Enter your keyword

Container Hotel Kuala Lumpur

Hotel unik di KL? Cuba check Container Hotel KL ni!


Sebenarnya iday dah pernah review Container Hotel KL sebelum ni. Tapi sekarang rupa hotel tu dah berbeza dari sebelumnya kerana mereka buat renovation besar-besaran. Memang banyak lain dan lagi smart. 

Untuk entry kali ni, iday cuma tunjuk apa penambahan dan kelainan hotel ni berbanding sebelumnya. Korang boleh buat comparison dengan gambar di artikel di link bawah :


Apa perbezaan dengan yang lama?

Ida ingat lagi, kalau dulu tank ini dijadikan sebagai pondok guard, tapi sekarang dah jadi receptionist counter, cool kan!


Then, kalau dulu tempat tu macam open, and boleh masuk macam tu je, tapi sekarang dah ada pintu security, hanya yang ada kad je boleh masuk. so memang keselamatan lebih terjamin.



Kalau dulu ada 3 jenis bilik termasuk dorm, tapi sekarang dah takde dorm and ada 4 jenis bilik iaitu :

+ Deluxe Room - queen size bed (RM165 weekend/RM145.01 weekday)*
+ Suite Room - double queen size bed (RM265 weekend/RM234.99 weekday)*
+ Concrete Room -  bilik dalam palong (RM125 weekend/RM105 weekday)*
+ Camp site - khemas dalam bilik (RM130 weekend/RM110 weekday)*

*check di booking section website container hotel kl, mungkin ada perubahan rate.

Harga pon dah naik sikit, maybe sebab tempat dah makin ekslusif, makin cantik.

Ruang lepak  di halaman hotel pon dah lain, lebih banyak meja dan kerusi berbanding sebelum ni. Lagi best kalau datang dengan kawan-kawan and lepak ramai-ramai dekat sini. 





Ada 1 bilik tu, dulu dijadikan tempat stor. Tapi sekarang dah jadi ruang rehat dan ada tv. 





Design bilik pon sangat berbeza, contohnya bilik yang iday pernah stay dulu. Dulu nama bilik iday yang ida stay tu adalah adventure room, sekarand dah tukar jadi concrete room. 

Ini gambar lama sebelum di renovate :


Dan ini gambar terbaru dengan nama baru iaitu Concrete Room, memang kena la dengan nama baru tu. Design lagi smart dengan warna gelap.


Lain kan? Hehehe 

Tapi toilet luar masih sama. Hehehe Kalau korang stay dekat Concrete Room, korang kena mandi bilik air luar, maksudnya share toilet. Kalau korang tak selesa, boleh pilih Room Deluxe atau Suite Room. 



Okay la, iday nak tunjuk gambar lain selepas renovation, ini cuma gambar di sekitar bilik, gambar bilik next entry year. Hehe






















Kalau korang yang stay di luar KL, nak pilih hotel yang unik dan selesa, iday memang syorkan Container Hotel KL. Lagipon, hotel ini berada di bukit bintang dan memang dekat dengan bandaraya KL. 

Apa kemudahan yang ada dekat hotel ni?

+ Free wifi
+ 24/7 perkhidmatan front desk
+ Boleh sewa basikal
+ Chatime
+ Ada ruang rehat

Untuk review bilik, korang boleh check artikel iday sebelum ni : 


atau korang boleh check website Container Hotel Kuala Lumpur di link bawah :








No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List