Hi Korang!

Kalau korang nak kelainan dalam telefon pintar pilihan korang, boleh dapatkan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus. Kedua-dua telefon ini datang dengan skrin kedua di bahagian belakang telefon pintar dan menampilkan screen tambahan untuk "Selfie". 




Bayangkan lepas ni korang boleh "Selfie" dengan kamera utama! Hebat kan? 


Berikut adalah warna untuk kedua-dua telefon pintar :






Apa lagi ciri-ciri yang best pada Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus?


Kamera


Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus mempunyai ciri-ciri kamera yang sama iaitu lensa RGB dan monokrom untuk dual kamera belakang dengan 12MP. Kamera hadapan pula adalah 16MP. 




Yang pasti, korang boleh selfie mengunakan kamera belakang dengan adanya paparan skrin di bahagian belakang telefon. 

Cuba korang tengok detail pada gambar menggunakan kamera belakang Meizu Pro 7. Sumpah cantik sangat-sangat. 




Gambar di atas dari video review Meizu Pro 7 di bawah :



Kapasiti Bateri

Pro 7 : 3,000mAh

Pro 7 Plus : 3,500mAh

Kedua-duanya ada kuasa pengecas 25W dan boleh mengecas sehingga 67% penuh dalam masa 30 minit.



Paparan skrin

Pro 7 : 5.2 inci HD penuh

Pro 7 Plus : 5.7 inci QuadHD

Kedua-duanya memiliki skrin belakang berukiran 1.9-inci dengan resolusi 240x536, dikenali sebagai paparan Fenetre. Semua skrin adalah paparan Super AMOLED.




Lagi info tentang Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus, korang boleh check di sini : Meizu Website

Jualan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus di seluruh Malaysia bermula 21 September 2017. Harga Meizu Pro 7 dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799. 


Korang boleh dapatkan telefon pintar ini di platform Lazada, 11street dan Shopee atau lokasi jualan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus di sini : Lokasi Jualan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus


Bagi Iday, Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus memang berbeza berbanding telefon pintar lain. Korang boleh tengok video Meizu di bawah :



 

 



Video-video story dari Meizu ini menunjukkan yang apa yang kita tengok dari luaran sebenarnya tak sama dengan apa yang sebenarnya. Hashtag #theotherside diperkenalkan untuk mempromosikan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus. 

Lagi info tentang Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus, korang boleh check social media dan website Meizu di bawah :

* Meizu Malaysia facebook Page: https://goo.gl/K2HjFj 
* Meizu website: https://goo.gl/f3fsaE 
* Meizu Instagram: https://goo.gl/X3dBMR



Apa pandangan korang tentang telefon pintar ini?