Trailer Zombie K-Drama "Kingdom" Season 2 Dah Keluar - Lagi Epic!

0


Akhirnya drama Korea Zombie yang ditunggu-tunggu, "Kingdom" season 2 akan ditayangkan tidak lama lagi.

Kingdom Season 2 bakal ditayangkan di Netflix pada 13 Mac 2020 dan Ida sendiri pon dah tengok trailer, memang lagi gempak lagi-lagi zombie tu. Meremang habis hahaha

Trailer Zombie K-Drama "Kingdom" Season 2 :


Sekali tengok macam ada vibe drama anime "Attack The Titan" sebab muka Zombie tu macam menakutkan sangat.

Bagi Iday, drama zombie ni memang terbaik la, biasa kita tengok drama atau filem zombie mesti zaman sekarang atau zaman moden.

Tapi untuk drama Kingdom pula, memilih zaman Korea dulu-dulu iaitu era Joseon (tahun 1392). So, diorang ni akan lawan guna pedang atau anak panah. Senapang zaman tu memang limited.

Season 2 ni akan fokus kepada bagaimana putera Lee Chang mencari punca virus Zombie tu merebak dan apa kaitan dengan istana.

Lagipon ending masa season 1 hari tu memang tergantung, bila diorang baru tahu yang zombie sebenarnya bukan hanya aktif waktu malam, tetapi jugak waktu siang yang mendung atau suasana lembap.

Yang penting makeup dan costume zombie drama bukan biasa-biasa ye, memang jenis yang nampak sangat menakutkan hahaha


Siapa yang belum tengok Kingdom Season 1, boleh check dekat Netflix. Ida pon kejap lagi nak tengok balik Season 1 sebelum Season 2 start tayang bulan Mac ni.

Tak sabar!

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)