credit : 365 karya Dr Anwar Fazal

Alhamdulillah, 

2 hari lepas order dekat www.whitecoat.com.my dah selamat sampai dekat office hari ni. Seronok bila dapat skype dari front desk "courier for u". Then bawak duit RM30 . 

Sampai bawah baru sedar, bukan Cash On Delivery laaaa. Hahaha sebab dah terbiasa bila beli dari Lazada. Haha 

Macam mana iday tahu tentang buku 365 ni? 

Dari blog Fatin Liyana, blogger cantik dan juga isteri kepada Dr. Anwar Fazal ni. Ni buku yang ketiga selepas siri Diagnosis. 

Eh eh! Hehehe Yuna seeing someone la, rasa-rasanya siapa? Hehehe Ni iday snap dalam majalah EH! edisi August, kalau nak taw lebih lanjut sila la beli majalah EH! Banyak betul cerita tentang percintaan and lelaki yang dikupas dari Yuna. Hehehehe


Iday juga suka pendirian Yuna tentang sikap lelaki. Sebab ada jenis lelaki ni, bila taw kau ni independence, dia amik peluang. Hmmmm cannot la camtu. 


Salam korang!

Raya hari tu iday balik rumah Islam di Kedah. Sempat la korek-korek rahsia Islam masa kecil-kecil dulu. Macam mana perangai si Islam ni kan. 




Banyak-banyak cerita, yang ni yang iday rasa kelakar iaitu cerita Islam ikut abang dia mencuri dekat kedai runcit. Jangan salah faham er, kedai tu kepunyaan pakcik Islam and pakcik Islam tu selalu tinggal kedai and duduk dalam rumah. Diorang ni nakal masa kecik-kecik. Iday pon dulu selalu curi coklat dalam kedai tok. Hehehehe

Eh, tetiba cerita tentang poligami pulak kan. 

Sesiapa yang ada follow page iday (Facebook Page Sayaiday), sure nampak iday ada post satu gambar mesej antara suami dan si isteri. Si suami tersebut memberitahu yang dia selamat bernikah and boleh nampak betapa redhanya isteri menerima berita tersebut. Tak perlu la iday cakap siapa, cuma sama-sama kita doakan kawan iday tu k. 



Ini  petikan dari blog kawan iday tu :

Korang masih mood beraya ke? Hehehe

Iday nak share 1 video kelakar, before ni iday pernah tengok reaksi korean pada selebriti lelaki dekat Malaysia ni iaitu Aaron Aziz, Fahrin Ahmad and ramai lagi. Bagi iday biasa-biasa je, takde kelakar sangat. 





Tapi bila Korean Star TV upload satu lagi video youtube, kali ni tentang reaksi diorang bila tengok wajah-wajah selebriti Malaysia iaitu Emma Maembong, Hanis Zalikha, Nora Danish dan Shila Amzah. Tapi part Nora Danish sangat kelakar. Hahaha




Paling best bila diorang start teka umur selebriti ni. Iday rasa ni baru sikit diorang tengok sebab ramai lagi selebriti yang comel2 dekat Malaysia ni. Hehehe 


Korang tengok sendiri video reaksi diorang kat bawah ni :





Wahhh, Air Asia ada buat promo tiket ke Maldives dengan harga RM169 sehingga 26 julai. So, iday apa lagi, terus la check bilik or penginapan yang ada dekat Maldives dengan harga berpatutan dan sedikit tips untuk ke Maldives ni. 

Korang boleh check promo Air Asia dekat sini : Promo Air Asia Maldives

Tak sia-sia iday join group BBM (Backpackers Buddies Malaysia) dekat facebook sebab diorang banyak share info tentang travel ni. Elok-elok iday scroll group timeline, ada yang share pasal Maldives. Thanks Tong Sudey. 

Sedikit sebanyak buat ida faham untuk plan cuti ke Maldives ni. So, jom check 12 Tips Percutiaan ke Maldives ni : 
Iday masih di Kedah tapi akan gerak ke KL malam ni. Doakan kami selamat sampai and jalan tak sesak ye. Hahaha 




Korang dah tengok Ant-Man? Iday sempat tengok masa hari raya kedua, ikut Islam and kawan-kawan dia la tengok Ant-Man dekat Alor Setar. Islam memang dari masa trailer tu nak tengok dah cerita tu.


Jom tengok trailer dulu :

Selamat Hari Raya! :)


A photo posted by Malaysian Blogger - sayaiday (@sayaiday) on





Macam mana hari raya pertama? dah sendat ke baju tu dengan makan pelbagai jenis juadah raya? Banyak ke kumpul duit raya or banyak ke dah abis duit bagi duit raya? Hehehehe

Pagi-pagi tadi dah call mak and family kat Terengganu. Dengar suara mak, terus nyanyi lagu raya sedih. Mak cakap, jauh nak tolong kesat air mata. Haha 

Untuk pengetahuan korang, iday dah kahwin dengan Islam almost 10 bulan dah and ni kali pertama kitorang raya bersama. Kitorang dah bersedia dengan soalan-soalan yang akan ditanya especially soalan :

"Bila nak bertiga?" "Bila nak ada isi" " Belum berisi lagi ke?" "Dah ada baby ke?"

Sejujurnya, aku tak kisah pon dengan soalan macam ni, sebab Islam cakap yang bukan salah kitorang cuma belum ada rezeki. Paling best, si Islam ni buat kira-kira, tahun ni berapa ramai orang tanya soalan tu. Dia ingat game agaknya. ish ish laki aku.

Tapi tadi masa beraya dekat salah satu rumah kawan baik mertua, ada yang tanya soalan yang sama. Yang kelakarnya cara aku jawab secara spontan. Hahahaha



aku tahu mesti ramai yang sedih bila diaju soalan-solan macam ni. Tapi nasihat aku, buat rileks wat peace je. Hehehe jangan ambil kisah sangat, anggap la soalan2 camtu diaju untuk doakan kita supaya cepat2 dapat.

So, macam mana raya korang? ada yang dah dapat soalan2 cepumas macam ni ke? Macam mana korang jawab? Hehe :p


Minggu terakhir raya, sure ramai yang tak sabar nak balik jumpa family masing-masing kan. Syawal dijangka tiba pada hari jumaat and sebenarnya dah ramai mula balik weekend sabtu lepas. Blogger AyueIdris pon dah selamat balik Melaka semalam, Uzu dari KisahEmasPutih pon sama dah balik Sabah. Seronoknya!

Header blog pon dah tukar tema raya, padahal letak gambar masjid je, takle nak lawan blog BBL. Hahahaha





Iday pon tak sabar nak balik ni, walaupon bukan balik kampung dekat Terengganu tapi excited juga sebab dapat merasa macam mana sambut raya di kampung suami. Padahal, semalam gaduh macam budak-budak dalam kereta, kampung sape lagi best. Hehehehe :p

Sebenarnya iday nak cerita tentang Iftar Potluck Blogger 2015 yang iday join sabtu lepas. Akhirnya dapat jugak lepak berbuka puasa dengan kawan-kawan blogger. Walaupon tak ramai sebab, dah ramai start balik kampung and sibuk penyediaan minggu akhir raya ni. So, next year kena plan awal sikit. Hehehe


Otw pergi Iftar Blogger - Hai Lin !

Korang kenal ke Naddy Sushi ni?


kredit : Instagram Naddy Sushi

Update 2018: Naddy dan Epul dah kahwin pada 17.8.2018. Tengok video kahwin diorang di bawah :




Iday rasa, Naddy Sushi ni popular di kalangan mereka yang aktif di Twitter,Vine and Instagram. And adik-adik remaja ramai yang "ship" pasangan Naddy and Epul. Epul pula warganegara Singapura yang aktif dengan vine. Iday memang dulu follow diorang punya vine and instagram. 

Naddy pernah featured dalam Utusan Malaysia.





Yeay yeah nak raya, yeay yeay! ni jeritan masa zaman budak-budak dulu. Beria betul nak  sambut raya. Iday ingat dulu, bila tinggal beberapa hari lagi Raya, mesti cat rumah, basuh bekas kuih, tok buat tapai, cari buah kelapa, pergi beli barang nak masak, kemas pasu bunga, alih-alih perabot. 

Emmm, alih-alih perabot memang tiap-tiap tahun. Sampai abah pon bising, yelaaa almari tu penuh dengan pinggan mangkuk. Bila nak alih, kena keluarkan and masukkan balik. Hahaha 

Banyak sebenarnya kerja dibuat bila nak raya ni. Tahun ni tak dapat buat-buat busy macam ni lagi. Tahun ni, ami and cah ambil alih kerja aku kat rumah tu ye, jangan bagi mak abah buat sorang! 

Okay, sambung pada topik.
Salam Ramadhan :)

Sedang iday scroll timeline dekat Instagram, ternampak satu post gambar sambutan hari lahir cucu dan tun mahathir sendiri. Rupanya Tun Mahathir dah capai umur 90 tahun. Panjang umur Tun and masih kelihatan sihat. Alhamdulillah :)

Sebenarnya Meera Alyanna Mukhriz ni selalu juga post gambar beliau dengan datuknya iaitu Tun Mahathir and memang comel gambar-gambar diorang. Dimata kita, Tun Mahathir hanya mantan perdana menteri, seorang politician tetapi dimata  Meera adalah seorang datuk yang penyayang. Sporting je tengok Tun Mahathir bergambar dengan cucu. Hehehe



Lagi comel gambar Tun Dr Mahathir dan isteri tersayang iaitu Dr. Siti Hasmah. Diorang kahwin pada 5 ogos 1956,  dah 59 tahun kahwin. 59 tahun hidup bersama, tapi masing-masing punya gaya macam orang baru kahwin. Awwwww, nak jadi macam diorang jugak. Hehehe

Iday sebenarnya dah lama tak drive, rasanya sejak kena road bully hari tu. Kalau drive pon dekat-dekat. Iday ni boleh dikatakan sejenis manusia yang drive cepat gelabah kalau ada orang. Kalau bawa kereta sorang-sorang , iday okay je. Tapi kalau bawa orang mesti laju,lupa brek or last minit masuk simpang. Islam pon tak suka cara iday drive. Huhuhu



Tapi jangan risau, sekarang iday memang jarang dah drive. Daripada aku menyusahkan orang or drive secara bahaya, baik aku naik train or motor. 

Kalau ikut tajuk blog post ni, iday cakap "Yang Belum Kahwin, Jangan Naik Kereta dengan Iday!" Hahahahaha. Sebenarnya ada 2 orang kawan iday yang pernah naik dengan iday and berazam taknak naik dengan iday dah. Hahaha Apa teruk sangat ke aku ni? Hehehe

Ceritanya, kawan iday ada post satu status dekat personal FB dia :
Salam Ramadhan :)

Biasanya bila dah tiba penghujung bulan Ramadhan ni, semua orang dah buat preparation nak balik kampung kan. Servis kereta, kumpul duit minyak and tol, dah start packing dan macam-macam lagi la. Semua dah tak sabar nak balik raya.



Tapi pada mereka yang ada bela kucing mesti pening nak tinggalkan kucing dekat rumah. Kalau sempat boleh tinggalkan dekat boarding places,tapi biasanya bila musim perayaan ni memang selalu penuh. So, iday nak kongsi tips untuk sesiapa yang ingin tinggalkan kucing di rumah untuk balik beraya. 

Nasihat iday, jangan terlalu lama. Kalau lama, make sure ada kawan yang datang tengokkan. Iday ingat lagi masa iday ada kerja dekat Pulau Perhentian and kitorang terpaksa tinggalkan Ali, Maya and Hiro dekat rumah selama 5 hari. Nasib baik Fara, kawan masa belajar dulu datang hari-hari tengokkan diorang :)

Tapi kelakar bila reaksi pertama kali Fara jumpa Ali, Hiro dan Maya. Comel taw :p


Salam :)

Kali ni iday nak cerita 1 lagi tool yang iday guna untuk blog iday and Lazada website. Eh, kenape lazada? Sebenarnya kerja aku makan gaji aku hari-hari ada berkaitan dengan Lazada punya website. Hahahaha takyah details sangat er. okay sambung topik tools.



Aku rasa tools ni bukan aku sorang yang pakai, other competitor pon pakai and blogger lain pon ada pakai. Walaupon data dekat tools ni tak accurate which is aku ada baca tentang artikel ni tapi lagi bagus ada dari takde kan. Hehehe

Aku pon check tools ni untuk taw monthly visit dekat blog aku. Kadang-kadang nangis bawah bantal sebab sikit bila compare dengan blog2 hebat seperti Namee Roslan, Hasrul Hassan, Ben Ashaari dan banyak lagi blogger top2. 

Kalau untuk Lazada, masa aku incharge blogger dulu, selalu aku check traffic diorang dekat tools ni, kalau harga yang diberi macam over tak berbaloi dengan traffic, baru aku mintak screenshot Google Analytic. Sorry, ni memang permintaan orang atasan. eh, sambung topik tools balik. Hahahaha

Tahun ini adalah tahun pertama iday tak dapat beraya dengan Mak sebab iday dah kahwin and balik ke kampung suami. Tahun ini juga kali pertama iday tak dapat makan and rasa juadah raya mak. 

Kiranya ini adalah entry seksa diri sebab iday akan senaraikan beberapa jenis juadah raya yang selalu mak iday masak bila tiba hari raya.



+ Nasi Himpit Kuih Kacang

Wajib every year! Iday ingat lagi tahun lepas, mak cakap “Raya tahun ni, makan nasi minyak la ye, takyah buat nasi himpit”. Terus cakap taknak. Nak nasi himpit jugak! Mana boleh takde Nasi Himpit Kuih Kacang, tak best la raya. gituuu.



tumblr_lpgn2inP6i1qavg4xo1_1280.jpg

Makan pulak dengan Rendang Ayam. Sedih, nak raya kampung mak :(

Takpe la, kita makan mak mertua punya pulak. :)

+ Sate

Salam Ramadhan :)

Hari ni dah Jumaat, seronok la tu. Hehehe 

Okay, kan iday pernah cerita before ni yang iday pergi Pulau Perhentian and seronok dapat snorkeling siap berenang dengan shark. Masa tu iday tak pakai apa-apa produk yang melindungi iday dari sinar matahari. Sebab malas kot. Hahahah teruk perangai. So, akibatnya, muka iday burn teruk and kusam gelap and berjerawat. Huhu


Gambar bawah ni, cubaan nak tutup jerawat dekat area dagu. Hahaha




Ni pulak gambar masa petang. Bayangkan dari tengahari aku sedap berenang dengan matahari tegak atas kepala. Hahaha Masa ni fikir, nasib baik aku dah kahwin je. Hahaha



Tapi serius serabut taw fikir macam mana nak bagi kulit okay balik sebab kulit sunburn and jerawat2 degil susah nak hilang cepat-cepat. Dahla nak masuk office ni. Hahahaha

Macam mna nak Parut Jerawat dan Rawat Kulit Kusam ni?
Salam Ramadhan :)

Korang mesti kenal Fatin Liyana kan? Ala blogger cantik yang baru je selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ni. Iday antara pembaca blog Fatin Liyana yang setia. Every update dekat blog Fatin Liyana mesti iday baca. 

So, entry last Fatin Liyana adalah resepi Ayam Panggang Rosemary. 




Alahai tengok cara masak, senang dan simple. Bahan-bahan nak buat pon mudah nak dapat and beli. Tengok je la gambar Ayam Panggang Rosemary Fatin Liyana yang telah masak. Sedap! Hehehe Baru tengok, belum rasa :p



Bila tunjuk dekat Islam, Islam terus suruh masak. Dia cakap : 

"Kalau sayang saya, awak masakkan"

Amboi, kemain dia nak main ugut-ugut. Hehehe tapi iday memang nak masak pon. Disebabkan resepi Fatin Liyana ni simple, so memang mudah la penyediaan bahan2 tu. Hehehe


Kalau ikut resepi Fatin Liyana, ada 2 jenis campuran bahan :

Bahan A : segala rempah ratus digaul iaitu :

+ 1 sudu kecil Rosemary (aku letak lebih. Hehehe)
+ 1 sudu kecil Lada Hitam
+ 1 sudu kecil Jintan Putih
+ 1 sudu kecil Jintan Putih

Bahan B : Kena blend semua bahan ni

+ 1 biji bawang besar
+ 5 ulas bawang putih
+ 1 inci halia
+ 4 sudu kecil gula
+ 4 sudu kecil madu
+ 4 sudu kecil olive oil
+ 4 sudu kecil perasa pati ayam
+ Garam secukupnya
+ Sedikit serbuk kunyit untuk memberi warna
+ Sedikit air sekadar memudahkan proses blend (yang ni iday ganti dengan air rebusan ayam sebab kebetulan buat sup ayam Hehehe)

so, Iday campur kedua bahan ni and gaul dekat ayam. Iday perap dari pukul 12 sampai pukul 5. Pukul 5 baru iday start bakar dalam double sided pan.



Iday tak masak semua, iday masak untuk 2 orang makan. Yang lain-lain iday biar perap dalam peti ais. Esok boleh bakar lagi. Hehehehe Jimat tak perlu beli Ayam Golek kat Bazar Ramadhan :)



Silap iday sebab letak air perap tu sikit sangat. Kalau letak banyak, mesti dapat kuah perap tu. Memang sedap! Ayam lembut, moist bak kata Fatin Liyana. Hehehe Serius simple and senang sangat nak buat Ayam Panggang Rosemary Resepi Fatin Liyana ni.



Islam pon suka  bila dapat makan Ayam Panggang Rosemary ni. Thanks Dr Fatin Liyana sebab share resepi. Thanks to Happy Fresh jugak sebab memudahkan iday nak cari bahan2 untuk masak Ayam Panggang Rosemary ni. Hehehehe

Korang boleh try jugak okay! Hehehe


Selamat mencuba resepi Ayam Panggang Rosemary Fatin Liyana ye :)



Kredit resepi : Blog Fatin Liyana


Salam Ramadhan! :)

Eh, tetiba nak cerita tentang peminat Siti Nurhaliza kan. Sebenarnya iday nak cerita tentang salah seorang kawan iday. Dia ni peminat Siti Nurhaliza, kiranya kalau Siti Nurhaliza ada buat konsert, mesti dia pergi , tu pon ikut kepada budget dia. Hehehe



Tapi, kenapa iday cakap dia peminat Siti Nurhaliza yang luar biasa? Dia kumpul gambar siti ke? Dia hafal semua lagu siti ke? 

Sebenarnya, dia penulis kebanyakan artikel Siti Nurhaliza di wikipedia. Ingat nak tulis dekat Wikipedia ni senang? Kalau nak letak gambar kena ada copyright semua. And artikel yang dia tulis bukan biasa-biasa je. Artikel tentang every konsert Siti Nurhaliza yang dia pergi atau tak. Kalau dia tak pergi, dia akan buat research. 


Siapa kawan  iday tu?