Set Ramadhan Special di Me'nate Steak Hub Serendah RM80

6

Hi

Esok nak berbuka di mana? Kalau belum plan lagi, Iday nak cadangkan pada korang tentang satu tempat untuk berbuka puasa iaitu Me'nate! Iday rasa semua kenal tempat ni kan, lagi-lagi tempat ni pernah jadi isu viral di internet kerana harga daging yang mahal sehingga beribu-ribu. Tapi sebenarnya yang mahal adalah Wagyu, iaitu daging berpremium tinggi.


Selain Wagyu, ada pilihan masakan daging lain yang ada dengan harga berpatutan, itu yang Iday nak cerita lebih detail ni especially tentang Me'nate Ramadhan Special. 




Me'nate Ramadhan Special ini khas untuk mereka yang ingin berbuka dengan masakan daging yang sedap dengan harga berpatutan. 

Ada 4 jenis menu yang sesuai untuk mereka yang ingin berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan sepejabat. Portion yang besar dan memang cukup untuk dikongsi bersama-bersama. "Nikmat Di kongsi Bersama" gituuu. Hehehe

Menu-menu tersebut adalah Heavenly Beef (RM300-400), Heavenly Lamb (RM350), Heavenly Chicken(RM99) dan Group Steak(RM80). Setiap menu tersebut akan dihidang bersama Nasi Me'nate iaitu masakan istimewa dari dapur Me'nate yang menggunakan Beras Basmati istimewa yang diimport khas. Memang berbeza dan rasa lebih sedap dari kedai yang Iday makan sebelum ini. 

Okayla, tanpa cerita panjang, Iday nak ceritakan set menu yang ada pada bulan Ramadhan ini dihidang khas di restoran Me'nate Steak Hub. Untuk semua set ini akan dapat percuma :


1. Kurma

2. Buah-buahan
3. Bubur Lambuk 
4. Air (boleh refill)




Heavenly Beef

Terdapat 2 jenis set dalam Heavenly Beef iaitu Short Ribs dan Wagyu Spare Ribs.  

Kalau pengemar masakan daging mesti suka dengan dua-dua set ni. Iday dah cuba Short Rib, memang sangat lembut dan sedap. Set Short Ribs ni datang dengan portion besar dan boleh makan untuk 4-6 pax. 

Harga untuk 1 set ini adalah RM300.

Image : Short Ribs

Sebelum ni kan Iday ada mention tentang daging kualiti tinggi, Wagyu. Untuk menu Heavenly Beef ni pon ada set Wagyu Spare Ribs. Iday dah rasa and tidak hairanlah daging ni memang mahal. Isi lembut dan juicy, bila makan mudah dikunyah. Serius sedap. 

Image : Wagyu Spare Ribs

Set Wagyu ini sesuai untuk 4 - 6 orang dan berharga RM400. Portion yang besar dan dihidang bersama Nasi Me'nate.

Heavenly Lamb

Iday  rasa dah banyak kali Iday mention dalam artikel sebelum ini yang Iday baru belajar makan lamb. Tak silap Iday, Iday start makan kambing tahun 2015. Tu pon masih memilih rasa lamb yang tak berbau. Sebab tu, Iday risau yang Iday tak dapat makan lamb yang disediakan di Me'nate Steak Hub ni. Menu Heavenly Lamb ini datang dengan 2 set iaitu Lamb Shank & Lamb Shoulder 

Tapi, bila Iday mula rasa Lamb Shank di Me'nate Steak Hub ni, Iday terus suka and Lamb Shank dah jadi favourite menu iday. Isi lembut dan tidak berbau. 

Image : Lamb Shank

Untuk set ni boleh makan untuk 4 - 6 set dan berharga RM350. 

Image : Lamb Shank

Sedappppppp! :)

Set Lamb Shoulder pula sesuai untuk 4-6 pax dan berharga RM350.

Image : Lamb Shoulder

Heavenly Chicken

Pada mereka yang tak suka makan daging, jangan risau. Sempena Ramadhan Special ni, Me'nate Steak Hub juga menyediakan masakan ayam dengan perapan ayam resepi sepecial dari Me'nate. 

Image : Heavenly Chicken

Seekor ayam dengan resepi special dan Nasi Me'nate, seekor! Hahaha Set ni untuk 4-6 orang dan berharga RM99 sahaja.


Group Steak

Image : Group Steak

Iday minta maaf sebab takde gambar close up, tapi dalam gambar diatas, set Group Steak adalah di kiri iaitu ada Coleslow, Nasi Me'nate/Aglio E Olio, Salad dan Sos pilihan (Cendawan/Black pepper/Mint)

Hidangan steak pula Lamb Shank, Ribs dan Ribs Eye. Untuk set ini adalah RM80 dan minimum 4 orang. 

Banyak kan pilihan yang ada dekat Me'nate ni sepanjang Ramadhan. Tetapi yang paling best bila Me'nate dengan baik hati nak bagi 15% potongan harga diskaun untuk 4 hari iaitu dari 2 Ramadhan hingga 5 Ramadhan sehingga 8.30 malam sahaja. Kalau nak dapatkan diskaun ni kena la cepat-cepat booking okay :)


Sesiapa yang plan nak berbuka di Me'nate sepanjang bulan puasa ini, boleh la singgah di cawangan yang Iday senaraikan dibawah. Lagi bagi kalau korang call no phone yang Iday sertakan bersama alamat untuk booking, risau nanti penuh. 

Alamat dan Cara Tempahan

Setapak Branch
Alamat : Starparc Point, Jalan Taman Ibukota, Off Jalan Genting Klang, 53300 KL
Telephone : 03-4131 8121

Ampang Jaya Branch
Alamat : No 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang Jaya KL
Telephone : 03-4251 3460

Wangsa Maju Branch
Alamat : 25 Jalan Delima 12, Wangsa Link, Wangsa Maju, 53300 KL
Telephone : 03-4251 3460

Untuk Booking, sila call no berikut :
019-3911047 / 0194771047 / 019-2611047

Untuk maklumat lanjut boleh layari : https://www.facebook.com/MenateSteakHub/ atau Instagram @menatesteakhub



Selamat Berpuasa! 
Tags

Post a Comment

6Comments
  1. Lapar balik pika tengok gambar2 makanan dekat Me'nate tu. Hehehe.. Happy Fasting Iday and Islam. Salam Ramadhan..

    ReplyDelete
  2. singgha tgk menate tuuu yela bile kite nk rasa plak ye?? HAHAHHA gedik sgt

    ReplyDelete
  3. menarik sangat, sedap2 pulak tu. salam ramadhan sis

    ReplyDelete

  4. melihat ini aku jadi semakin lapar. harus kuat!

    ReplyDelete
  5. Wow suka makan kat Me'nate ni kan nanti datang lagi lah hehehehe..

    ReplyDelete
  6. Kalau nak ikut harga mungkin ada yang berpendapat agak mahal, tapi quality comes with a price...So, Sally rasa harga kat sini agak murah...Jangan la makan satu set seorang diri..itu mmg la kisahnya mahal kan..hahahaha...Datang dengan kawan-kawan atau keluarga sanak saudara, sure berbaloi!

    ReplyDelete
Post a Comment