Alif Satar Positif COVID-19, Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Ditunda

0


Berita mengejutkan buat peminat Malaysia apabila pengacara,pelakon dan penyanyi popular Alif Satar didapati positif Covid-19.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Alif di laman instagram miliknya. Menurut Alif sepanjang dia menjalankan pengambaraan, dia membuat beberapa ujian saringan covid-19. 


Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

 

Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.

 

Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan...

 

p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin. ALIF AMBIL TEST PADA 21HB NOV.

Untuk pengetahuan semua, Alif satar membuat persembahan untuk episod 1 separuh akhir muzik-muzik 35 yang diadakan pada  20 November 2020 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Antara artis malaysia yang membuat persembahan pada malam itu adalah Syamel, Ernie, Stacy, Hael Husaini, Sufian Suhaimi, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Tuju, Wany Hasrita, Yonnyboi, Kaka Azraf, Noki dan Azlan Typewrite.


Malah Haziq dan Sherry Al-Hadad juga sempat menemubual Alif di atas pentas. 

Melalui IG Story TV3 Malaysia, beberapa artis Malaysia sedang membuat reheasal untuk episod 3 Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 pada malam ini. 

Dan ramai peminat mula meninggalkan komen di Instagram Muzik-Muzik Official dan ingin program tersebut dibatalkan. 

Update terkini, Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 malam ini ditunda sehingga tarikh yang diberitahu kelak. 

Sama-sama kita doakan semuanya dijauhkan dari kemudaratan COVID-19 ni. 


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)