Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Secara Ringkas

1

Baru-baru ni memang terkejut bila ada pengumuman yang semua negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan dikenakan PKPB bermula 9 November sehingga 6 Disember. 

Tapi memang lagi bagus la sebab memang makin bertambah kes.

Disebabkan Iday tinggal dekat Kedah, so kena check balik apa peraturan PKPB ni. Apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat. Kan nanti tak pasal-pasal kena kompaun RM1000.

Jadi, dalam artikel ini Iday senaraikan peraturan PKPB secara ringkas dan mudah difahami.


Hanya 2 Penumpang Dibenarkan Dalam 1 Kenderaan

Ya, sepanjang PKPB ni memang dibenarkan keluar jika ada urusan atau membeli barang keperluan tetapi hanya 2 orang setiap isi rumah sahaja yang dibenarkan keluar

Malah hanya 2 penumpang sahaja dibenarkan dalam satu-satu kenderaan.

Perkhidmatan e-hailing atau teksi? Dibenarkan tetapi syarat sama seperti diatas, hanya 2 penumpang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa. Perkhidmatan ini hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 pagi.


Rentas Negeri Dan Rentas Daerah

Perjalanan rentas daerah dan rentas negeri tidak dibenarkan sepanjang PKPB

Balik kampung? Kalau daerah sama, boleh. Tapi kalau kampung tu di luar daerah, memang tak dibenarkan rentas negeri atau rentas daerah.

Bekerja? Dibenarkan tapi wajib ada pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.


Hanya 2 Pelanggan Untuk 1 Meja Dibenarkan Makan Dalam Satu-Satu Restoran.

Restoran dibuka seperti biasa tetapi hanya 2 pelanggan dibenarkan duduk dalam satu-satu meja tetapi bergantung kepada saiz meja. 

Lebih digalakkan membungkus makanan, pesan melalui pandu lalu atau melalui penghantaran sahaja.


Semua Sekolah Ditutup

Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.


Pengangkutan Awam Beroperasi Seperti Biasa

Perkhidmatan kereta api seperti LRT/MRT beroperasi seperti biasa.


Aktiviti Bersukan Tanpa Sentuhan Fizikal Dibenarkan

Aktiviti yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dibenarkan, seperti contoh berjoging dan berbasikal. 

Sukan dalam kawasan tertutup tidak dibenarkan. Taman awam dan pusat rekreasi ditutup


Majlis atau Perhimpunan Tidak Dibenarkan

Majlis keramaian seperti majlis perkahwinan tidak dibenarkan. 

Mesyuarat tidak digalakkan dan dinasihatkan untuk buat mesyuarat dalam talian iaitu"virtual-meeting"

Masjid atau surau tidak dibuka dan solat jumat ditangguhkan. Bagi rumah ibadat yang lain, hanya yang berada di zon hijau dibenarkan jika ada kebenaran dari MKN dan KKM.

Pusat hiburan juga ditutup.


Jadi ini antara peraturan-peraturan PKPB secara ringkas. 

Ingat ye kalau tak ikut dan melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Sama-sama kita jaga kita okay.


Tags

Post a Comment

1Comments
Post a Comment