Kisah Cinta Janna Nick dan Dini Schatzmann - Dari Awal Kenal Hingga Sah Suami Isteri

0




Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan popular Janna Nick dan Dini Schatzmann akhirnya sah bergelar suami isteri pada pagi ini 10 Jun 2023.


Pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah resort di Langkawi tepat jam 8.35 pagi. 


Janna Nick menerima mas kahwin berjumlah RM2,703 dan seutas rantai emas.

Akhirnya kahwin jugak diorang ni, hari tu pemina dah sedih ingat diorang dah berpisah. Lama kot diorang ni bercinta, sejak tahun 2019 lagi. 

Kisah Cinta Janna Nick & Dini Schatzmann


Menurut Dini, dia mula berkenalan dengan Janna Nick pada Julai 2018 ketika pengambaraan drama Bukan Cinta Aku.

Selepas tamat pengambaraan drama Bukan Cinta Aku, Janna ada menghubungi Dini dan meminta Dini menjadi coach untuk latihan fitness.




Sejak itu hubungan mereka menjadi lebih rapat dan mula serius sekitar Jun 2019.

Pada 6 November 2019, Janna Nick dan Dini Schatzmann memuatnaik satu post di akaun Instagram masing-masing yang mengesahkan mereka sedang bercinta.




Berpisah?

Pada 15 November 2022, Janna Nick memuatnaik video di Tiktok yang seperti memberi bayangan yang mereka sudah berpisah.

Lagi-lagi apabila Janna Nick mengeluarkan lagu terbaru Mentari Setia pada 9 Disember 2022.

Apabila ditanya tentang status hubungan, Dini dan Janna Nick enggan memberi sebarang jawapan tentang status hubungan mereka.

Namun pada Syawal yang lepas, Janna Nick dan Dini mula berkongsi gambar bersama seolah-olah memberi bayangan yang mereka berbaik semula.

Tapi bagi Iday la kan, diorang ni takde masalah pon. Diorang sendiri tak komen apa-apa pasal hubungan diorang masa tu kan.

Tengok-tengok dah kahwin hari ni. Pandai diorang sorok ye hehe


Janna sendiri cakap yang dia nak perkahwinan ni lebih bersifat privasi untuk keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja. 

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dilahirkan pada 1 Jun 1995 memasuki usia 28 tahun (2023).

Dini Azan Schatzmann pula dilahirkan pada 17 Oktober 1994 memasuki usia 29 tahun (2023).



Tahniah diucapkan buat Janna Nick dan Dini Schatzmann! 


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)