Hi Korang!

Hari ni Iday nak share dekat korang tentang khasiat bawang putih bakar. Sebenarnya bawang putih sendiri banyak khasiat, cuma bila dibakar, rasanya lebih sedap. Akan rasa manis dan senang nak makan. 



Ada orang memang tak suka rasa bawang putih yang mentah sebab memang susah nak kunyah dan telan. 

Menurut website kesihatan "leaf.tv", jangan bakar terlalu lama. Lebih kurang 10 minit dah okay. Jangan masak dalam microwave, takut khasiatnya lari.

Iday sendiri pon lagi suka makan yang masak atau di bakar. Sebab bau dia akan hilang dan sedap.  Tapi ingat, elakkan makan ketika perut kosong.

Antara khasiat bawang putih adalah :

Mengurangkan Angin Dalam Badan Dan Ketidakselesaan Perut



Kadang-kadang kita rasa tak sedap badan dan rasa kembung. Itu semua disebabkan dari angin yang ada dalam badan. Kalau makan bawang putih bakar, comfirm akan lega. 

Tadi pon ada beberapa netizen yang share kesan dari makan bawang putih bakar ni.



Bagus Untuk Kesihatan Jantung, Kurangkan Kolestrol Dan Darah Tinggi

Bawang putih dikatakan mampu membantu mengurangkan darah tinggi, jadi ramai doktor menyarankan pada mereka yang ada darah tinggi untuk amalkan makan bawang putih. 

Bawang putih juga mampu mengurangkan kolestrol dan membantu menghalang arteri dari tersumbat.

| sumber
Mengurangkan Risiko Menghidap Kanser

Menurut kajian, bawang putih membantu mengurangkan risiko menghidap kanser perut, kanser kolon, kanser protostat dan kanser payudara.

sumber



Mencegah Serta Menyembuhkan Deman Dan Selsema

Bawang putih mengandungi bahan anti-bakteria yang membantu meningkatkan sistem imunisasi  dan melawan bakteria serta penyakit.

Kalau ada ahli keluarga yang kelihatan kurang sihat, boleh minta dia amalkan makan bawang putih. Kalau anak-anak yang tak suka bawang putih, boleh buat sup sayur tapi letak 2-3 ulas bawang putih yang dihiris.

Korang pon boleh juga makan bawang putih untuk elakkan dari dijangkiti dan jatuh sakit.



Sebenarnya banyak lagi khasiat bawang putih bakar seperti bagus untuk kurangkan berat badan, mengecutkan jerawat dan banyak lagi. Tapi apa yang Iday senaraikan di atas adalah khasiat utama bawang putih bakar. 

Kalau ada lagi khasiat bawang putih bakar yang korang tahu, boleh komen di bawah okay!





Kalau suka artikel ni,boleh share ye!

Jangan lupa like Facebook Page dan follow Instagram Iday 



Terima Kasih!






Till then, bye!