Big Boss Bundle - Bundle Terbesar Di Sungai Petani (RM2.50 Sehelai!)

0


Harga baju serendah RM2.50? Murah gila kan! Ye, memang murah betul harga pakaian dekat gudang bundle yang Iday selalu pergi ni.

Tiap kali balik kampung di Kedah, memang wajib beli baju seluar dekat sini. Lepas tu memang wajib lebih dari 20 helai hehe


Nak dijadikan cerita la kan, Iday dan suami pergi lagi la bundle tu pada 21 Jun 2023. Last kitorang pergi tahun lepas kot.

So, saja la kita ambil video dan 'post' dekat akaun Tiktok @RumahKitaLah. Sekali ramai yang tengok video tu sampai lebih 100 ribu tontonan.


@rumahkitalah Pada yang tanya, ni dekat Big Boss Bundle Sungai Petani 😍 Balik kampung Kedah, so takde content rumah hehe Kalau balik kampung, wajib la pergi bundle baju ni, memang selalu dapat lebih 20 helai 😅 Seronok selam bundle dapat murah hehe #bundlemalaysia #bundle #selambundle ♬ my mood - away



Ramai la yang tanya lokasi bundle ni. Banyak lagi la soalan, penat nak jawab sorang-sorang macam kita jual dekat situ pulak.

Kalau ramai datang, harap tuan bundle tu bagi 20 helai bundle free kat kami ye hahaha

Harga pakaian di Big Boss Bundle berbeza-beza iaitu :
  • RM3 untuk 10 helai
  • RM2.50 sehelai jika melebihi 20 helai
Contohnya hari tu Iday beli 23 helai, so Iday kena bayar 23x2.50 = RM57.50 . Itu pon dia siap bagi diskaun RM55. Puas hati la sebab dapat banyak dan murah.

Banyak ke pakaian dekat Big Boss Bundle?

Memang banyak dari t-shirt, kemeja, jaket, blouse, seluar track, seluar slack, seluar casual, jeans, skirt fuh semua ada la.


Cuma korang sendiri kena usaha la, cari betul-betul.

Macam Iday, dah plan dengan suami. Iday akan cari baju dan suami akan cari seluar. Nasib baik saiz kitorang sama je hehe

Lepas tu baru la masing-masing cari pakaian lain, contohnya Iday dari blouse atau skirt.

Biasanya kitorang akan ada dekat bundle tu lebih kurang 3-4 jam haha

Okay ke? Boleh pakai ke baju dekat Big Boss Bundle

Disebabkan kitorang ni memang jarang post gambar dekat social media. So tak banyak la gambar-gambar kitorang pakai baju bundle ni. 

Baju & seluar bundle yang dibeli dekat Big Boss Bundle

Seluar & bucket hat yang dibeli di Big Boss Bundle

Tapi akan datang nanti Iday share lagi dekat sini. Sebab yang kitorang beli 21 Jun hari tu pon belum pakai lagi. Ada yang nak tengok ke? hehe

So, memang puas hati shopping dekat Big Boss Bundle ni. Memang kitorang beli dan pakai hehe Best kot dapat baju seluar kualiti cantik dengan harga RM2.50 hehe


Lokasi Big Boss Bundle

Sebelah ROMANTIKA
Jalan Kampung Baru, Padang Temusu,
08000 Sungai Petani, Kedah

Link maps : https://g.co/kgs/TXUhTo

Ada yang pernah pergi ke? boleh share dekat komen di bawah ye hehe

















Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)