Enter your keyword

Rakshee | Bakso RM1.90 | The Strand Kota Damansara

Siapa suka makan Bakso? 

Mana tempat makan Bakso dekat Malaysia or dekat Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya? Mana tempat makan Bakso yang betul-betul Rakshee? Eh. Rakshee? Okay, sebenarnya Rakshee yang dimaksudkan kat sini adalah best gile, havoc and gempak. Contoh ayat :

"Korang pergi konsert Siti semalam? Raksheee gile"

Sudah. Belajar buat ayat pulak. Hahahaha


Sebenarnya ada 1 kedai yang jual Bakso best dekat The Strand Damansara iaitu Rakshee. Dan harga setiap mangkuk Rakshee adalah RM1.90. Eh, murahnya! Konsep dia lebih kurang macam Boat Noodle dan Big Spoon, which korang boleh makan banyak-banyak. susun la mangkuk tu bertingkat-tingkat. 



Amacam? Nampak mangkuk-mangkuk ni pon dah bergetar rusuk kiri. Hehehehe Serius sedap. Dia punya meatball memang terbaik, elok-elok rasa daging bebola. Sebenarnya owner Rakshee ni pembekal meatball based dekat Penang. Diyakini 100% halal, selain dapat cop Halal, ownernya adalah Melayu. 


Iday sempat belajar cara makan Bakso dekat Rakshee. Sebenarnya ada pelbagai cara nak makan and dekat Rakshee tu ada 3 jenis sos iaitu lemon juice, kicap,sos cili dan sambal lada. Kalau yang suka pedas, boleh makan kicap anda sambal lada. 




Tengok je la sambal lada ni, pedas okay. Hahaha Ayue siap letak banyak-banyak. Suka betul dia makan pedas. Hehehe Iday lak suka makan kosong, cuma mangkuk ke-4 and 5 tu letak lemon juice. Heheheheh



Islam suka letak lemon juice. Memang sedap. Iday paling suka dia punya kuah bakso, pekat dan sedap. Licin sekali dengan kuah-kuah taw. Hahaha


Kat sini ada Bakso je ke? Hehehehe Mestilah tak, selain Bakso ada makanan lain jugak seperti gambar menu dekat bawah ni. Iday order Rakshee Burger Mini, Baked Pasta Marinara and Rakshee Linguine. 


Gambar atas ni ada tunjuk menu yang korang boleh order. Oh, Rakshee ni self-service taw, korang kena order dekat kaunter, then diorang akan bagi yang call device tu. Bila dah siap, korang boleh ambil dekat kaunter dekat kitchen tu. Rajin-rajin la bergerak ye, dapat cut cost service charge. Hehehehehe


Hidangan mini burger ni jangan dipandang sebelah mata taw, nampak je kecik comel padahal sedap and pedas. Eh, pedas? Sebenarnya kalau korang perasan, atas plate tu, ada chilli flake, tu yang buat pedas. Tapi mini burger sedap. Iday makan sikit-sikit. Hahaha 


First time makan fries pedas-pedas. Hahaha Tapi fries dari Rakshee ni best sebab tak berminyak and tak masin sangat. just nice. Boleh lawan McD punya fries. Hahaha


Macam gambar menu dekat atas tu, ada banyak lagi hidangan western, yang penting setiap satu hidangan ada meatball. Hehehehe So, takdela macam nak makan Bakso je, sebab ada pelbagai pilihan makanan di Rakshee. 




Sembang-sembang pasal makanan, lupa nak cerita tentang air. Hahaha Korang boleh dapatkan teh botol dekat Rakshee, feeling-feeling berada dekat Indonesia gitu. Hahaha Dulu mak pergi bandung, siap kirim teh order bawak balik. Sekarang, pergi Rakshee je. Haha





Selain dari Bakso dan makanan western, mestilah ada dessert untuk pemanis mulut. Ni brownie iday lupa nama. Hahaha Tapi serius sedap. Islam suka gila, dia pergi bantai sorang. Iday dapat rasa 1 sudu je. Erghhhh









Habis cerita pasal makanan, meh cerita tentang dekorasi dekat Rakshee. Iday suka plain white and black. Hiasan tidak terlalu complicated, simple dan menarik. Siap ada kerusi bangku. Hahaha Teringat masa sekolah dulu.









Walaupon baru dibuka, tetapi sambutan pelanggan di Rakshee ni memang mengalakkan. Silap haribulan, kena la sabar queue panjang-panjang untuk order. Tapi jangan risau banyak meja dan kerusi disediakan untuk customer, siap ada tempat duduk di luar kedai. 


























So, kalau sesiapa nak datang, iday ada bagi detail and address dekat bawah ni. Iday memang recommended diorang punya Bakso. Terbaikkk! Memang Rakshee habis. Masa ni iday makan 6 mangkuk je. JE! Hahahahaha Sebab iday dah order western food so makan sikit je. Next time datang nak makan Bakso je. Hehehe

Rakshee
No 13G Jalan PJU 5/20A, The Strand, Kota Damansara
0122474673

Open hours :
Tuesday to Sunday - 12pm to 10pm
Friday - 3pm to 10pm

#rakshee

----------------------------------------
Siapa minat main Basketball?? Boleh baca ni



1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List