Enter your keyword

Sayaiday's Categories








Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K


Hello People & Assalamualaikum,

Korang biasa pakai serum tak dalam rutin penjagaan kulit korang? Kalau nak tahu, iday memang wajib hari-hari pakai serum supaya kulit iday lebih sihat. Lagi-lagi iday jenis tak makeup sangat and kalau makeup pon macam tak tebal sangat. So, kulit muka kena jaga betul-betul. 

Alhamdulillah, kulit iday sekarang makin okay and sihat. Hehehe



Iday nak share salah satu serum yang iday pernah pakai and iday berpuas hati. Serum ini iday try pakai almost 2 month and sangat okay dengan kulit Iday. Kalau nak tahu, kulit iday sangat sensitif bila guna produk baru. Kalau tak kena dengan kulit, muka iday boleh naik jerawat. 

Serum yang iday maksudkan itu adalah Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K




Korang boleh check video dibawah, iday ada tunjukkan macam mana rupa produk ni. Iday ada juga explain tentang produk ini dalam post ini. Hehehe



Aureline Perfection Skin Serum With Gold 24K sebenarnya bertindak sebagai serum yang merawat kulit untuk mencantikkan kulit muka kita. Antara kelebihan yang ada pada produk ini adalah :

+ Anti Penuaan
+ Anti Kedutan
+ Anti Jerawat
+ Menghapuskan cela dan parut di wajah serta menjadikan kulit wajah tampak segar 
+ Menghilangkan jeragat dan parut 
+ Merawat masalah kulit berminyak, kulit kering dan kusam 
+ Menghilangkan tona tidak sekata 
+ Menggebu dan menganjalkan serta menjadikan kulit wajah berseri-seri




Banyak kan kebaikan serum ni, sesuailah untuk iday yang makin meningkat usia, tak lama lagi nak masuk 30 dah. Makin tua, kena makin rajin jaga kulit. Barulah boleh cantik macam Che Ta. eh. Hahaha

Macam mana nak gunakan Aureline Perfection Skin Serum ini and bila waktu sesuai nak pakai?

Waktu sesuai untuk pakai serum ini adalah siang atau malam. Siang selepas mandi dan cuci muka manakala waktu malam sebelum tidur. Iday selalu guna pagi-pagi lepas mandi and before makeup. Just apply 1-2 drop dan sapukan pada kulit muka atau leher. 

Korang boleh tengok macam mana tekstur serum tu dekat gambar dibawah.




Cantik sangat warna, ada sparkle gold. Hehe





Jangan risau, serum ni terus serap dalam kulit. So, kulit muka takkan nampak warna gold tu. Malah, muka jadi lebih glowing lepas pakai.




Sesuatu produk tu, kita wajib check bahan-bahan yang digunakan. So, iday nak share apa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan serum ini. 

1. Arbutin 
- bahan yang dihasilkan dari bearberry, biasanya digunakan sebagai skin-lightening agent

2. Vitamin C

3. Ekstrak lemon

4. Witch Hazel
- daripada daun witch hazel shrub yang banyak terdapat dalam produk kesihatan - merawat kulit supaya jadi lebih sihat

5. Emas 24K


Kalau nak tahu, banyak sebenarnya kebaikan emas pada skin manusia, antaranya mampu melancarkan peredaran darah, mengandungi antibakteria, dan sifatnya sendiri memulihkan sel-sel kulit kita. Hebat kan?


Keistimewaan lain serum ini adalah berfungsi sebagai skincare yang lengkap iaitu sebagai krim malam, krim siang, toner, pelembap dan sunblock. Wahh, hebatkan. Botol serum ni pula mudah dibawa kemana-mana especially bila nak travel. 

Sebenarnya banyak feedback positif tentang produk ini, iday ada share testimoni dari pengguna sebelum ini :





Ramai yang berpuas hati :) Harga 1 botol serum ini adalah RM120 dan mampu bertahan selama 6 minggu. 

Berminat untuk tahu lebih details tentang produk ini? Boleh check maklumat yang iday senaraikan di bawah. 


WEBSITE : http://aureline.com.my/
INSTAGRAM : @aureline_beauticare 
FACEBOOK : Aureline Golden Perfection Serum 
WHATSAPP : +60109003065








1 comment:

Follow My Instagram

Blog Archive