Kenali Siapa Suami Heliza Helmi, Dato' Sri Mahadi

0


Tahniah Iday ucapkan kepada Heliza Helmi dan suaminya Dato' Sri Hamadi yang sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari 2022. 

Rata-rata memang terkejut dengan berita ini dan mula mencari siapa sebenarnya suami Heliza Helmi ni?

Jadi, artikel kali ini kita nak kongsikan serba sedikit biodata Dato' Sri Mahadi , lelaki yang berjaya memiliki hati srikandi Heliza Helmi.


Nama & Umur Sebenar

Nama sebenar Dato' Sri Mahadi adalah Mahadi bin Badrul Zaman dan dia merupakan anak kelahiran Pulau Pinang yang dilahirkan pada 19 April 1983. Tahun ini dia memasuki usia 39 tahun.





Keluarga

Beliau merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan anak bongsu dari dua adik beradik.


Abangnya iaitu Dato Mahathir juga merupakan pakar kewangan dan jutawan sepertinya..


Ibu Dato’ Sri Mahadi iaitu Hamidah binti Fatteh Mohamed merupakan seorang guru yang telah bersara. Ibunya dilahirkan pada 12 Disember 1954 dan memasuki usia 68 tahun pada tahun ini.


Ayahnya Allahyarham Badrul Zaman iaitu bekas presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sewaktu awal-awal penubuhan dulu telah meninggal dunia pada tahun 2015.

Pendidikan

Dato Sri Mahadi bersekolah di Sekolah Abdullah Munshi Penang dan kemudiannya Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra. 

Pada tahun 2001, beliau melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dalam Sains Aktuari dan memperolehi keputusan cemerlang iaitu 4.00 purata gred keseluruhan untuk 4 semesta berturut-turut. Memang seorang pelajar cemerlang la ni.

Kalau nak tahu, beliau pernah mendapat tawaran belajar ke luar negara iaitu di Macquarie University Australia dan  City University United Kingdom tetapi menolak kerana yakin dalam bidang yang diceburi masa tu. 

Kerjaya

Habis sahaja belajar, beliau memasuki dunia perniagaan dalam bidang keusahawanan dan menjadi perunding kewangan. 


Masa tu juga, beliau mempunyai impian memiliki pendapatan lebih daripada perdana menteri Malaysia ketika itu iaitu RM26 ribu sebulan. 

Dan dengan usaha keras, dia berjaya memperoleh pendapatan melebihi gaji perdana menteri dalam tempoh 2 bulan. Bayangkan dah jadi jutawan muda di usia 21 tahun.

Dato Sri Mahadi merupakan pengasas syarikat Financial Genius Group atau singkatannya FGG yang menyediakan servis menguruskan kewangan secara islamik. Sekarang nama FGG digantikan dengan nama AUF MBZ Consortium.

Gelaran "Dato' Seri"

Pada 24 Oktober 2014, beliau dianugerahkan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri. 



Pencapaian & Kejayaan

Hasil usaha keras dia selama ni, Dato Sri memiliki kediaman mewah di Bandar Sunway iaitu Bayrocks Garden Waterfront Villa Sunway South Quay  yang kini bernilai lebih RM10 Juta.

Antara pencapaian cemerlang Dato Sri Mahadi apabila beliau terpilih sebagai penerima paling muda Malaysia menerima anugerah The Jewel of the Muslim World Award 2019. 


Banyak lagi sebenarnya anugerah yang dia terima. Memang hebat betul la suami Heliza ni kan. Bukan calang-calang orang.

Info lain : 

Kalau nak tahu, Dato’ Sri juga seorang yang aktif bersukan dan suka melakukan aktiviti lasak antaranya sukan basikal, mendaki bukit, menyelam dan banyak lagi. 


Paling menarik, sekitar tahun 2017, Dato Sri pernah viral kerana melekatkan 4600 kereta Hot Wheels pada kereta Jaguar S-Type miliknya. 



Dato Sri Mahadi ni pon dikenali sebagai seorang dermawan dan sering berkongsikan ilmu agama menerusi akaun Istagram dan platform Youtube miliknya.


Dengan sekali lafaz, Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada Dato Sri Mahadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022 .


Dia yang berkahwin di usia 35 tahun menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah al-Quran.

Nur Heliza binti Helmi dilahirkan pada 3 Februari 1986 dan tahun ini memasuki usia 36 tahun. Jarak umur pasangan ini adalah 3 tahun.

Jadi ini serba sedikit biodata Dato' Sri Mahadi . Kalau ada info tambahan, boleh la komen di bawah.





Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)