Header Ads

Nak Suami Macam Alif Satar!



Tadi tengok nama Alif Satar trending dekat twitter. Risau jugak sebab takut ada gosip liar ke, kontroversi ke sebab memang minat dia. Dahla dia antara artis Malaysia yang jarang la ada gosip-gosip skandal liar ni.

Then Iday pikir, mungkin sebab lagu baru dia nak release kot. 

Bila Iday check apa yang trending tu,  rupanya isteri Alif Satar ada muatnaik gambar dan caption tentang Alif Satar. Huh nasib baik. Ingat gosip apa la tadi.

Ini luahan Shadilahalid mengenai suaminya, Alif Satar.


Disebabkan caption dia panjang, so Iday highlight mana yang penting bagi Iday okay, main point la kiranya hehehe

Isteri Alif Satar mengalami masalah morning sickness yang teruk sehingga migrain. Dalam keadaan sakit tu, anak dia yang kecil ada masalah cirit birit. So, Shadila Halid ni bukan nak complain tapi nak higlight kenapa seorang manusia yang ada title "emak" ni perlukan sesorang untuk support dia, ringankan beban dia which is suami la, ayah kepada anak-anak dia. 

Alif baru balik dari Sabah dan memang akan penat tetapi dia tetap tolong tengokkan anak diorang, mandikan Ariana dan bagi diorang makan. Alif suruh Shadila tidur dan tolong urut tangan padahal Alif tak cukup rehat. Alif tak complain or marah pon bila dalam keadaan macam tu. 




Bila dah viral, semua orang nak lelaki or pasangan hidup macam Alif. Alif adalah contoh lelaki yang baik, seorang ayah yang penyayang, kira memang bertuah dapat lelaki macam Alif ni.











As for me, nasib baik dan Alhamdulillah lah sebab dapat suami yang lebih kurang macam Alif ni. Atau lebih baik dari Alif Satar Haha of course la kena puji suami sendiri ni. Mohon bawa bersabar untuk siapa yang baca ni Hahahaha


Iday dan Islam dah kahwin almost 5 tahun dan sepanjang tempoh tu Iday memang ada masalah period pain yang teruk. Dan setiap kali itulah, Islam yang akan jaga Iday. Dia la basuh baju, belikan makanan or kadang-kadang dia masak, make sure Iday makan ubat dan urut-urut perut. 

Serius memang penyabar teruk sebab Iday kalau period pain ni memang giler sikit. Berguling-guling menangis tu normal. 

So, lelaki ni kena ada sentiasa support isteri, sama la jugak isteri. Sama-sama susah, sama-sama senang. Jadi la seperti Alif Satar hahahaha

Okay, apa yang Iday nak sampaikan ni, jangan acah-acah nak cool or ada mind set "Perempuan kena jaga lelaki" "Pandai-pandai la kau jaga diri" "Aku kan suami" "Dapur tempat isteri" "Suami mana boleh buat kerja rumah" sebab kau memang tak layak or tak patut kahwin sebenarnya. Elok kau kahwin dengan diri sendiri anda forever alone sampai ke tua.

Kalau takde mindset seperti diatas, bolehla happy sampai ke tua macam my parent ni. Comel! Hahaha


Apa lagi nak tulis ni.

Tu jelah ye untuk artikel kali ini. Lepas ni memang banyak je aku merapu dekat blog. 

Pendapatan blog ni dah bergantung dengan Adsense je, dah malas nak ambil job-job review berbayar. Kalau ada review dalam blog ni, tu pakai duit sendiri Hahaha 

Okay sekian bye, Assalamualaikum!





Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


3 comments:

  1. Semua suami yang baik dan bertanggungjawab akan buat macam tu malah ada yang lebih lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pengalaman saya, pernah jumpa suami yang tak bertanggungjawab hingga bagi kesan kat isteri. Ada yang tak baik, ada yang baik, tak semua sama. So, suami isteri kena sama-sama jadi yang terbaik dan bertanggungjawab dalam rumah tangga. hehe

      Delete
  2. Hahaha.. Nice sharing. Actually siapa juga yg tak nak suami yang baik kan. Dan Aliff salah satunya yg kita nampak ciri2 seorg suami yg baik, Faizal Tahir pun gitu juga. Apapun berdoa ja lah org single mcm sy nie dapat suami yg baik juga..

    ReplyDelete