Selain Kurangkan Perut Buncit, Ini Khasiat Lemon Yang Lain

0


Suami Iday selalu megadu yang perut tetap nampak buncit walaupon dia selalu bersenam dan kawal pengambilan makanan.

Berat dah turut tetapi perut tetap buncit. 


Baru-baru ini, dia buat keputusan untuk minum segelas air lemon suam setiap pagi


Hasilnya bukan dia berjaya kurangkan lagi berat badan tetapi dapat kecilkan perut buncit. Sekarang pon Iday dah start minum segelas air lemon suam setiap pagi hehe

Jadi artikel kali ini Iday nak kongsikan khasiat atau kebaikan lemon selain berjaya kecilkan perut buncit.


Melindungi Sel Kulit


Buah lemon kaya dengan Vitamin C dan antioksidan; melindungi sel kulit daripada radikal bebas berpunca daripada terdedah dengan cahaya matahari.


Melembapkan dan Menyihatan Kulit

Dalam aspek kecantikan, Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen yang dapat mengurangkan tanda-tanda penuan seperti kedutan dan kulit kasar. 

Selain itu, dengan kombinasi air suam dan lemon dapat memberikan kelembapan kepada kulit. Kulit juga akan kelihatan lebih cerah dan berseri kerana khasiat antioksidan.


Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Khasiat lain adalah dapat mengawal tekanan darah tinggi dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung dan strok. 


Meningkatkan Tahap Immunisasi Badan

Dapat meningkatkan tahap imunisasi badan dan penyembuhan luka luaran.



Menurunkan dan Mengawal Berat Badan

Mengamalkan segelas air lemon suam setiap pagi seelok-eloknya semasa perut kosong dapat membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik. Detoksifikasi menggunakan air lemon dapat membuang toksin daripada badan kerana mengandungi fiber pektin. 

Antara khasiat fiber pektin adalah mengurangkan kolestrol jahat, membersihkan usus besar dan mengurangkan ‘glucose surge’ yang dapat memberikan rasa kenyang lebih lama. Elok untuk mereka yang diet dan pesakit diabetes.


Mengelakkan Batu Karang

Citrate, sejenis garam dalam ‘citric acid’ akan mengurangkan tahap kalsium dalam air kencing yang mengelakkan risiko penyakit batu karang. 

Disekalikan dengan minum air secukupnya, korang akan kerap membuang air kecil yang mana menurut kajian dari National Kidney Foundation, akan kurang terdedah kepada risiko penyakit tersebut.


Jadi ini atara khasiat yang ada pada lemon. Banyak kan? Ini pon hanya sebahagian sebab ada banyak lagi khasiat lemon yang baik untuk badan kita.

InsyaAllah pada siapa yang ada perut buncit ni, boleh amalkan minum air lemon suam setiap pagi. Selamat mencuba!


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)