Resepi Daging Masak Kicap Cili Api

0



Lama rasanya tak berkongsikan resepi dalam blog ni, jadi kali ini Iday nak kongsikan resepi terpaling mudah dan sedap iaitu Resepi Daging Masak Kicap Cili Padi. 


Masakan ni memang kegemaran suami sampai kalau dia nak makan pon boleh masak sendiri tak perlu nak tunggu isteri masakkan. 

Jadi jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan Resepi Daging Masak Kicap Cili Api. oh, Iday ada sertakan video sekali di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan :

- Daging yang dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 inci halia (dihiris nipis)
- 1 ulas bawang merah 

- 5 sudu kicap manis
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- hirisan cili padi
- sedikit daun bawang
- serbuk kunyit
- garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :



1. Mula-mula gaul daging bersama sedikit serbuk kunyit dan garam.


2. Goreng daging dalam kuali sehingga garing. Jangan guna banyak sangat minyak. Biasanya Iday akan goreng sampai air daging tu hilang. Bila dah masak, boleh ketepikan daging goreng tu.


3. Mula-mula tumis bawang putih sehingga naik bau.


4. Kemudian masukkan halia dan hirisan bawang merah. Tumis sehingga layu.

5. Masukkan 5 sudu kicap manis. Iday memang guna kicap kegemaran Iday iaitu jenama Kipas Udang.


6. Kemudian masukkan sedikit air. Kalau suka yang berkuah, boleh letak lebih air. Iday suka kuah pekat biar melekat pada daging.

7. Boleh perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak letak serbuk perasa atau ajinomoto pon boleh, ikut selera masing-masing.

8. Kemudian boleh masukkan daging yang digoreng tadi. Gaul rata biar kuah kicap betul-betul melekat pada daging.


9. Kemudian masukkan hirisan cili api. Kalau suka pedas, boleh letak lebih cili api.

10. Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan daun sup. Siap untuk dihidang.


Senang je kan resepi ni. Korang boleh tukar daging dengan ayam atau udang. Ikutla yang mana korang suka. Selamat mencuba!


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)