Hi Korang, 

Post kali ini Iday saja nak share perubahan ketara yang berlaku selepas Iday berhenti kerja di Lazada Malaysia. Artikel ini lebih kurang macam "Why I Quit Buzzfeed" pulak. Haha



Sebenarnya Iday dah berhenti Lazada Malaysia, pertengahan bulan August iaitu 16 August. Iday decided and hantar surat resignation 18 July. Kiranya memang ambil notis sebulan. Kalau korang nak tahu, Iday decide nak berhenti, memang kira nekad betul-betul pada hari Iday hantar surat berhenti. Hahaha

Time tu memang ada offer, tapi Iday memang taknak terima pon. Iday decide nak rehat sebulan dua sebelum start cari kerja baru. Sepanjang masa berehat tu, Iday nak fokus pada blog and video. 

Sekarang dah Dec 2017, Iday belum cari kerja lagi. Awal-awal rancang next year, tapi Oktober lepas, Iday start beberapa projek dan aktif blog. Iday mula dapat consistent income bulanan melebihi gaji sebelum ni.  Iday buat keputusan untuk teruskan kerja yang Iday buat sekarang atau dengan kata lain, bekerja sendiri. Haha

So, apa perubahan ketara selepas berhenti kerja di Lazada Malaysia?




1. Makin Happy!

Haha serius. Never being this happy. Okay camni, kerja dekat Lazada best. Kawan-kawan best. Kerja yang Iday buat pon best. Rasanya the best company yang Iday pernah kerja. Jujur ni.  


Cuma, I'm not happy. Maybe sebab after dapat bos baru kot. tetttt :p

Sekarang makin happy sebab, usaha kerja kau 100%  memang dapat dekat kau. Happy sebab I can make my own decision tanpa ada orang pertikaikan. 

2. Rambut makin lebat

Hahahaha serius ini memang tak tipu. Agaknya masa kerja dulu, selalu stress sampai rambut gugur teruk. Sampai nak botak dah kepala, jarang sangat. 

1 month after berhenti, rambut makin lebat. Hahaha Ini memang sumpah kelakar, jauh gila beza masa kerja dulu. 



Dulu siap malu nak pergi kedai, sekarang dah tak malu dah. Kulit kepala dah sihat. Haha

3. Suami

Islam paling happy bila Iday decide nak berhenti kerja. Dia pernah tengok Iday stress balik kerja, pernah tengok Iday menangis sebab kerja. Sebenarnya bukan sebab kerja, sebab orang yang bagi kerja. Hahaha 

Iday taknak cakap pasal dia tapi Iday berhenti sebab taknak "dia" effect hubungan Iday dengan Islam. Yela, kan lama-lama si Islam dah bosan dengan Iday, balik asyik cerita pasal orang yang sama. Hahaha




Sekarang kitorang banyak spend masa together. Sebab masing-masing waktu kerja flexible. Even dah boleh balik kampung anytime tak perlu apply cuti. Hehehe

4. Skill Masak

Hahahaha hamboi, ini namanya angkat bakul sendiri. So yes, skill masak makin power, Islam la cakap. Sebab dah selalu dekat rumah, kadang-kadang masak untuk adik-adik. Diorang gedik nak bawa bekal. Macam-macam jenis masakan la. 



Next year pon plan nak buat video masak-masak untuk Youtube Channel Sayaiday. Sekarang pon kalau check artikel masak Iday dekat blog dah ratus ribu visit. Hehe


Artikel berkaitan : Senarai Resepi Mudah Di Blog Sayaiday

Nanti Iday update lagi pasal projek video masak-masak ni. Hehe

5. Pembelanjaan

Yang ini pon memang ketara betul, Iday memang lagi berjimat and kurang spent duit. Kalau dulu kerja, kena fikir transportation nak ke sana, tol, minyak kereta atau motor, belanja makan dan banyak lagi. 

Bila stay rumah, bekerja sendiri ni Iday memang jimat banyak. Yang penting tak makan luar dan masak sendiri. 

Alhamdulillah, boleh berbelanja dan reward diri sendiri sebab mesti ada duit lebih every month. Target nak start mengumpul gold tahun depan. Wajib beli every month. Hehehe




Sebenarnya banyak lagi la, tapi yang paling penting. Iday lagi happy bila berhenti kerja. Memang sayang sebab Lazada memang company paling best yang Iday pernah kerja. Tapi disebabkan ada seorang manusia yang Iday memang tak boleh nak handle dia punya bullshit, Iday berhenti. 

So yes, awal-awal memang takut nak berhenti sebab takut tak boleh nak handle komitmen. Tapi Iday bertuah sebab ada Islam yang memang sentiasa ada dan sokong semua keputusan yang Iday ambil. Thanks baby :)


Iday kongsi ni sebagai suka-suka. Untuk tahun 2018 memang Iday akan pelbagaikan content dalam blog ni, tapi more tu personal dan my lifestyle. Iday akan share lebih banyak resepi dan tips blogging. Hehehe

Okay bye! Jumpa next artikel, thanks singgah dan baca artikel "Perubahan Ketara Selepas Berhenti Kerja Di Lazada Malaysia" :)