Enter your keyword

CompAsia Memperkenalkan Konsep "Refurbished", Buka Fasiliti Baru di Filipina

Hi

Pernah tak korang dengar term "Refurbished"? 

Dan Apa beza "Refurbished" dan "Second-hand"? 

Sebenarnya sebelum ni, Iday ingat kan maksud kedua-dua term tu adalah sama, tetapi sangkaan Iday silap. Iday dapat tahu perbezaan antara "Refurbished" dan "Second-hand" pon ketika Iday join Press Conference CompAsia baru-baru ini.




CompAsia  sebenarnya sebuah syarikat pelupusan asset teknologi maklumat yang terbesar di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2012, CompAsia telah membuka fasiliti pertamanya di Petaling Jaya untuk membaiki, membina semula dan membaikpulih pelbagai peralatan elektronik pengguna seperti komputer meja, laptop, smartphone, tablet dan macam-macam lagi. Barangan elektrik yang dibaikpulih ini dijual secara online di www.comp-asia.com dan juga di reseller store di Malaysia. 

So, contohnya ada iPhone yang rosak, CompAsia akan baikpulih, tukar accesorries dan jadikan serba baru dengan harga yang jauh lebih murah. Masa iday tengok iPhone Refurbished yang dipamerkan pon macam nampak "Brand New". 

Ayat ringkas, "Refurbished" ini sebenarnya memperbaharui dan memulihkan kepada keadaan yang lebih baik dan sehingga tampak seperti baru dan mampu digunapakai lagi.


Paling bagus, bukan setakat save environment dengan recyle balik barang elektronik tetapi jugak save our pocket money sebab harganya jauh lebih murah. 




Sebelum sesi Press Conference, banyak info yang Iday tahu tentang CompAsia, macam mana diorang usaha untuk capai visi mereka iaitu menggalakkan penggunaan semula barangan elektronik dan tidak menggalakkan pembuangan yang melambakkan sisa peralatan elektronik.










Terdapat juga pameran barangan elektronik yang telah dibaikpulih. Serius semua memang nampak seperti baru. 





Tadi Iday ada check website CompAsia, harga iPhone memang murah dan ada warranty 1 tahun dari CompAsia, so jangan risau. Memang boleh dipercayai. Hehe




Press Conference CompaAsia baru-baru ini sebenarnya mengumumkan pembukaan fasilitinya di negara Filipina untuk menyelenggarakan aktiviti membaikpulih  perkakasan elektronik terpakai.  Sebelum ini, CompAsia berjaya menembusi pasaran Singapura dan kini Filipina. 



Kalau nak tahu, lelaki yang tampak segak di tengah-tengah tu la CEO CompAsia, Julius Lim. Muda kan? Hehehe



Menurut Julius Lim, perkembangan CompAsia ke negara Filipina ini dapat menyepadukan strategi mereka menembusi pasaran global yang lebih luas agar tercapai matlamat mereka sebaga pembekal barangan elektronik guna semula yang paling berjaya di rantau Asia.

Fasiliti CompAsia yang baru dibuka di Filipina dibina khas untuk memberi tumpuan utama kepada aktiviti membaik pulih dan menghapus data secara selamat serta memastikan ia mematuhi tatacara pelupusan dan piawaian alam sekitar yang bertaraf antarabangsa. 




Sempena dengan pembukaan rasmi fasiliti membaikpulih barangan elektronik pengguna di Filipina, CompAsia turut menjalinkan kerjasama dengan Versatech International Phl yang merupakan syarikat pengedaran IT terkenal di Filipina. 

Lelaki yang paling tepi dibawah bawah ini adalah Stephen Yu iaitu Pengarah Urusan Versatech. Sepanjang Press Conference memang tak lekang dengan senyuman. Hehe




Pengarah Urusan Versatech International, Stephen Yu berkata, "Versatech akan menggunakan kepakaran dan pengalaman kami untuk memasarkan produk CompAsia kepada pelanggan-pelanggan Filipina yang ingin mencari komputer dan perkakasan elektronik terpakai yang telah diubahsuai serta berkualiti tinggi. Kami juga akan berusaha agar pelanggan dapat meneriama layanan terbaik disamping memastikan jenama CompAsia akan dilihat secara positif"






Apa yang Iday faham tentang misi dan visi CompAsia adalah bukan sekadar memberi tumpuan kepada pemulihan nilai aset IT sahaja, tetapi menggalakan penggunaan kembali barangan elektronik lama sehingga tidak boleh digunakan bagi membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Bagus kan?







Tiap kali pembelian laptop dengan CompAsia, pasti ada sticker dibawah. Kalau nak tahu, sticker tu adalah warranty untuk produk tersebut. Setiap produk yang dibeli dari laman website CompAsia kan mendapat warranty selama setahun.



Perkembangan cawangan di Filipina ini sebenarnya membuktikan CompAsia bukan calang-calang syarikat dan memang dipercayai. Lepas ni kalau nak beli barangan elektronik seperti laptop, dekstop, smartphone atau tablets dengan harga jauh lebih murah boleh la check website CompAsia ye. Hehe




Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut atau berminat untuk membeli, boleh la check info dibawah :



#Compasia #CompasiaMY



5 comments:

  1. This is something new! At least for me la. hehehe.... I always thought refurbished is a junky items.

    ReplyDelete
  2. Thanks dear for the info..this will be useful for me if a ter-trash my electronics...hehehhe

    ReplyDelete
  3. Wow.. new tech for me to survey since my phone was dead last 2 weeks and seems like hard to repair. Maybe should learn more about this <3

    ReplyDelete
  4. Oh I haven't heard of this before! Seems like something new is growing up quickly.

    ReplyDelete
  5. Wow!!!Thanks for the informative post!!! This is very very new for me!!

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List