Bila iday daki Bukit Tabur ni? Hahahaha Actually ni masa tahun 2013, masa kerja dengan Virtual Malaysia. Dulu masa kerja Virtual Malaysia ni memang kerja berjalan je. Rindu pulak. Tapi memang best la, keluar semua peluh. Thanks to Kak Ida sebab ajak , Islam pon ikut time ni. 


Sebenarnya, trail dekat bukit tabur ni bukan senang taw, macam kau takleh nak gelak2 sangat or main-main sangat sebab banyak kes jatuh dekat Bukit Tabur ni. Masa ida pergi ni, Alhamdulillah takde pape jadi cuma semput sebab nak panjat batu-batu ni boleh tahan penat jugak. Siap nak kena lompat semua. Huishhh, mencabar betul.






Ada jugak yang bawa anak-anak, kata Kak Ida, diorang ni lalu trail yang selamat. Maknanya yang mudah la, tak perlu daki bukit batu. 





Bukit tabur ni berbeza dengan bukit broga yang bertanah. Hampir 70% adalah batu, so, nak pijak mana2 tu kena check, jangan sampai tergelincir. 































Abang ni takut sebab ada part kitorang kena lompat or langkah keseberang, gila cuak sebab bawah tu jurang batu. Huhuhu 








Tengokla macam mana susah nak panjat bukit batu ni, pegang elok2 and pijak betul2. Silap langkah, bahaya. Hehehe



































Cantik kan? :)


Okay tips untuk mendaki bukit tabur ni :



  1. Pakaian yang bersesuaian - Jangan pakai jeans pulak. Nak mendaki ni, banyak panjat tembok2 batu so kena pakai pakaian yang selesa.
  2. Bawak air - memang penat, tapi jangan minum banyak sangat. Masa iday naik ni pon , ada 3 kali kitorang stop minum. Hehehehe
  3. Tuala kecik, tuala untuk lap peluh. Hehehehe
  4. Jangan nak galak sangat, gelak2 semua. Hati-hati bila daki & pijak batu. Banyak kes kemalangan yang berlaku kat bukit tabur ni taw.
  5. Jangan buang sampah! masa naik hari tu, ada ida perasan sampah2. siap plastik megi pon ada. diorang masak megi atas tu,tapi sampah tak buang.
  6. Paling penting, bawa seseorang yang ada pengalaman daki bukit tabur tu so dia boleh guide kita supaya tak sesat.
Kena pandai jaga diri je! Jangan seronok sangat sampai terabai keselamatan diri. Hehehe

Bila nak repeat lagi ni? Hehehe