Hadiah Hari Jadi Untuk Abah - Website Printcious Review

0


Hi Korang,

For those yang tak tahu, Iday sebenarnya dah pindah Sungai Petani, Kedah. Hampir 2 bulan dah Iday menetap di sini dan Iday memang suka sangat-sangat rumah yang Iday tinggal sekarang.

Disebabkan itu lah, my parent akan visit my new house this weekend.

Excited sebenarnya sebab Iday ada kejutan untuk mereka sempena birthday abah. Iday ada belikan hadiah hari jadi yang memang istimewa dan berbeza dari yang Iday pernah beri sebelum ini.

Iday rasa kalau korang tengok gambar header artikel ni pon korang dah dapat agak hehe Nak dijadikan cerita, masa birthday abah hari tu Iday tak balik kampung. Hanya setakat ucapan dan bagi hadiah dalam bentuk wang tunai sahaja. Ala, macam tak special je kan.

So, hari tu Iday decided nak bagi abah sebuah mug sebagai hadiah hari jadi tapi customade siap ada gambar abah dan mak.

Nasib baik jumpa satu website ni iaitu Printcious. Iday sure korang mesti tahu website ni sebab memang ramai guna untuk buat calendar, t-shirt, album gambar dan macam-macam la.




Iday dapat tahu pon sebab ramai-ramai kawan yang guna untuk buat hadiah special especially untuk hadiah perkahwinan. Ala, buat bantal siap ada nama pengantin tu. Iday pernah dapat hadiah bantal tu masa kahwin dulu hehehe

So, Iday dah confirmed nak bagi abah mug untuk hadiah hari jadi. Emak pula Iday nak hadiahkan t-shirt warna hitam dengan gambar yang sama.

Iday guna gambar yang paling Iday suka, gambar ketika abah puji mak cantik. Comel sangat diorang masa ni hehe


Jadi, dekat website Printcious jugak, Iday customade t-shirt untuk mak. Sebab mak Iday ni kalau dekat rumah, memang pakai t-shirt je bila buat kerja-kerja rumah sepeerti siram pokok bunga, kemas rumah dan memasak.

Iday ada kongsikan cara-cara Iday menggunakan website Printcious di bawah :


1. Buka website Printcious dan daftar masuk.


2. Pilih la apa bentuk hadiah atau servis yang korang nak. Ada macam-macam sebenarnya seperti bantal, mug, canvas, mousepad, bag, photo album, dan banyak lagi.


3. Contohnya, hari tu Iday pilih mug. So, korang boleh pilih dan letak gambar apa yang korang suka.




4. Bila dah siap design, terus checkout je la. Pastikan korang check produk yang korang design tu. Takut nanti dapat design gambar yang lain.


5. Isi maklumat yang perlu dan buat pembayaran. Senang kan?



Tak silap Iday, dalam 4-5 hari dah sampai dekat pintu rumah. Ingatkan lama sebab benda customade kan. Memang terbaik.


So, ini lah hadiah-hadiah yang bakal Iday bagi dekat Mak dan Abah nanti.




Bantal tu mengada sebenarnya. Ingat nak letak atas sofa yang bakal dibeli tidak lama lagi haha

Cantik kan? Iday suka design gambar daun macam ni, lagipun Iday rancang nak beli sofa warna kelabu so match la dengan bantal ni.

Review Iday

Setakat ini Iday memang puas hati menggunakan servis dari Printcious ni. Kualiti memang tiptop la sebab gambar tu memang clear takde pecah-pecah ke.




Bantal pon best dan lembut. Jahitan pada bantal dan zip juga kemas. Memang berkualiti dan berbaloi dengan harga yang bagi Iday memang reasonable.



Memang recommend dekat sesiapa yang nak beli hadiah hari jadi ke, hadiah perkahwinan atau cenderamata korporat.

Iday akan guna lagi servis dari Printcious ni untuk hias Photo Booth ketika hari perkahwinan adik ipar Iday nanti. Iday plan nak buat photo canvas, bantal dan macam-macam la plan nanti. Memang tak sabar hehehe

So, korang boleh cuba servis yang ditawarkan di website Printcious ni. Boleh check info tentang website dibawah :

Website : https://www.printcious.com/my 

p/s : Iday plan nak buat baju lagi baju untuk adik beradik guna gambar lukisan abah dan mak ni. Mesti lawa!


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)