting, pilih ikan yang segar. Supaya akan rasa manis ikan dalam kuah singgang nanti.
5. Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan sehingga ikan masak.
6. Perlahankan api, kemudian masukkan bendi dan cili api. Cili api tak perlu potong, boleh letak macam tu je.
7. Agak-agak ikan dah masak and rasa masakan dah sedap, so siap! Alahai senang sangat nak masak Ikan Singgang ni sebenarnya. Hehehe
Dah boleh makan panas-panas dengan nasi putih, ulam-ulaman dan budu. Memang bertambah-tambah la nasi nanti. Hehehe
Kadang-kadang Iday buat macam bubur kuah singgang. Sedap! Hehehe
Selamat mencuba! Hehehe
Nota SayaIday :
Kalau korang suka resepi ni, korang boleh share ye! :)
Kalau ada cara masakan lain atau dah cuba resepi ni, boleh komen di ruangan komen di bawah :)
Terima kasih kerana singgah dan baca artikel Resepi Ikan Singgang Mudah dan Cepat ini.
Jangan lupa like Facebook Page Iday dan Follow my Instagram :)
kena pulak ada sambal belacan..memang tak pandang orang lain lalu dah..akak mmg suka buat singgang ni
ReplyDeleteOwhh..Ikan singgang antara menu kesukaan Nany juga. Sedap tau kalau dapat hirup kuah dia. Fuhhhh! lagi satu, menu ni senang dan menyihatkan. Memang terbaik sangat untuk sesiapa yang sedang dalam diet yang sihat. Eat clean gituh...
ReplyDeleteSedapnya...akak pun suka masak singgang macam ni..makanan sihat..x melibatkan minyak kan...
ReplyDeletenice.
ReplyDeletesinggang tganu ni.
beza skit dgn singgang resepi mak aida.
but sure sedap ni!
Sedapnya ikan singgang terengganu ni...nak cubalah...
ReplyDelete