Teh Tarik Place | Nasi Lemak Sambal Strawberry dan Kacang Pol Sedap!

3

Hi


Korang pernah makan Nasi Lemak Sambal Strawberry? atau Salmon Masak Asam Pedas? Hehehe ni first time iday try hidangan Salmon Masak Asam Pedas and surprisingly, I am kinda like this foods. Padahal asyik tolak kalau ada orang offer Salmon. Hahaha

Inilah makanan istimewa yang disediakan di Teh Tarik Place Cawangan Menara UOA dan Selayang. Nama Teh Tarik Place ni bukan asing lagi di kalangan food blogger, ramai yang dah buat review dekat sini. Cuma yang istimewa kali ini, Teh Tarik Place menawarkan menu-menu baru untuk dicuba hanya di Teh Tarik Place Cawangan Menara UOA dan Selayang. 


Baru-baru ni iday berpeluang untuk rasa sendiri menu baru di Teh Tarik Place Menara UOA. Rupanya Teh Tarik Place terletak berhampiran dengan LRT Bangsar, same level okay. Bila melalui eskelator, korang dah boleh nampak sign board Teh Tarik Place ni di sebelah kanan.

View dari luar Teh Tarik Place, 



Ruang Teh Tarik Place ini sangat luas, so boleh datang kesini bersama family or kawan-kawan. Menurut pemilik restoran ini, waktu lunch adalah waktu paling sibuk. Patutla banyak tempat duduk yang disediakan untuk menampung jumlah pelanggan. 

View dan dekorasi didalam Teh Tarik Place,









Awal-awal masuk, dah fikir "banyak tempat boleh amik selfie cantik ni" Hahahaha

Iday paling suka dinding yang penuh dengan gambar label produk-produk lama-lama tu. Old school sangat. Hehehe Dekorasi di Teh Tarik Place mengetengahkan (wujud ke word ni? HAHA) warna kayu. Kerusi dan meja di sini pon memang 100% dari kayu. Dekorasi tak terlalu over, iday suka! :)

Oh kalau nak tahu, korang boleh sewa Teh Tarik Place untuk event taw. Harga untuk private event di Teh Tarik Place adalah : 

Rental for event (2 hrs) – RM1000 (without food)
Rental for event (2 hrs) – RM1500 (with 20 pax food)

Add on additional pax - RM25 per pax

Boleh bincang dengan pemilik restoran, Mr. Zikri. Nanti dekat penghujung entry ni iday letak details :)

Okayla, jom kita cerita tentang makanan yang ada di Teh Tarik Place yang sempat iday rasa and review. 

Kacang Pol Set - RM9.90


Sebenarnya ni kali kedua iday makan kacang pol. Kali pertama makan, iday rasa tak sedap and iday lupa kedai mana iday makan. Tapi memang terus taknak try makan kacang pol. Then masa cuba dekat Teh Tarik Place, iday minta Islam try dulu sebab dulu dia belajar dekat Johor and dia tahu macam mana kacang pol yang betul-betul sedap. 

Lepas dah try, dia cakap kacang pol dekat Teh Tarik Place memang sedap. Iday cuba and iday suka. Habis iday makan sorang. Hahaha Nak tahu apa rahsianya? Rupanya Mr. Zikri berasal dari Johor. Hahaha Orang johor lebih arif tentang rasa Kacang Pol. So, kalau nak cuba Kacang Pol di Selangor/Kuala Lumpur boleh cuba di Teh Tarik Place.

Asam Pedas Salmon - RM14.90


Salmon? Secara jujur, iday bukan penggemar ikan Salmon maybe sebab rasa ikan salmon tu. Ye la, selama ni asyik rasa yang raw atau yang smoked. So, rasa hanyir salmon tu ada. Itu yang iday tak suka. 


Dan ini kali pertama sebenarnya iday cuba Salmon Asam Pedas. Kenapa Salmon? Iday ada tanya dekat Mr. Zikri. Jawapan mudah Mr.Zikri "Sebab saya suka, saya sediakan makanan yang saya suka" Hahahaha Tapi memang bagus, bila kita jual apa yang kita suka, of course kita akan jaga kualiti dan rasa kan. 

So, iday cuba la Salmon Asam Pedas, rasa asam pedas memang sedap. Lagi-lagi bila makan dengan sambal belacan dan nasi. Cuma, tekak iday ni masih belum boleh terima Salmon. Nasib baik ada Asam Pedas Pari. Kalau penggemar ikan Salmon, confirm akan suka Salmon Asam Pedas ni. Iday tak habiskan Salmon, tapi habiskan kuah Asam Pedas tu. Hahaha 


Kerepok Lekor Rainbow - RM6.00


Kerepok lekor dan cheese? Iday asal Terengganu, awalnya iday memang tak suka dengan idea, kerepok lekor + cheese + mayonis + black pepper ni, sebab macam dah kacau the original kerepok lekor. Tiap kali orang offer iday tolak. Hahaha

Tapi semasa food review ni, iday buang ego jauh-jauh and cuba sendiri kerepok lekor rainbow ni. Laaa sedap rupanya! Hahaha Paling suka sebab ada rasa sos black pepper. Kitorang siap order extra lagi. Hiks!

Nanti nak suruh mak try sebab mak pernah buat kerepok lekor. Hehehe

Sizzling Yee Mee – RM9.90


Islam's favourite! Islam suka sebab rasa kuah sizzling pekat dan sedap. Cuma iday rasa, kalau kuah sizzling lagi banjir mesti lagi best. Kalau nak makan ni, kena cepat-cepat gaul yee mee dengan kuah, kalau tak nanti keras mee nya. Lagi-lagi kalau perangai nak ambil gambar dulu. Hahaha


3 jenis Nasi Lemak di Teh Tarik Place

Kalau nak tahu, dekat Teh Tarik Placi ni ada 3 jenis Nasi Lemak iaitu Nasi Lemak Biasa (RM4.50), Nasi Lemak Ayam Rendang (RM9.50) dan Nasi Lemak Sambal Strawberry (RM12.50). Eh, sambal strawberry? Hehe

-Nasi Lemak Biasa

- Nasi Lemak Ayam Rendang


Bagi iday, sambal Nasi Lemak memang sedap, tak terlalu pedas. Ayam rendang memang sedap, lagi best ayam portion besar. Itu yang kita suka. Tapi yang paling special bagi iday adalah Nasi Lemak Sambal Strawberry. Macam mana rasa tu?


Masa mula-mula iday rasa, iday macam terkejut sebab rasa sambal sesedap and manis masam macam sambal nasi lemak yang iday pernah rasa di Terengganu. Serius, bukan senang nak cari sambal rasa macam ni dekat KL. Mostly sambal nasi lemak dekat KL yang jenis pedas dan pahit sikit. Iday suka sangat sambal strawberry ni. Kalau datang Teh Tarik Place, iday akan order hidangan ni. 

Yang nak tahu macam mana rasa sambal ni, sila datang ke Teh Tarik Place ye. Hehehe


Kuey Teow Cantonese – RM9.50


Kalau Islam suka Sizzling Yee Mee, Iday pula suka Kuey Teow Cantonese ni. Kuah pekat dan sedap, ada rasa pedas sikit sebab ditaburkan dengan cili api. Kuah melimpah-limpah okay. Hehehe


Roti Canai - Rm2.50

Kalau nak datang breakfast roti canai before masuk kerja, boleh la order Roti Canai dekat sini. Roti Canai + Teh Tarik memang terbaik. 


Memang puas hati dapat makan sini. Kalau nak datang sini, boleh datang during weekend, sebab during lunch hour, tempat ni memang penuh dengan pelanggan. 

Boleh check facebook Teh Tarik Place untuk sebarang info atau promosi okay. Check link facebook ini ye : Teh Tarik Place


Ini pulak detail tentang 2 branch yang korang boleh rasa menu-menu baru ni iaitu :

Bangsar Branch:

Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm; Sat-Sun 9.00am – 6.00pm
Contact No: 03-22011888

Selayang Branch:

Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia

Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm; Fri-Sun 9.00pm – 12.00am
Contact No: 03-61275560




Iday and Islam @ Teh Tarik Place







So, ada yang pernah cuba makanan di Teh Tarik Place cawangan Bangsar dan  Selayang? Yay or Nay?
Tags

Post a Comment

3Comments
  1. oooo...2 branch je ke yg ada..huhu..xbestla

    ReplyDelete
  2. kene try nanti nih..suke tgk food presentation die..cantik2 belaka.. tang kopok lekor tu xboleh imagine rasa mcm mana kalau makan dengan cheese blackpaper sume..sebb sy penggemar kopok lekor ngan kuah cicah original tuu..ya Allah sedapnyeeee...lapar dahhhh :D

    http://prettyvrach.blogspot.my/2015/12/kisah-accident-semalam.html

    ReplyDelete
  3. keropok lekor dengan cheese tu mcm sedap.. apa rasa dia.........! nak tahu nak tahu

    baca juga: 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Thailand

    ReplyDelete
Post a Comment