Senarai Lagu Raya Terbaik 2022


Nampaknya tahun ini ramai penyanyi Malaysia mengeluarkan lagu raya terbaru termasuklah Dato Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Hael Husaini dan ramai lagi. 

Jadi admin nak senaraikan Senarai Lagu Dan Video Lagu Raya Baru Terbaik 2022 pilihan admin. Kalau korang tak setuju dengan senarai ni, harap maaf ye. 

Tapi kalau ada lagu best yang admin lupa nak sebut, korang boleh komen di bawah. 


Suara Lebaran Kita - Hael Husaini Dan Dolla

Lagu Suara Lebaran Kita dicipta sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong. Lagu tersebut dimuatnaik pada 15 April 2022. 



Lip Lap Raya - Dato' Siti Nurhaliza

Antara lagu raya terbaik untuk tahun 2022. Lirik & Lagu Lip Lap Raya dicipta oleh Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam & Mike Chan.

Lip Lap Raya dimuatnaik di Youtube Dato Siti Nurhaliza pada 20 April 2022


Seikhlas Hati - SOG x Shila Amzah

Nak lagu raya yang boleh jerit-jerit, ini lah lagu Seikhlas Hati nyanyian Shila Amzah dan SOG. Admin paling suka part seruling tu. Lagu best, ulang-ulang banyak kali pon tak bosan. 


Sambutlah Hari Raya - Aiman Tino

Lagu raya Aiman Tino, Sambutlah Hari Raya ni ada irama pop yeh yeh. Memang best dan ada vibe macam lagu raya zaman dulu-dulu. 

Lirik lagu oleh Puteri Yana dan lirik oleh Furqan.


Zapin Lebaran - Ernie Zakri

Lagu raya dari Ernie Zakri ni memang best penuh adat budaya Melayu yang penuh sopan santun.

Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Ernie Zakri dan Yuka Kharisma

 


Senarai ini akan ditambah lagi apabila ada lagu raya terbaru.