Youtuber Ditahan Kerana Menyebabkan Kematian Teman Wanita Sedang Hamil Ketika LIVE

0

Zaman sekarang ni, sosial media memang menakutkan lagi-lagi kalau terlalu asyik melayan sampai boleh membahayakan nyawa orang lain. Ini yang berlaku apabila seorang Youtuber di Rusia ditangkap kerana menyebabkan kematian teman wanitanya yang sedang hamil.

Kejadian berlaku apabila youtuber tersebut yang dikenali sebagai Stas Reeflay memaksa teman wanitanya Valentina yang sedang hamil duduk di luar rumah, di balkoni dengan hanya memakai pakaian dalam. 

Cuaca di luar ketika tu memang sangat sejuk.

Ada sumber mengatakan Stas Reefly melakukan perkara tersebut kerana dia telah dibayar $1000 oleh penonton sewaktu sedang "Live Streaming".

Dalam video tersebut memang nampak yang Stas Reefly cuba menyelamatkan teman wanitanya tetapi tetap meneruskan "Live Streaming". Dia mengoncang badan Valentina dan cuba membuat bantuan pernafasan mulut ke mulut. 

Dia akhirnya mengangkat Valentina dan meletaknya di atas sofa. 

Apa yang mengejutkan, Stas Reefly tetap membuat  "Live Streaming" lebih dari 2 jam walaupon paramedik datang dan mengisytiharkan teman wanitanya telah mati akibat hypothermia.


Youtuber tersebut telah ditangkap dan bakal berhadapan dengan penjara selama 2 tahun jika terbukti teman wanita mati kerana hypothermia.

Stas Reeflay berusia 30 tahun manakala Valentina berusia 28 tahun.

Youtube telah membuang channel Youtuber tersebut dari platform.

Bagi Iday, memang sick gila lelaki tu. Dah tahu teman wanita dah jadi macam tu, sibuk nak buat live streaming. Dahla buat challenge berbahaya. Tak tahu apa yang dia pikir masa buat benda tu. 

So, nasihat untuk adik-adik, jangan la terpengaruh untuk nak buat prank berbahaya ni ye.


sumber berita : Monster Stas Reeflay who ‘killed lover’ on YouTube


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)