Eh, tetiba cerita tentang poligami pulak kan.
Sesiapa yang ada follow page iday (Facebook Page Sayaiday), sure nampak iday ada post satu gambar mesej antara suami dan si isteri. Si suami tersebut memberitahu yang dia selamat bernikah and boleh nampak betapa redhanya isteri menerima berita tersebut. Tak perlu la iday cakap siapa, cuma sama-sama kita doakan kawan iday tu k.
Ini petikan dari blog kawan iday tu :
Ini petikan dari blog kawan iday tu :
-----------------------------------
"Buat suamiku, ku doakan semoga kita sekeluarga berbahagia, dimurahkan rezeki, hidup rukun aman dan damai, jadilah imam yang baik dan bimbing kami kejalan yang diredhai allah, kerana syurga itu tidak mudah, taat ku redha ku ikhlas setiaku buatmu yang amat aku sayang
Buat maduku, ku harap dirimu ikhlas dan jujur, semoga kau menjaga maruahmu, aib suamiku, menjaga suamiku dengan sebaik mungkin, kerana dia adalah nyawaku, aku sangat manja kan dia sepenuh hatiku, jangan dilukai hatinya, gembirakan lah dia, aku terima mu sebagai saudara baruku dengan ikhlas, aku juga sayang kamu seperti adikku, semoga ikatan ini membawa kita ke syurga"
Buat pembaca blog ini, walaupun terkadang tulisan saya seperti ceria, tapi saya tak berapa kuat, doakan saya supaya sabar dan tabah, semoga terhapus segala sifat mazmumah saya. Allah takkan uji saya kalau saya tak mampu, Allah sayang saya, ada yang terbaik dia janji untuk saya.
Blog : Izin Seorang Isteri
-----------------------------------
So sepanjang dia mengalami proses nak izinkan dan terima kehendak takdir dia, ada jugak dia bersembang dengan iday tentang proses poligami ni. Kita namakan si isteri ni Maya okay. Hehehe nama kucing aku. :p
Maya ada cakap yang tak semestinya orang yang nak poligami je kena tahu ilmu poligami ni, macam iday yang baru kahwin ni pon kena ambil tahu sebab kita takkan tahu masa depan macam mana kan. Lagipon, tak salah kan kalau kita tahu and belajar setiap ilmu yang ada. Tapi, iday harap Islam sayang iday sorang laaaa. Hahaha
Iday ada juga tanya Maya, betul ke nanti dia akan dapat Payung Emas? Maya terus cakap yang tiada istilah "Payung Emas" dalam hadis. Allah cuma janjikan syurga untuk setiap isteri yang taat pada suaminya. Istilah "Payung Emas" ni sebenarnya dari para ulamak. Kalau nak lebih faham, boleh tengok video bawah ni :

Selama ni kita asyik cakap, untung la dapat Payung Emas, tapi kita tak check betul ke hadis tentang Payung Emas tu ada. Hehehehe
Oh terbaru ada keluar dekat paper or social media, tentang suami tidak perlu minta keizinan isteri untuk kawen lagi.
Apa pandangan korang?
Iklan: Apa korang buat kalau dapat #FreeInternetForLife? Kalau iday memang dok melayan movie la. Hehehehe korang nak Free Internet For Life, boleh check link ni : Free Internet For Life
Iklan: Apa korang buat kalau dapat #FreeInternetForLife? Kalau iday memang dok melayan movie la. Hehehehe korang nak Free Internet For Life, boleh check link ni : Free Internet For Life