Covid-19 : Pengalaman Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

1


Assalamualaikum & hi korang!

Alhamdulillah.

Setakat hari ini (30 mac 2020), Iday dan keluarga masih sihat-sihat lagi dan masih dijauhi dari jangkitan virus Covid-19.

Tetapi, takziah Iday ucapkan buat mereka atau ahli keluarga mereka yang dijangkiti, sama-sama kita doakan supaya mereka sembuh seperti sediakala.

Sebenarnya sampai sekarang Iday tak percaya yang kita akan menghadapi situasi seperti ini, macam dalam filem atau drama yang kita tengok di kaca tv je kan.

Sekarang pon Malaysia sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan atau Restriction of Movement Order (RMO) dimana rakyat hendaklah sentiasa berada di rumah dan elakkan dari berada di tempat ramai orang. Perintah Kawalan Pergerakan ini bermula 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

So, apa Iday buat sepanjang PKP atau RMO ni?

Sebenarnya perjalanan hidup Iday macam biasa je sebab Iday memang dah bekerja dari rumah (WFH) almost 3 tahun. Memang sentiasa duduk di rumah dan jarang keluar.

Cuma Islam (suami) yang dah lama tak pergi site, tetapi tetap pergi ke pejabat. Nasib baik pejabat tu dekat dengan rumah (taman yang sama) dan Islam seorang je staff dekat Kedah. Iday memang dah pesan dekat dia, jangan singgah mana-mana dan terus pergi office.

Kalau bab makanan, Iday memang setiap hari masak tetapi kali ini kena berpada-pada sebab takut nak keluar beli barang dapur. Tapi hari tu dapat beli 2 ikat bayam dan boleh dikatakan hari-hari buat bayam ala-ala korea ni. Nanti Iday kongsi resepi dalam artikel akan datang.


Sekarang memang tak nak ambil risiko keluar ke tempat orang ramai terutama kawasan supermarket. Hari tu pon punya paranoid sampai tak guna troli, ambil 2 3 barang dan terus bayar.

Memang takut sangat dengan virus Covid-19 ni lagi-lagi bila tengok update dari KKM, jumlah pesakit yang positif dan yang meninggal bertambah setiap hari.

Sebenarnya risau sangat dekat family di kampung terutama mak, tok dan abah sebab virus Covid-19 ni lagi bahaya kalau merebak pada mereka yang lebih berusia atau ada masalah kesihatan.

So, hari-hari Iday nasihat dekat mak abah, jangan keluar pergi jumpa kawan ke, duduk di rumah je dan sentiasa cuci tangan guna sabun.

Alhamdulillah dan bersyukur sangat sebab Iday sempat balik jenguk diorang pada pertengahan bulan Februari sebelum kes Covid-19 ada dekat Malaysia. Sempat belikan barang dapur untuk mak abah masa tu.

Iday harap sangat rakyat Malaysia ikut arahan dan duduk di rumah. Kalau yang muda-muda dan masih sihat tu, tolong fikir tentang mereka yang berisiko tinggi kalau terkena Covid-19 iaitu golongan yang lebih tua dan ada masalah kesihatan. Jangan jadi penyebar virus.

Apa pon, Ida berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan kewangan pada mereka memerlukan, kepada frontliner yang tanpa henti menyumbangkan tenaga bagi menangani krisis Covid-19 dan juga kepada rakyat Malaysia yang mendengar kata untuk duduk di rumah.






Tags

Post a Comment

1Comments
  1. InsyaAllah... Semoga semuanya berakhir dengan cepat.

    ReplyDelete
Post a Comment