Mona Allen & Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak Pertama Setelah Hampir 4 Tahun Usia Perkahwinan. Tahniah!

0



Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Mona Allen & Pekin Ibrahim kerana bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi. 

Sebelum ini Mona Allen ada memuatnaik gambar raya bersama Pekin dan ramailah yang komen yang Mona seperti hamil kerana ada penampakan baby bump.



Dan Alhamdulillah memang betul dia hamil apabila hari ini  14 Mei 2022, Mona Allen memuatnaik gambar memegang baby bump dengan kepsyen meminta mendoakan yang baik-baik buat dirinya. 




بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Alhamdulillah. Syukur
Doakan yang baik-baik ya
Pekin turut meninggalkan komen pada entri tersebut dengan mengucapkan Alhamdulillah. 



Ramai rakan artis meninggalkan komen  gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah pada pasangan ini antaranya Hannah Delisha, Uyaina, Kaka Azraff, Elizad, Che Ta dan ramai lagi. 

Mona dan Pekin bagaimanapun masih belum berkongsikan usia kandungan tersebut. 

Untuk pengetahuan korang, Pekin dan Mona telah berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat. 



Sekadar info, Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dilahirkan pada 28 Januari 1986  dan memasuki usia 36 tahun pada tahun ini. 

Manakala Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya Mohd Iznan bin Ibrahim dilahirkan pada 25 Oktober 1981 dan tahun ini memasuki usia 41 tahun.

Apa pun, tahniah  ucapkan buat pasangan ini. 

Sama-sama kita doakan Mona dan kandungan sentiasa selamat dan dipermudahkan segala urusan sehingga selamat bersalin nanti. 

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)