Malaysia Mencatatkan Kematian Pertama Akibat Coronavirus Hari Ini (17 Mac 2020)

0

Malaysia Mencatatkan Kematian Pertama Akibat Coronavirus Hari Ini (17 Mac 2020) 


Benda yang paling ditakut-takut telah berlaku apabila hari ini (17 Mac 2020), Malaysia telah mencatatkan kematian pertama akibat Coronovirus. Apa yang merisaukan bukan 1, tetapi 2 kematian.

Berita tersebut disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sosial media. Difahamkan dua kematian tersebut adalah Kes 178 dan Kes 358.

Kes 178
- Lelaki warganegara Malaysia berusia 34 tahun.
- Menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling
- Mula mengalami gejala demam pada 5 Mac 2020
- Meninggal dunia pada 17 Mac 2020 di Hospital Permai, Johor Bahru

Kes 358
- Lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.
- Mempunyai sejarah penyakit kronik iaitu Diabetes.
- Mula mengalami gejala demam, batuk dan sukar bernafas pada 7 Mac 2020
- Meninggal dunia pada 17 Mac 2020 di Hospital Umum Sarawak


Jumlah kes setakat 17 Mac 2020 (5 petang) adalah sebanyak 673 orang. 622 masih sedang dirawat, 49 telah sembuh dan 2 jumlah kematian.

Ida harap orang ramai lebih serius dan mengikut 5 perkara dalam Perintah Kawalan Pergerakan iaitu :

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara 

Semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup (kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka)

2.  Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia dilarang ke luar negara. Buat mereka yang baru pulang dari luar negara, hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan semua insititusi pendidikan

5. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta


Ingat ye jangan jadi penyebar virus. Sebab bila korang tak dengar nasihat atas saranan yang dinyatakan, korang sebenarnya mendedahkan diri dengan virus tu. Bila dah kena dekat badan and tak sedar boleh menyebarkan pada orang lain. Ingat jangan pentingkan diri dan jangan jadi penyebar virus!

Be safe okay! 

Sama-sama doakan semuanya selamat. InsyaAllah.
Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)