Enter your keyword


Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man!




Lepas Kang Gary tinggalkan Running Man, memang terasa lain bila episode Running Man berjalan tanpa Gary. Tapi bila ada confirmation story yang Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook akan tinggalkan Gary, iday lagi terkejut. 

Dua-dua tu macam antara orang penting dalam Running Man. 3 sebab iday tengok Running Man iaitu nak tengok Kwang Soo, nak tengok Song Ji  Hyo dan nak tengok Kim Jong Kook. Nanti diorang dah takde, macam mana? Running Man confirm memang lagi tak best lepas ni. 

Lagi-lagi Kim Jong Kook, selebriti jemputan yang datang ke Running Man mesti takut kalau bukan 1 group dengan dia. Sparta kot. And Song Ji Hyo pula Ace dalam Running Man. 

Menurut sumber : AllKpop

Pada December 13, ada cerita yang mengatakan Kang Ho Dong akan join Running Man dan  Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook akan meninggalkan Running Man. 

MY Company, syarikat agensi Song Ji Hyo sendiri telah  mengesahkan cerita tentang "Song Ji Hyo meninggalkan Running Man". Setelah beberapa perbincangan dengan producer Running Man, Song Ji Hyo ingin fokus kepada lakonan. Tarikh terakhir Song Ji Hyo di Running Man masih dalam perbincangan. 




Maroo Entertainment, syarikat agensi Kim Jong Kook juga mengumumkan tentang keputusan Kim Jong Kook bakal meninggalkan Running Man. Tarikh akhir Kim Jong Kook di Running Man masih belum confirm.

So, memang dah confirm yang Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook akan tinggalkan Running Man. Sedih :(




Update : Tadi ada baca dekat Page Runner yang sebenarnya Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dipaksa untuk berhenti dari Running Man. Kerana untuk tahun 2017, diorang nak tukar format. Eh, boleh pulak macam tu. Untuk apa-apa news terbaru tentang Running Man, boleh check page ni : https://www.facebook.com/RunnersR/


Apa pendapat korang kalau diorang takde? Masih nak tengok Running Man? Or memang dah tak layan Running Man dah?




Others Post




1 comment:

  1. takpela..sy x follow running man pun hehehhe :D

    ReplyDelete

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive