Iday rasa Boat Noodle antara restoran yang iday kerap datang and tempat wajib makan tiap kali lepas dapat gaji. Haha



Kita ni bila dah suka, semua kita follow. Macam iday, bila dah suka sangat Boat Noodle, iday bookmark website Boat Noodle , like Facebook Boat Noodle, follow Instagram Boat Noodle and subscribe Youtube Boat Noodle. Gigih :p

Bukan apa, dioarang ni selalu baik hati anjurkan contest mudah dan giveaway dekat semua social media diorang. Lagi-lagi sekarang, Boat Noodle dah launch Applikasi Boat Noodle sendiri. 


Bestnya ada applikasi ni, diorang ada tawarkan diskaun dan hidangan boat noodle percuma. Kalau nak taw, kena check la diorang punya app.

Kalau nak download boleh check link bawah :


So, bila iday follow semua social media diorang, iday dapat tahu yang Boat Noodle baru launch menu baru! Iday pon apa lagi, ajak Islam and try. Hehehe

Okay menu baru diorang yang iday dah try adalah : Flame Grilled Ayam Legend

Menu ini dihidangan dengan salad, ayam grilled dan sos special Boat Noodle. Kalau nak tahu, iday habiskan sorang 1 plate tu sebab sedap! Ayam dipanggang elok dan akan rasa kemanisan pada isi ayam. Kalau korang cicah sos tu lagi la, rasa manis-manis pedas. 


Mula korang kena gaul sos tu, iday perasan ada benda warna putih, then bila tanya, dia cakap beras yang dikisar dan dibakar. Patut la rasa rangup sos tu. Tapi serius sedap.

Hidangan Flame Grilled Ayam Legend hanyalah RM11.90.



Then iday try Hulk Smash Green Curry.

Yela, selalu kalau datang boat noodle mesti makan noodle, saja nak try menu baru Boat Noodle and iday paling suka tekstur nasi tu. Macam sebiji-sebiji and sedapppp. Pandai diorang masak. Then portion lauk tu banyak, yang ni iday kena share dengan islam sebab kenyang. Hahaha 


Tapi kuah dia sedap. Cuma masa dia hidang ni, kuah dia sikit. Next time nak dia letak extra kuah siap atas nasi lagi. HAHA banyak cekadak betul. :p

Lepas tu iday makan menu lain jugak, menu yang selalu iday order kalau datang Boat Noodle. Hehe

Iday order Phatumtani Beef and Chicken, Grilled Chicken Meatball, Yum Seafood, Thai Popeye's Tempura (favourite all the time), Chicken Wings and Sangkaya. 


Sangkaya ni pon antara hidangan yang memang korang patut try dekat Boat Noodle. Sangkaya ni maksud dia "kastad".



Makanan wajib ida dekat Boat Noodle, Tempura! Suka sangat-sangat sos dia tu. 




Okay sebenarnya ini bukan kali pertama iday tulis tentang boat noodle dekat blog, korang boleh check artikel lain dekat link bawah ni :) 





Nanti korang datang la try Grilled Ayam Legend tu ye! Hehehe





Friends that eat together stay together :)