Nampaknya gara-gara viral lagu Empat Dara nyanyian Elly Mazlein sebelum ini, Faizal Tahir melancarkan lagu dan video rasmi Empat Dara 2020. Sekarang ni pon muzik video rasmi lagu Empat Dara 2020 telah trending no 1 di Youtube Malaysia.


Lirik & Muzik Video Rasmi 4 Dara 2020 :

(Elly Mazlein)
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

(Faizal Tahir)
Satu,dua,tiga Empat anak dara 
Semua orang tahu aku boleh mengira 
Tapi kalau hilang satu anak dara 
Bikin risau satu negara

Semua anak dara 
Jangan mudah percaya janji si teruna 
Jangan mudah terpedaya dengan dunia 
Hanya ilusi semata

(Elly Mazlein)
Empat dara duduk di tepi sungai 
Duduk menjerat si ketam la batu

(Faizal Tahir)
Empat dara duduk di tepi sungai 
Duduk menjerat si ketam la batu

(Zizi Kirana)
Satu dua tiga empat, 
Empat dara tunggu Jebat, 
Mana teruna cuba dekat, 
Itu yang tak kenal tempat tolong halang mohon sekat,

Empat tiga dua satu, 
Macam hitam merah jambu 
Pilih bias mana satu 
Lain rezeki lain laku lain pinggan lain waktu

(Elly Mazlein)
Empat dara duduk di tepi sungai 
Duduk menjerat si ketam la batu

(Zizi Kirana)
Empat dara duduk di tepi sungai 
Duduk menjerat si ketam la batu

(Elly Mazlein)
Anak dara semua 
Cantik melaram batik
Lembut berbahasa 
Indah rupa budi 
Bagai bulan dipagar bintang

(Faizal Tahir & Zizi Kirana)
Empat dara duduk di tepi sungai 
Duduk menjerat si ketam la batu

(Elly Mazlein)
Empat dara duduk di tepi sungai 
Duduk menjerat si ketam la batu


Lagu ni memang seronok la, lirik pon senang nak ingat terutama "Empat dara duduk di tepi sungai, Duduk menjerat si ketam la batu) tu. Sampai dah tak larat anak jiran sebelah duk nyanyi lirik itu je hahaha

Musik video pon menarik cuma guna "green screen". Bila tengok musik video ni mesti terbayang musik video lagu John Mayer - New Light.

Tahniah kepada Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana atas pelancaran lagu baru ni. Baru je dimuatnaik 11 November 2020, dah lebih 600 000 tontonan. 

So, bagi korang best tak lagu ni? okay tak muzik video ni?