Malam ini bermula 3 episod 3 hari berturut-turut Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-35 yang disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam hingga 11 malam. Senarai 30 lagu yang akan dipersembahkan dan sebuah lagu akan dipilih sebagai lagu terbaik pada malam tu. 


Dalam artikel ini Iday akan senaraikan 11 video persembahan lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-35 dan sedikit komen atau pandangan Iday tentang persembahan mereka. 

Ini pandangan Iday ye dan mungkin berbeza dari pandangan orang lain.  



Lagu : Khayal
Penyanyi : Stacy
Komposer : Hang Nadim, Bunga Cantik & Ziin
Lirik : Bunga Cantik

Komen : 
Persembahan Stacy memang tak pernah mengecewakan cuma bagi Iday macam tak all out. Mungkin dia nak simpan sikit hype pada Final nanti. Suara Stacy tetap jelas walaupon diiringi tarian yang power. 



Lagu : Gundah
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer & Lirik : Ernie Zakri & Sharon Paul

Komen :
Suara Ernie memang sedap okay. Vokal dia power dan persembahan LIVE dia memang sentiasa padu. Tapi nak lagi power masa AJL nanti sebab persembahan malam ni macam sama je dengan persembahan dia sebelum-sebelum ni.




Lagu : Hati
Penyanyi : Hael Husaini
Komposer & Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Komen : 
Persembahan Hael malam ni best tapi dibayangi persembahan Usop masa Big Stage hari tu hehe




Lagu : Kelabu
Penyanyi : Yonnyboii & Azlan Typewriter
Komposer & Lirik : Yonnyboii

Komen :
Sebenarnya memang tunggu sangat persembahan Yonnyboii malam ni sebab memang minat dia. Hari tu memang kecewa tengok persembahan lagu ni masa ABPBH2020, tapi malam ni lagi okay. 




Lagu : I Want You To Love Me
Penyanyi : Aliff & The Locos
Komposer : Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo & Mike Chan
Lirik : Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan & Aliff Satar

Komen : 
Suara Aliff memang best. Persembahan pon clean je memang takde sumbang. 



Lagu : Sebentar
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Komposer & Lirik : Faizal Tahir, Romeo, Mage & Mike Chan

Komen : 
Dayang kot, persembahan memang power. Lagu kali ni memang berbeza sebab Dayang kan sebelum ni selalu dengan genre Balada. 



Lagu : Canggung
Penyanyi : Wany Hasrita
Komposer & Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Komen : 
Cantik Wany malam ni. Persembahan lagu ni okay, sedap la takde bunyi sumbang.



Lagu : Adakah Engkau Menungguku
Penyanyi : Naim Daniel ft Tuju
Komposer : Naim Daniel & Adib Hamdi
Lirik : Hael Husaini, Ezra Kong & Tuju

Komen : 
Walaupon tak suka sangat lirik lagu ni asyik ulang-ulang tapi tak dinafikan suara Naim Daniel memang best pon. Selalu je perform all out kalau LIVE. Tuju pon best cuma ada part yang terlebih sikit hehehe




Lagu : Curang
Penyanyi : Syamel
Komposer & Lirik : Syamel & Aepul Roza

Komen : 
Jujurnya ni kali pertama dengar lagu Curang. Best jugak lagu ni sejenis merintih jugak la. Suara Syamel pon memang sedap dan clean je persembahan. 




Lagu : Takkan Merubah
Penyanyi : Sufian Suhaimi & Amira Othman
Komposer : Farouk Othman
Lirik : Amylea

Komen : 
Lagu dah best sebab lirik oleh Amylea tetapi kenap suara Sufian macam kurang rencah sikit malam ni. 



Lagu : Gila
Penyanyi : Kaka Azraff, Noki & Loca B
Komposer & Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong

Komen : 
Rasanya ini persembahan terbaik malam ni walaupon kecewa yang Loca B tak dapat perform. Tapi Tuju pon dah perform terbaik dah. Suara Kaka macam biasa la lunak merdu betul. Suara Noki pon sedap, rap power.


Jadi antara banyak-banyak lagu ni, yang Iday teka masuk final adalah lagu Gila, Gundah, Khayal. Kelabu dan Sebentar. 

Korang pulak macam mana? Agak-agak lagu mana bakal ke pentas AJL?


kredit photo header : Aqoimran