Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Nak bergaya tak semestinya kena beli mahal



Iday bukan jenis yang suka pakai handbag sangat, kalau pakai pon bila ada event or jemputan majlis kawen. Kalau tak, keluar dating pon iday bawak Tote bag. Haha. Kesian Islam, dapat gf yang xbergaya feminim. Maybe iday rasa iday tak suka buang duit banyak dekat handbag and prefer
handbag murah kot. Hehehe Terima je I seadanya ye. Hehehe

Tapi, atleast kena ada jugak handbag untuk event2 kan, so iday nak pilih handbag yang sesuai sebab kadang-kadang penampilan kita ni akan diukur daripada pemilihan pakaian yang menawan dan penambahan aksesori yang bersesuaian. Selain jam tangan, handbag atau beg tangan merupakan aksesori yang terpenting buat semua wanita. 
Sebab tu kalau kita tengok mak-mak datin, artis2 terkenal ni suka bawa handbag berjenama seperti Chanel, Hermes, Louis Vuitton dan Dior. Kalau setakat macam iday ni, mampu pakai jenama handbag seperti DKNY, Calvin Klein, Aldo, Nine West, dan banyak lagi, itupon mahu nak kena menabung dulu. Iday ni jenis suka habiskan duit untuk makan and gadget je. Haha

Tapi jangan risau kalau tak mampu nak beli bag macam Chanel, Hermes, Louis Vuitton dan Dior ni sebab even pakai handbag murah pon still nampak cantik ape. Sekarang ni handbag yang harga around RM50-RM100 pon dah berjaya menarik perhatian orang ramai. Kat Malaysia ni dah ramai designer yang mengeluarkan jenama sendiri yang berkualiti dan berpatutan.

Namun, kita kena perlu berhati-hati ketika ingin memadankan gaya kita dengan handbag tersebut. Padanan yang tidak bersesuaian bukan sahaja mencacatkan penampilan kita, malah membuatkan kita hilang keyakinan. Jadi, untuk entri kali ini, iday nak kongsi sedikit tips untuk mereka yang ingin membeli seutas beg tangan yang murah tetapi trendi! Hehehe. 


  1. Pilihan rekaan yang simple
    - Jangan pilih yang over bulu2 or terlebih aksesori, kalau perasan yang mahal2 punya handbag ni pon macam ringkas and simple je. Just nampak nice je.
  2. Pilih warna yang sesuai.
    - Jangan pilih warna yang pelik2, dengan corak yang tak menarik. Kalau boleh, sebagai langkah selamat, pilih yang berwarna gelap. Sesuai untuk apa jenis pakaian pon. Hihi
  3. Memilih bag dengan rekaan terkini (up to date)
    - Kena pandai buat research, tengok trend sekarang pakai bag macam ni, so, kena pandai ikut trend, baru rasa glamour gitu. hehehe

Percaya atau tidak, dengan hanya RM 50 dan ke bawah, anda mampu memiliki seutas beg tangan yang menawan seperti berikut. Kadangkala, kita tidak perlu berbelanja besar untuk tampil sempurna dan glamor. Setuju? 
Oleh itu, untuk lebih banyak pilihan handbag murah yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat, luangkan masa anda dengan melayari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Portal online shopping yang terbesar di Asia Tenggara ini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda. Menarik bukan?

Selamat shopping! :)

No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

My Blog List